Halaman

Khamis, 31 Disember 2020

Semarak Alquran di ambang tahun baru 2021

 PROGRAM SEMARAK AL-QURAN DI AMBANG TAHUN BARU


Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2021, Love Quran Group dengan kerjasama Biro Pemuda Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi akan mengadakan Program Semarak Al-Quran di Ambang Tahun Baru pada:-


Tarikh: 31 disember 2020 M/16 Jamadil Awal 1442 H.

Siaran langsung di halaman facebook: 

1. Love Quran Group. 

2. Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi. 

3. Teamtalk Malaysia. 


Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah: 1. Peringkat Akhir Pertanngan Tilawah Al-Quran Secara Atas Talian. 

2. Bual bicara dengan tajuk: Cabaran & Persediaan Norma Baharu dalam Pendidikan Masyarakat. 

3. Majlis penutup & pengumuman keputusan Pertandingan Tilawah Al-Quran Atas Talian. 


Sehubungan itu, kami menjemput tuan-puan mengimarahkan program tersebut.


Sekian.

Mohon sebarkan.


https://www.facebook.com/lovequrangroup/


Khamis, 24 Disember 2020

Sharing Tentang Ghostwriter.

     

Pe    rnahkah anda mendengar atau membaca tentang Ghostwriter. Alhamdulilah hari ni saya ada terjumpa serba sedikit berkenaan istilah baru ni bagi saya. Sebenarnya apa itu Ghostwriter? Mudah katanya Ghostwriter ini adalah satu servis dimana satu pihak lain akan membayar kita atas apa yang kita tulis. Lagi nak senang faham macam penulis upahanla gitu. Sekarang dengan menulis pun boleh dapat duit tau. Sebenarnya menulis ni pun bukan sekadar nak dapat duit sahaja bahkan banyak lagi manfaat yang lain. Jadi kalau ada antara kita yang suka menulis dan berhasrat untuk mencuba servis ni dipersilakan. Saya baru sahaja terjumpa tentang benda ini yang saya rasakan sangat menarik. Pada yang berminat untuk menceburi bidang penulisan hendaklah selalu menulis. Mudah-mudahan dengan cari ini kita akan memperolehi banyak manfaat dan bertambah kualiti tulisan kita. Sekian sahaja daripada saya buat kali ini. Pada yang ada maklumat lanjut tentang benda ni bolehlah share dekat komen.

  

Sabtu, 6 Jun 2020

Soal Jawab di Ig?


Asalamualaikum dan selamat petang sahabat sekalian. Apa Khabar anda semua? Saya doakan kita semua dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang berterusan bagi menjalani kehidupan seharian. Pada mereka yang baru jadi friend saya di FB terima kasih sudi menjadi rakan di alam maya ini. Saya doakan anda sentiasa sihat dan diberikan hidayah oleh Allah Swt dalam hidup di dunia ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit soalan dan jawapan saya sepanjang ditemubual di live IG 4 Jun yang lalu. Saya akan nyatakan kepada anda sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa.

1. Bagaimanakah saya dapat menyesuaikan diri dalam belajar di musim Pkpb ini kerana bila kita di university ada kawan yang boleh membantu sedangkan musim sekarang kita perlu bantu diri kita sendiri?
Jawapan: Musim Pkpb ini sememangnya menguji kita dari segi fizikal dan mental. Jadinya kita hendaklah bersedia dan sentiasa peka dengan situasi semasa. Saya berikan dua poin utama yang kita boleh amalkan:
A. Ilmu: Bila kita terpaksa melalui pembelajaran secara online banyak benda yang kita perlu ketahui. Misalnya bila hendak menggunakan sesuatu aplikasi seperti Skype, kita mesti tahu menggunakannya dengan baik. Jadinya saya lebih terpaksa untuk membaca serba sedikit berkenaan aplikasi tersebut. Bagi teknologi zaman sekarang ini pula tidak cukup membaca secara teori sahaja sebaliknya hendaklah kita mencuba ataupun explore sendiri bagaimana menggunakannya.

B. Kreatif: Kita akan menjadi lebih kreatif sekiranya kita berhadapan dengan satu-satu cabaran yang benar-benar menguji kita. Misalnya line internet di kawasan kita kurang baik, kita hendaklah memikirkan cara yang sesuai bagi menyelesaikannya. Dengan ilmu yang kita ada saya pasti sahabat sekalian mampu menghadapi segala cabaran dan halangan dalam kehidupan. Nantikan jawapan saya yang berikutnya dalam catatan yang akan datang. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Jumaat, 5 Jun 2020

