Halaman

Rabu, 9 Jun 2021

Jom Tadabbur Quran episod 58

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah agak lama tak update blog ni. Sorry sangat sebab busy la sikit. Maklumla saya kan belajar lagi. So, hari ni saya nak share satu ayat ni. ۞ أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ خَرَجوا مِن دِيٰرِهِم وَهُم أُلوفٌ حَذَرَ المَوتِ فَقالَ لَهُمُ اللَّهُ موتوا ثُمَّ أَحيٰهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ Jadi sajalah nak share malam ni saya ada live di page lovequrangroup. Kat sana nanti saya akan kongsikan keistimewaan ayat ini dan pengajarannya. Jadi terus staytune di media sosial saya. Terima kasih semua.https://www.facebook.com/lovequrangroup/لا يَشكُرونَ

Isnin, 24 Mei 2021

Produk Terbaru.

Asalamualaikum pengunjung blog sekalian, harapnya anda selalu sihat ya. Hari ni saya nak share sikit produk terbaru yang saya j jual. Produk itu adalah kitab Riyadus Solihin. Nak dapatkan maklumat lanjut tekan kat link ni. https://bit.ly/3oGLNcc 10:38 AM Sent

Selasa, 2 Mac 2021

Pengajaran Jom Tadabbur Ep 35

Pengajaran Ayat 166-170 Surah al-Baqarah: 1. Sediakan bekalan amalmu sebaiknya di dunia ini kerana kamu tidak dapat kembali lagi ke dunia bila tibanya akhirat nanti. 2. Makanlah makanan yang halal lagi baik yang diturunkan oleh allah Taala. 3. Jangan ikut jejak langkah serta tipu daya syaitan. 4. Jangan berdusta atas nama Allah. 5. Janganlah mengikuti seseorang ataupun sesuatu perkara secara buta tuli tanpa berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Jangan lupa saksikan dan tonton episode yang berikutnya bagi rancangan #jomtadabburquran hanya di page lovequrangroup setiap Sabtu dan Rabu #AHMADDANIAL #JOMTADABBURQURAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI

Ahad, 28 Februari 2021

Semua Makhluk Bertasbih?

Asalamualaikum sahabat sekalian, hari saya nak share satu ayat alquran yang sangat menarik dan menginspirasikan saya. Ayat tersebut terletak pada ayat ke-44 dalam Surah al-Israa'. Bulan nikan bulan Israk Mikraj, jom kita teliti sikit surah Israa' ni. Hayati tau : Firman Allah Yang Bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. The seven heavens and the earth, and all beings therein, declare His glory: there is not a thing but celebrates His praise; And yet ye understand not how they declare His glory! Verily He is Oft-Forbear, Most Forgiving! Surah al-Israa’: 44. #AHMADDANIAL #ALQURANKALAMTUHAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI

Ahad, 21 Februari 2021

Buat Bakal Calon Spm.

Buat Adik-adik Yang Bakal Menghadapi Spm. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah abang nak kongsikan beberapa tips untuk adik-adik yang bakal ambil peperiksaan Spm. Abang rasa tips ni sangat berguna tak kiralah kau ambil Spm tahun bila pun. 1. Korang semua mesti ada DUIT? DUIT itu adalah: Doa +Usaha +Ikhtiar +tawakal =Income/hasil/kejayaan Tak kisahlah istilah apa nak gunapun, yang penting korang perlu ada 4 perkara ni. 2. It’s All About Your Mind: Tanamkanlah dalam minda korang bahawa Spm bukanlah ujian terakhir dalam kehidupan kalian. Sebaliknya banyak lagi perkara yang korang boleh belajar selepas Spm tu. Tapi Korang buatlah yang terbaik dalam menjawab peperiksaan tu nanti. Walaupun apapun terjadi jawab sebaik mungkin mengikut kemampuan masing-masing. Ingatlah juga Spm tu bukanlah segala-galanya tapi biasalah kalau korang dah berapa tahun belajar lepastu takda pula yang tahu tahap pembelajaran korang macamana pulakkan? 3. Restu ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan pihak lain: Inipun korang jangan tinggalkan tau. Sebab ilmutukan ada berkatnya. Jadi kalau result score macamana sekalipun tapi taka da berkat dalam ilmu yang korang pelajari abang boleh cakap agak lost sikitla kat situ. Ni juga antara experience yang boleh abang kongsikan buat pedoman semua. Itu yang best bercakap melalui pengalaman sendiri. 4. Akhirnya, Semua Orang Boleh Berjaya: Abang percaya semua orang ada kebaikannya dan boleh Berjaya dengan cemerlangnya. Cuma masa dan usaha korang yang menentukan korang berada dimana 10 tahun akan datang. Percayalah akan diri sendiri insyallah ada kejayaan yang akan yang menanti. Buatlah yang terbaik dan kami semua doakan kejayaan anda di dunia dan akhirat sana. Last but not least, good luck and enjoy what are you doing now. Gagal Merancang adalah Anda Merancang Kegagalan.

