Halaman

Jumaat, 29 Mei 2026

Pengajaran Khutbah Raya?

Pengajaran Khutbah Aidiladha 1447 Hijrah:
Tajuk: “AIDILADHA: IMAN DAN PENGORBANAN”. Asalamualaikum semua, Telah berlangsungnya khutbah sempena Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447 Hijrah 2026 Masihi. Tarikhnya Adalah pada 27 Mei 2026 iaitu hari Rabu. Khutbah ini saya petik pengajarannya daripada khutbah Hari Raya Aidiladha bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Berikut antara perkara yang boleh kita ambil: Pengajaran: 1 Saya, kami dan kita semua hendaklah berusaha menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s yang penuh dengan nilai-nilai yang baik. Sudah terang lagi bersuluh kisah ini sering menjadi tauladan buat kita sepanjang zaman. Orang kata kisah ini always evergreen gitu kot. Bacalah kisah ini dengan sepenuh hati dan perasaan seolah-olah kita rasakan kita berada dalam kisah Baginda. 2 Dalam berusaha menjadi orang yang taat, sudah pasti ianya memerlukan pengorbanan yang berterusan tanpa mengenal erti penat dan Lelah. Pengorbanan Adalah nilai yang paling berharga dalam kehidupan kita. Sebagai hambanya, sudah tentu banyak pengorbanan yang harus kita korbankan dalam selalu berusaha menjadi hamba yang patuh padanya. Ya Allah, Terimalah pengorbanan dan amalan kami. 3 Kita hendaklah menjadikan segala ibadah dan apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini hanya Ikhlas semata-mata padanya. Ibadah yang kita lakukan dalam kehidupan ini haruslah sesuai dengan syariatnya. Selain itu, benda paling penting Adalah keikhlasan yang paling dituntut untuk dilakukan. Mungkin pada awalnya kita terpaksa insyallah lama-lama kita akan beroleh ikhlasnyya. Itulah sedikit Mutiara yang boleh kita ambil daripada khatib bagi hari raya haji tahun ini. Jumpa lagi tau. Dari saya, Salam Aidiladha 1447 Hijrah 2026 Masihi. Eid al-Adha 1447H Sermon Teachings — Faith and Sacrifice 1 — Strive to embrace and reflect upon the story of Prophet Ibrahim's sacrifice and his son Prophet Ismail a.s, which is rich with noble values. 2 — Becoming a truly obedient person requires continual sacrifice, without ever yielding to weariness or fatigue in worship. 3 — Let every act of worship and everything we do in this life be done solely and sincerely for the sake of Allah SWT. Taqabbalallahu minna wa minkum — Eid Mubarak!

Rabu, 27 Mei 2026

PANDUAN SOLAT FARDU?

Sejak kecil, saya dah biasa solat, tapi bila makin dewasa, saya mula terfikir: 'Betul ke solat aku ni? Sah ke? Bacaan aku ni lengkap ke? Rukuk, sujud, tahiyyat semua betul ke?' Rasa malu nak tanya orang, tapi dalam hati ada perasaan bersalah yang tak boleh nak abaikan. Lebih-lebih lagi bila tengok anak-anak pun ikut apa yang saya buat. Kalau solat saya tak betul, macam mana nak pastikan mereka buat dengan sempurna? Sampai satu hari, saya jumpa satu panduan lengkap tentang solat. Panduan tu tak hanya tunjukkan rukun solat, tapi juga cara betulkan bacaan, posisi solat, dan banyak lagi. Ada penerangan yang jelas, disertai dalil dari Quran dan hadis. Paling penting, ia sangat mudah difahami. Saya mula belajar semula... perlahan-lahan. Subhanallah, rupanya ada beberapa perkara yang saya dah biasa buat selama ni sebenarnya salah! Tapi saya bersyukur, sebab dari situ saya dapat perbaiki solat saya dan lebih yakin dalam ibadah. Hari ni, saya nak kongsi dengan anda panduan ni. Kalau anda pernah rasa ragu-ragu dengan solat sendiri atau nak pastikan anak-anak anda belajar solat dengan cara yang betul, panduan ni mungkin jawapan yang anda cari. Saya tak malu lagi... dan saya yakin, anda pun boleh rasa perubahan yang sama. ???? Nak tahu lebih lanjut? Klik link di akhir catatan ini ya Semoga bermanfaat untuk anda dan keluarga

Rabu, 11 Disember 2024

UCAPAN PENGHARGAAN.

Terima kasih yang sebesar-besarnya atas ucapan selamat ulang tahunnya. Setiap kata yang kalian ucapkan memberikan kebahagiaan dan kehangatan dalam hati saya. Saya merasa sangat beruntung dikelilingi oleh teman-teman dan orang-orang yang baik seperti kalian. Semoga kebaikan yang kalian berikan kembali berlipat ganda dalam hidup kalian. Teruslah menjadi pribadi yang penuh semangat, selalu bahagia, dan diberkahi dalam segala hal yang kalian lakukan. Doa terbaik saya untuk kalian semua, semoga hidup kita senantiasa penuh dengan berkah, cinta, dan kebahagiaan. Terima kasih sudah menjadi bagian dari perjalanan hidup saya, dan semoga kita selalu saling mendukung dan mendoakan.