Pengenalan surah alkahfi



            Asalamualaikum dan salam penghulu segala hari. Pada kali ini mari kita berkenalan dengan surah yang kita selalu baca terutamanya pada hari Jumaat iaitu surah al-Kahfi. Surah ini terletak dalam juzuk ke-15 dalam alquran. Mengikut turutan dalam alquran, surah ini terletak pada surah yang ke-18 dalam alquran. Surah ini terdiri daripada 110 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah. Jadinya surah ini terkandung ayat-ayatnya berkenaan akidah, keimanan, dakwah dan sebagainya. Pada kali ini mari kita menyelesuri kisah-kisah penting dalam surah ini yang boleh kita pelajari.
            Kisah Pertama adalah kisah yang masyhur iaitu kisah pemuda-pemuda yang berlindung di dalam gua bagi menyelamatkan akidah mereka dalam zaman mereka ketika itu yang sangat mencabar. Kisah ini diangkat dalam surah ini sehinggalah surah ini dikenali dengan surah alkahfi yang bermakna gua. Sebagai pemuda pada zaman yang mencabar ini kita hendaklah menjadi pemuda yang mengutamakan soal akidah daripada segalanya. Akidah Islamiah yang jelas perlu kita pelajari dan ketahui bagi berhadapan fitnah-fitnah yang tidak kita jangka pada zaman sekarang dan akan datang.
            Seterusnya, kisah Nabi Musa a.s bersama Nabi Hidir menjadi paksi utama dalam surah ini. Banyak pengajaran yang boleh kita teladani dalam kisah ini. Pada mulanya Nabi Musa menganggap dirinya adalah yang paling berilmu tetapi Allah menemukannya dengan Nabi Hidir yang lebih ilmunya daripada Nabi Musa. Banyak perkara yang diketahui oleh nabi Hidir sebaliknya tidak diketahui oleh Nabi Musa a.s. Sebagai pengajaran, para penuntut ilmu hendaklah terus belajar dan sentiasa perlu menganggap diri kita serba tidak mengetahui melainkan Allah yang mengajarkan kita.
            Selain itu, dipaparkan juga kisah Zulkarnain yang diberikan kuasa pemerintahan oleh Allah Swt. Zulkarnain adlah seorang yang bertakwa dan menggunakan kuasanya untuk memerintah dunia ini berlandaskan perintah Allah. Kita sebagai pemimpin hendaklah menggunakan kuasa yang diberikan untuk menjalankan pemerintahannya secara adil dan penuh amanah.
Akhirnya mari kita hayati dan amalkan surah ini dalam kehidupan kita.

Hayati firmannya:
إِذ أَوَى الفِتيَةُ إِلَى الكَهفِ فَقالوا رَبَّنا ءآتِنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا 
Sahih International
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Al-kahfi: 10

Rabu, 6 Mei 2020

Surah Ar-Ra'd (guruh)


Pengenalan kepada Surah Ar-Ra’d (guruh).

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada kali ini mari kita bersama berkenalan dengan satu surah di dalam kitab suci alquran. Surah ini diberi nama Ar-Ra’d yang bermaksud guruh ataupun petir. Surah ini terletak pada juzuk yang ke 13 dalam alquran. Dalam turutan mashaf alquran surah ini terletak berada pada surah yang ke 13 selepas surah Yusuf. Pada surah Yusuf kita telah mengetahui bahawa kisah Nabi Yusuf A.s merupakan sebaik-baik kisah. Dalam surah ini pula diberikan nama guruh kerana hal ini diceritakan perihal guruh bertasbih kerana takut kepada Tuhannya. Sebagai mana yang kita ketahui, Alquran adalah diturunkan untuk memberi amaran [ancaman] dan sebagai berita gembira [harapan] kepada umat Nabi Muhamad S.a.w. Jadi sebagai contoh apakah perasaan kita apabila mendengar guruh yang kuat dan melihat cahaya kilat sebelum turunnya hujan? Tentunya kita akan merasa takut dan gementar apabila mendengarkannya. Walau bagaimanapun kita pun akan berasa gembira kerana guruh merupakan tanda akan turunnya rahmatnya dalam bentuk hujan. Jadi sungguh menarik untuk mendalami isi kandungan surah ini agar kita akan mendapat peringatan dalam kehidupan kita.
Antara isi kandungan dalam surah ini adalah:
1. Keimanan kepada allah dan hari akhirat: hal ini diceritakan pada permulaan surah ini. Allah menceritakan kekuasaannya dalam menciptakan langit, bumi serta keduanya. Diceritakan juga perihal kaum Musyrik yang mendustakan hari kebangkitan. Selain itu, diterangkan perihal adanya malaikat-malaikat yang menjaga kita.
2. hokum-hukum: jangan mencela diri kita sendiri dengan berdoa supaya diri kita dibinasakan dan sebagainya.
3. Kisah-kisah: kisah para nabi terdahulu juga diceritakan dalam surah ini.
4. Perumpamaan: Perumpamaan yang allah nyatakan bagi membezakan manusia yang menyembah Allah dan yang tidak menyembahnya.
Jadi banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari turunnya surah ini. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, guruh di langit dan para malaikat juga bertasbih dan memuji Allah kerana takutkan penciptanya. Bagaimana pula dengan kita yang serba kerdil dan hina ini sudah tentulah perlu lagi banyak menyebut namanya, memujinya dan memohon keampunan darinya. Mari sama-sama kita hayati firmannya ini:

الَّذينَ آمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allāh. Unquestionably, by the remembrance of Allāh hearts are assured.”
(MALAY)
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Ar-Ra’du : 28
#alquran untuk semua
#mudah-mudahan bermanfaat

Selasa, 5 Mei 2020

Dah ada Ig ahmaddanial946


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Kita telah tiba di 12 Ramadhan 1441 Hijrah. Bagaimana puasa kita? Bagaimana amalan kita yang lain?
Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan satu media sosial yang agak popular terutamanya dalam kalangan anak muda iaitu Instagram. Tentunya anda semua sudah ada akaun instagram ni kan? Sebenarnya saya telah Berjaya membuat akaun instagram ni. Tak tahu macamana hati ni nak sangat buat Instagram ni. Jadi hari ini saya telah Berjaya membuat salah satu fungsi dalam Ig ni. Antaranya buat live di Ig dan VC [Video Call] dalam Ig. Jadi bolehlah tengok live saya nanti di Ig dan boleh kita Go Live With bagi siapa yang sudi. Untuk detail macamana nak buat live dan Vc di Ig ni, nantilah kita kongsi…