Ayat Dari Surah al-Isra'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni aku nak kongsikan pada anda semua satu ayat yang sangat menarik bagi aku. Firman Allah Yang Bermaksud: Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. If any do wish for the transitory things (of this life), We readily grant them - such things as We will, to such person as We will: in the end have We provided Hell for them: they will burn therein, disgraced and rejected. Those who do wish for the (things of) the Hereafter, and strive therefor with all due striving, and have Faith,- they are the ones whose striving is acceptable (to Allah. Surah al-Isra’ : Ayat 18-19 #AHMADDANIAL #ALQURANKALAMTUHAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI

Khamis, 11 Februari 2021

Santai Tapi Sampai.

Asalamualaikum kawan-kawan, apa khabar anda semua. Hari ni aku nak buat post santai je. Pertamanya aku nak update la setakat mana perkembangan aku. Eh, Macam artis pulak? Okay aku sekarang ada buat live dekat page Humanity Hike setiap hari Jumaat jam 10 pagi. So, dekat situ aku diminta baca satu hari satu mukasurat. Satu hari satu mukasurat? Baca surat khabar ke? Ke baca apa? Jauh sekalilah surat khabar tapi kalau anda semua akupun ada update sedikit berita dekat page facebook aku. Nanti anda boleh pergi je kat situ. Aku diminta baca alquran satu Hari Satu Mukasurat. So, kalau anda nak baca alquran bersama aku bolehlah search dekat facebook tu page Humanity Hike. Di samping baca alquran, bolehlah juga aku share tips ke, sharing ke kat situ. Last but not least, aku ada juga channel Youtube aku tau. So, kalau korang nak tengok video #Jomtadaburquran Ep 19 bolehlah tengok kat situ. Jangan lupa subscribe dan share sekali tau. Ni linknya: https://youtu.be/qGB9q7lL_xk

Khamis, 28 Januari 2021

Jom Tadabbur Episod 29

Pengajaran Ayat 136-140 Surah Al-Baqarah: 1. Kita hendaklah beriman dengan sesungguhnya terhadap rukun iman. 2. Kita hendaklah beriman kepada sekalian para nabi, mengenalinya serta mencontohi akhlak mereka. 3. Ingatlah Allah akan menjaga hambanya yang melaksanakan segala suruhannya serta berusaha menyebarkan agamanya daripada bahaya musuh. 4. Allah mengetahui perihal hambanya yang memerlukan cara hidup Islam sebagai solusi terbaik dalam kehidupannya. 5. Ingatlah Allah tidak akan pernah lalai daripada melihat segala aktiviti kita. #AHMADDANIAL #JOMTADABBURQURAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI #LET’SSHARE https://www.facebook.com/100002181357266/posts/3686965348052807/?d=n

Baca Dapat Duit?

