Halaman

Sabtu, 6 Jun 2020

Soal Jawab di Ig?


Asalamualaikum dan selamat petang sahabat sekalian. Apa Khabar anda semua? Saya doakan kita semua dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang berterusan bagi menjalani kehidupan seharian. Pada mereka yang baru jadi friend saya di FB terima kasih sudi menjadi rakan di alam maya ini. Saya doakan anda sentiasa sihat dan diberikan hidayah oleh Allah Swt dalam hidup di dunia ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit soalan dan jawapan saya sepanjang ditemubual di live IG 4 Jun yang lalu. Saya akan nyatakan kepada anda sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa.

1. Bagaimanakah saya dapat menyesuaikan diri dalam belajar di musim Pkpb ini kerana bila kita di university ada kawan yang boleh membantu sedangkan musim sekarang kita perlu bantu diri kita sendiri?
Jawapan: Musim Pkpb ini sememangnya menguji kita dari segi fizikal dan mental. Jadinya kita hendaklah bersedia dan sentiasa peka dengan situasi semasa. Saya berikan dua poin utama yang kita boleh amalkan:
A. Ilmu: Bila kita terpaksa melalui pembelajaran secara online banyak benda yang kita perlu ketahui. Misalnya bila hendak menggunakan sesuatu aplikasi seperti Skype, kita mesti tahu menggunakannya dengan baik. Jadinya saya lebih terpaksa untuk membaca serba sedikit berkenaan aplikasi tersebut. Bagi teknologi zaman sekarang ini pula tidak cukup membaca secara teori sahaja sebaliknya hendaklah kita mencuba ataupun explore sendiri bagaimana menggunakannya.

B. Kreatif: Kita akan menjadi lebih kreatif sekiranya kita berhadapan dengan satu-satu cabaran yang benar-benar menguji kita. Misalnya line internet di kawasan kita kurang baik, kita hendaklah memikirkan cara yang sesuai bagi menyelesaikannya. Dengan ilmu yang kita ada saya pasti sahabat sekalian mampu menghadapi segala cabaran dan halangan dalam kehidupan. Nantikan jawapan saya yang berikutnya dalam catatan yang akan datang. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Jumaat, 5 Jun 2020

Pengenalan surah alkahfi



            Asalamualaikum dan salam penghulu segala hari. Pada kali ini mari kita berkenalan dengan surah yang kita selalu baca terutamanya pada hari Jumaat iaitu surah al-Kahfi. Surah ini terletak dalam juzuk ke-15 dalam alquran. Mengikut turutan dalam alquran, surah ini terletak pada surah yang ke-18 dalam alquran. Surah ini terdiri daripada 110 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah. Jadinya surah ini terkandung ayat-ayatnya berkenaan akidah, keimanan, dakwah dan sebagainya. Pada kali ini mari kita menyelesuri kisah-kisah penting dalam surah ini yang boleh kita pelajari.
            Kisah Pertama adalah kisah yang masyhur iaitu kisah pemuda-pemuda yang berlindung di dalam gua bagi menyelamatkan akidah mereka dalam zaman mereka ketika itu yang sangat mencabar. Kisah ini diangkat dalam surah ini sehinggalah surah ini dikenali dengan surah alkahfi yang bermakna gua. Sebagai pemuda pada zaman yang mencabar ini kita hendaklah menjadi pemuda yang mengutamakan soal akidah daripada segalanya. Akidah Islamiah yang jelas perlu kita pelajari dan ketahui bagi berhadapan fitnah-fitnah yang tidak kita jangka pada zaman sekarang dan akan datang.
            Seterusnya, kisah Nabi Musa a.s bersama Nabi Hidir menjadi paksi utama dalam surah ini. Banyak pengajaran yang boleh kita teladani dalam kisah ini. Pada mulanya Nabi Musa menganggap dirinya adalah yang paling berilmu tetapi Allah menemukannya dengan Nabi Hidir yang lebih ilmunya daripada Nabi Musa. Banyak perkara yang diketahui oleh nabi Hidir sebaliknya tidak diketahui oleh Nabi Musa a.s. Sebagai pengajaran, para penuntut ilmu hendaklah terus belajar dan sentiasa perlu menganggap diri kita serba tidak mengetahui melainkan Allah yang mengajarkan kita.
            Selain itu, dipaparkan juga kisah Zulkarnain yang diberikan kuasa pemerintahan oleh Allah Swt. Zulkarnain adlah seorang yang bertakwa dan menggunakan kuasanya untuk memerintah dunia ini berlandaskan perintah Allah. Kita sebagai pemimpin hendaklah menggunakan kuasa yang diberikan untuk menjalankan pemerintahannya secara adil dan penuh amanah.
Akhirnya mari kita hayati dan amalkan surah ini dalam kehidupan kita.

Hayati firmannya:
إِذ أَوَى الفِتيَةُ إِلَى الكَهفِ فَقالوا رَبَّنا ءآتِنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا 
Sahih International
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Al-kahfi: 10