Khamis, 20 Jun 2024

lafaz takbir raya dan maknanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulilah sekali lagi kita bertemu di alam maya ini. Pada catatan kali ini izinkan saya berkongsi serba sedikit berkenaan takbir raya beserta lafaz dan maknanya sekali. Seperti mana yang kita tahu bila tibanya hari raya bagi umat Islam, kita dituntut untuk memperbanyakkan takbir dan memuji Allah Swt. Hal ini merupakan satu syiar bagi umat Islam menjelang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Perlu kita maklum bahawa ada beza waktu takbir antara raya puasa dan raya haji ini. Bagi takbir raya puasa, kita disunatkan bertakbir bermula Maghrib satu Syawal hingga takbiratul ihram oleh imam untuk solat sunat hari raya puasa pada esok harinya. Manakala bagi hari raya haji kita disunatkan memulakan takbir yang mengiringi setiap solat fardu bermula Subuh 9 Zulhijah hingga lepas Asar 13 Zulhijah. So lebih kurang 5 hari kita boleh bertakbir bagi hari raya Aidiladha. Dalam catatan kali ini saya sertakan sekali lafaz takbir dan maknanya untuk manfaat kita bersama. Terima kasih banyak kerana sudi mengunjungi laman ini. Takbir raya aidilfitri dan aidiladha Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Takbir raya aidilfitri dan aidiladha Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Takbir raya aidilfitri dan aidiladha Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian BERAMAI-RAMAI Takbir raya aidilfitri dan aidiladha Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian 2 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian BERAMAI-RAMAI Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian 3 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian BERAMAI-RAMAI Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian 4 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Allahu Akbar Kabiiraa Walhamdulillaahi Katsiiraa Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya Takbir raya aidilfitri dan aidiladha Wasubhaanallaahi Bukrataw Wa Asiillaa Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang Laa ilaaha Illallallahu Walaa Na’budu illaa Iyyaahu Tidak ada Tuhan melainkan Allah kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya Mukhlishiina Lahuddiin Walau Karihal Kaafiruun dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir \ Laa ilaaha Illallallahu Wahdah Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa Tadaqa Wa’dah Wanashara ‘Abdah Yang benar janji-Nya dan yang menolong hamba-Nya Wa A’azza Jundahu Wahazamal Ahzaaba Wahdah Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya Laa ilaaha ilallaahu Wallaahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian 5 BERAMAI-RAMAI
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allaahu Akbar Walillahil Hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Selesai bacaan ini, anda boleh mula kembali dari dari urutan #1. Lakukanlah takbir sebeberapa banyak yang boleh kerana pada Hari Raya disunatkan untuk memperbanyakkan takbir.

Selasa, 18 Jun 2024

Makanan Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Sekali lagi kita bertemu di laman maya ini. Okay kali ni saya nak share sikit tentang makanan-makanan di hari raya ni. Alhamdulilah tahun ni dapat saya rasa ketupat palas yang terkenal di negeri utara atau di pantai timur. Apa lagi yang korang makan? Biasanya ketupat makan dengan rendang manakala nasi impit makan dengan kuah kacang. wah sedapnya. tahun ni alhamdulilah dapat saya makan rendang daging hitam dan ayam. kadang-kadang dapat juga makan lemang. Jadi bersyukurlah kita dapat makan-makan sedap di sini. Moga-moga kita tak membazir dan berlebihan dalam makan.
Okay jumpa lagi di lain masa ya.

Ahad, 16 Jun 2024

Catatan Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua? Apa khabar tu? Moga sihat selalu ya. Sedar tak sedar kita dah sampai kepada 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidil A
dha. Wah dah raya dah. Sebelum apa pun selamat hari raya Aidil Adha saya ucapkan. Hari raya ini merupakan saat-saat gembira yang perlu kita raikan dengan memuji sang Pencipta Yang Maha Esa. Kita digalakkan bertakbir, tahmid, tasbih dan memujinya atas segala nikmat yang telah kita kecapi selama ini khususnya nikmat meraikan hari yang mulia ini. Eh, rasa macam nak khutbah pulak, haha Tahukan kita boleh takbir sampai 13 Zulhijah kan? so setiap kali kita solat bolehlah you all takbir sekali ya. Jadi itu dulu untuk kali ini. Insyallah jumpa lagi di catatan seterusnya.

Isnin, 27 November 2023

Menjelang Musim Konvo

Hujung-hujung tahun ni macam-macam aktiviti yang telah dirancang di antaranya pergi bercuti, kenduri kahwin, majlis berkhatan dan tak ketinggalan di university-universiti tempatan turut mengadakan majlis konvokasion bagi meraikan para graduan. Setakat mana pengetahuan aku antara university yang telah memulakan siding konvokasionnya adalah Universiti Malaya, UITM, UPM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Oh lupa pulak tak silap UUM pun dah mula berkonvo ya? Saat inilah merupakan hari untuk para graduan dan ibu bapa mereka diraikan setelah berpulun dan beruasaha menuntut ilmu sama ada degree, master or Phd. Tahniah aku ucapkan pada korang yang dah berkonvo. Moga menjadi asbab kebaikan untuk agama, bangsa dan negara tercinta. Untuk cerita aku nanti aku share ya. Sekian Sahaja catatan kali ini moga jumpa lagi.