Assalamualaikum dan salam sjahtera saya ucapkan. Selamat datang kepada para pelawat laman saya. Anda boleh terus mengikuti blog ini kerana banyak manfaat yang akan anda dapati. So, hari ni saya nak share satu cara nak tambah pendapatan kita. Maklumlah sekarangkan musim PKP yang saya rasakan semuanya susah dan ramai yang diberhentikan kerja. Jom saya bantu anda. Baru-baru ni saya ada download satu aplikasi yang saya juga search kat internet. Nama aplikasi tersebut adalah Buccmach ataupun Cashzine. Anda pernah dengar tentang aplikasi yang boleh buat duit ni? Jika anda seorang yang suka membaca terutamanya sekali bacaan berkenaan berita ataupun news, jadi sangat moleklah anda dapatkan aplikasi ini. Oleh kerana saya nak bantu anda hari ni, saya akan kongsikan serba sedikit tentang cara bagaimana anda boleh buat duit dengan aplikasi ni. 1. Tekan link yang disediakan kat bawah tu. 2. Install aplikasi tersebut. 3. Kemudian register je sama ada gunakan emel ataupun facebook. 4. Lepastu masukkan code: 26677765 dekat bahagian enter invitation code dekat me. 5. dan anda mulakanlah membaca berita-berita yang ada kat situ. Kalau seeloknya anda bacalah penuh berita tu barulah naik coin anda. 6. Dah baca tekan kat reading reward tau. Nanti keluarlah bunyi syiling tu. 7. Ingat tau mula-mula anda akan dapatkan hasil ataupun duit anda dalam bentuk coin lepastu dah cukup targetnya bolehla anda cashout dalam akaun bank anda. Akhirnya, nasihat saya siapa yang nak gunakan aplikasi ni, dah install usahalah sungguh-sungguh supaya anda capai target yang disediakan. Okay nanti kita update tentang aps ni ya. Klik link ni tau: https://cashzinedownload-jzc6w32blq-an.a.run.app/download_1.html?ggc=26677765%7C1%7C3%7C257&t=1 ataupun copy je kat brouser korang. Jangan lupa share kat orang lain gak tau.

Selasa, 26 Januari 2021

Jom Berkenalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Izinkan saya memperkenalkan diri saya serba sedikit terlebih dahulu. Sebelum tu terima kasih banyak kepada anda kerana sudi mengunjungi blog ini. Teruskan kesetiaan anda bersama saya. Pertamanya nama saya adalah Ahmad Danial Mohd Sani. Saya berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Saya seorang Oku Penglihatan ataupun lebih detail adalah orang buta. Saya berumur 27 Tahun. Buat pengetahuan anda sekalian, sekarang saya sedang belajar dalam peringkat ijazah di salah satu university tempatan Di Malaysia. Kalau anda nak teka, sila reply kat komen. Saya bersekolah rendah di sebuah sekolah khas iaitu Skpk Jalan Batu, Kuala Lumpur. Seterusnya, saya menyambung ke sekolah menengah di Smpk Setapak, Kuala Lumpur. Saya rasa setakat ni dulu penulisan untuk kali ini. Saya akan menceritakan lagi perjalanan saya sehingga sekarang. Let’s through my journey… B Akhirnya,

Ahad, 24 Januari 2021

Jom Shopping.

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.

Apa khabar semua?

Aku harap korang sihat dan selalu visit blog ni ya. Hari ni aku nak ajak korang semua shopping. Macamana pula sekarangkan tengah PKP ni?

Baca ni betul2 tu tau

 

Time PKP mesti semua duk kat rumahkan? Bila dah kat rumah tu mesti bosankan? Nak pergi shopping mall dah tak boleh. Jangan risau! sekarang anda boleh shopping online je 🥳

jadi buka fon korang lepastu tekan link bawah ni tau. lepastu pilih je barang yang korang berkenan tu😊

shopee:

 

https://accesstra.de/0029wi000srz

Lazada:

https://accesstra.de/000lmx000srz

 

Nak tak? Tekan je link tu cepat-cepat. Korangkan dah gaji lepas tu kerajaan pula bagi BPN. Gunakanlah duit tu sebaiknya.

Setakat ni je dulu catatan aku untuk korang. Apa-apa komen je kat bawah tu. Nanti kalau ada yang menarik lagi aku akan share kat korang ya.

STAYTUNE


Jumaat, 15 Januari 2021

Pengajaran Ayat 126-130 Surah al-Baqarah.

1. Marilah kita sama-sama banyakkan berdoa terutamanya dalam ibadah yang kita lakukan.

2. Jadilah kita Muslim yang benar-benar menyerah diri dan taat akan perintah Allah.

3. Kita hendaklah selalu memohon keampunan darinya.

4. Tugas kita hendaklah membaca alquran, menyampaikannya pada orang lain serta menyucikan hati kita dengan memahami kalam Allah lalu mengamalkannya.

5. Beramal solehlah kita di dunia lagi agar kita terpilih dalam kalangannya di hari akhirat.

#AHMADDANIAL #JOMTADABURQURAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI   

JomTadaburQuran

Khamis, 14 Januari 2021

Manusia dan ujian.

 

Firman Allah dalam al-quran:

أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءآمَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ

Maksudnya: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Surah al-Ankabut: 2.

Sahabat-sahabat Sekalian,

1. Saat kita diuji dengan darurat dan sebagainya ingatlah kisah Nabi Yusuf a.s yang dipenjarakan akibat fitnah seorang wanita.

2. Saat kita diuji dengan kesakitan ingatkanlah kisah Nabi ayub a.s yang ditimpa kesakitan dan penderitaan bertahun lamanya.

3. Saat kita diuji dengan kekayaan kenangkanlah kisah Nabi Sulaiman a.s yang berdoa akan mensyukuri segala nikmat yang diberikan padanya.

Tapi tukan para nabi, bagaimana dengan kita manusia biasa ni?

Jadi ingatlah sahabat sekalian, kita tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Sama ada miskin, kaya, alim, manusia biasa dan sebagainya. Tapi yang penting bagaimana formula kita bagi menghadapi segala ujian dalam kehidupan ni. Antara formula yang kita boleh aplikasikan bila kita diuji adalah:

1. Sabar: Jom  hayati kalamnya ini:

 وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِّنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِّنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرينَ

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

الَّذينَ إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ رٰجِعونَ

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Surah al-Baqarah: 155-156

Sungguh indah bila kita menghayati ayat-ayat cinta dari pencipta kita ini. Bila Allah sebut tentang ujian-ujian yang akan dihadapi, kemudian ayat berikutnya Allah memberikan solusi kepada kita yang menghadapi ujian tersebut iaitu dengan bersabar.

2. Syukur:

وَإِذ قالَ موسىٰ لِقَومِهِ اذكُروا نِعمَةَ اللهِ عَلَيكُم إِذ أَنجاكُم مِن آلِ فِرعَونَ يَسومونَكُم سوءَ العَذابِ وَيُذَبِّحونَ أَبناءَكُم وَيَستَحيونَ نِساءَكُم ۚ وَفي ذٰلِكُم بَلاءٌ مِن رَبِّكُم عَظيمٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari Fir’aun dan pengikut-pengikutnya, mereka menyeksa kamu dengan seksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cubaan yang besar dari Tuhanmu”.

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكُم لَئِن شَكَرتُم لَأَزيدَنَّكُم ۖ وَلَئِن كَفَرتُم إِنَّ عَذابي لَشَديدٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Allah mengingatkan Bani Israel tentang segala ujian yang telah menimpa mereka. Kemudian bagaimana Allah menyelamatkan mereka daripada ditimpa ujian yang berat tersebut. Pada ayat berikutnya Allah memberi khabar gembira kepada orang yang bersykur atas apa yang ada padanya. Jadi bersykurlah kita atas segala nikmat yang Allah telah berikan pada kita yang tidak terhitung banyaknya.

3. Doa:

Kita boleh lihat perkara ini sekiranya kita membaca dan memahami kisah Nabi Ibrahim a.s dalam surah al-Baqarah berkenaan pembinaan Kaabah. Setelah Baginda ditimpakan beberapa perintah dan larangan kemudian Baginda Berjaya melaksanakan perintah tersebut. Lalu Baginda pun berdoa kepada dirinya dan keturunannya serta memohon keampunan kepada Allah Azza Wajalla.

Akhirnya, marilah kita membetulkan pandangan kita terhadap ujian dan musibah. Kita hendaklah melihat ujian itu sebagai cabaran yang mampu menjadikan kita lebih baik lagi berbanding hari ini. Berfikirlah mencari penyelesaian dalam ujian bukan menyalahkan pemberi ujian tersebut. Pastinya ada solusi dalam segala masalah kita hadapi. Ingatlah janganlah bersedih ataupun berduka kerana Allah bersama kita.

  

Isnin, 11 Januari 2021

Buku Tarbiah Sentap

    
     

KOMBO PERTAMA ISBIR UNTUK TAHUN 2021 KAMI MEMPERKENALKAN KOMBO NAJMI FETIH 🔥

 

 

Siapa tak kenal kan dengan penulis Best Seller viral yang bertajuk “Kerna Syurga Bukan Percuma”

 

Kalau tak trending.... tak akan ada permintaan buku Kerna Syurga Bukan Percuma sehingga  siri yang ke 4. Fuhh! Alhamdulillah. Masih lagi best seller walau dah bersiri siri.

 

Dengar kata akan datang Kerna Syurga Bukan Percuma 5... mungkinkah kah? 🤭

 

Sebelum akan dikeluarkan siri baru, mari kita baca Kerna Syurga Bukan Percuma 1 sehingga 4 terlebih dahulu....

 

Yang best kombo ni adalah korang boleh pilih mana mama sahaja koleksi dari penulis, 2 buku RM46!! Kami dah diskaun kan dari harga asal. Confirm2 harga kasih sayang... hiks

 

Jom buat pembelian sekarang. Stay tuned untuk promo yang seterusnya okeh!! Tak sabar nak reveal semua kombo 😍😍😍

 

LaAsalamualaikum dan salam sejahtera. Ni adalah satu konvo buku dari Tarbiah Sentap. Buat pengetahuan semua, saya salah seorang dropship Tarbiah Sentap yang sah. Jadi apa-apa tengok je kat nombor bawah ni: yari website : www.isbiroficial.com atau klik sini: https://wa.me/601118560341

 

#SquadIsbir #DakwahSentap #IsbirOfficial #KomboBulanan #BukuTarbiahSentap #BukuHilalAsyraf #SquadIsbir #DropshipIsbir HQ : @isbirofficial

Ahad, 3 Januari 2021

Tadabur Ayat 121 Surah al-baqarah.


 

Firman Allah dalam alquran:

(الَّذينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَتلونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولٰئِكَ يُؤمِنونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكفُر بِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ ٱلخَـٰسِرُونَ)

Maksudnya: Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah al-baqarah: 121.

Dalam ayat ini Allah menyatakan berkenaan perihal mereka dari kalangan ahli kitab yang beriman kepada ajaran asal agama mereka sebelum diubah mengikut hawa nafsu mereka. Dalam ayat sebelum ini Allah menyatakan golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai Nabi Muhammad dan umatnya sehingga mereka mengikut agma Yahudi ataupun mengikut jejak langkah mereka. Dalam ayat ini Allah memberitahu kita bahawa dalam kalangan Yahudi itu ada yang beriman dan membaca kitab mereka dengan sebenarnya. Perhatikan pada kalimah (حَقَّ تِلَاوَتِهِ) Yang bermaksud sebenar-benar bacaan. Ada ulama yang menyatakan perkataan ini bermaksud kita hendaklah membaca kitab alquran dengan bacaan yang betul dari sudut tajwidnya, mengikuti arahan di dalamnya, menghalalkan apa yang dihalalkan serta mengharamkan apa yang diharamkannya. Selepas itu, Allah menyatakan mereka yang membaca kitabnya dengan sebenar-benar bacaan itulah orang yang beriman.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat ni?

1. Walaupun ayat ini menyatakan tentang ahli kitab yang beriman yakni mereka yang membaca kitab Taurat yang asal tetapi ia juga boleh membawa maksud kepada kita yang ada kitab alquran.

2. Penting untuk mengetahui bahawa bacaan yang sebenar bukan sekadar membetulkan tajwid sahaja sebaliknya perlu disertai dengan tadabur dan memahami ayat-ayat yang dibaca. Hasilnya boleh menyebabkan PeningkatAN DALAM keimanan diri kita.

3. Ingatlah sesiapa yang tidak mengikut ajaran alquran mereka itulah yang rugi di dunia dan akhirat.

4. akhirnya, jom kita Tanya diri dan hati kita adakah kita benar-benar membaca kalam suci Ilahi ini dengan sebenar-benar bacaan?

#AHMADDANIAL #JOMTADABURQURAN #ALQURANDIHAYATI #TERUSKEHATI