Halaman

Isnin, 27 November 2023

Menjelang Musim Konvo

Hujung-hujung tahun ni macam-macam aktiviti yang telah dirancang di antaranya pergi bercuti, kenduri kahwin, majlis berkhatan dan tak ketinggalan di university-universiti tempatan turut mengadakan majlis konvokasion bagi meraikan para graduan. Setakat mana pengetahuan aku antara university yang telah memulakan siding konvokasionnya adalah Universiti Malaya, UITM, UPM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Oh lupa pulak tak silap UUM pun dah mula berkonvo ya? Saat inilah merupakan hari untuk para graduan dan ibu bapa mereka diraikan setelah berpulun dan beruasaha menuntut ilmu sama ada degree, master or Phd. Tahniah aku ucapkan pada korang yang dah berkonvo. Moga menjadi asbab kebaikan untuk agama, bangsa dan negara tercinta. Untuk cerita aku nanti aku share ya. Sekian Sahaja catatan kali ini moga jumpa lagi.

Rabu, 26 Julai 2023

CERITA MINGGU LEPAS

Jumaat lepas aku dan beberapa orang peserta ekspedisi Oku Kinabalu Challenge ada interview dengan seorang penulis skrip drama dan filem. Dengar kata nak buat buku pengalaman kita orang ke Kinabalu yang tahun lepas tu. Mohon doakan agar dapat siap time merdeka tahun ni. Nama penulis tu aku panggil abang Nizam je. Sebenarnya ada dua orang iaitu rakan abang Nizam Bernama Puan Aminah. Biasa la bukan senang nak jumpa penulis skrip macam ni. Jadi macam-macam soalan la aku tanya pada abang Nizam ni. Okay nanti aku update lagi tentang perkara ni ya.

Khamis, 6 Julai 2023

3 b UNTUK QURAN

Kita mesti nak pastikan gajet yang kita ada sekarang macam telefon ke lektop ke tv ke dan banyak lagilah always updated dan yang paling latest lah kan? Pernah tak kita fikir nak upgreat jugak ilmu alquran yang ada kat diri kit ani? Baiklah kali ni izinkan saya berkongsi tiga B yang penting untuk panduan kita Bersama : 1 Belajar : Carilah guru dan kelas mengaji alquran yang kita tahu kat mana ada. Boleh cari secara online ataupun fizikal. Sekarang banyak sangat kemudahan untuk kita belajar alquran. 2 Berusaha : Tak usah kita perlu ada perasaan jemu dan putus asa sepanjang dekatkan diri dengan alquran. Bak kata orang Melayu usaha tangga kejayaan dan Inggeris pun kata practice make perfect. Jadi terus berusaha untuk belajar dan sebagainya. Gagal sekali tak akan gagal selamanya. 3 Berkongsi : Saya percaya sharing is caring. Share pada orang sekeliling kita tentang ilmu alquran yang kita tahu ke, kelas alquran ke, aplikasi alquran dan banyak lagilah. Selalu berkongsi baru kita tak rugi. Sekian daripada saya. Terima kasih banyak yang baca dan share. Mudah-mudahan dapat manfaat. It’s All About Your Mind Ahmad Danial

Isnin, 3 April 2023

BAITI JANNATI

perkataan Baiti Jannati? Admin rasa kalian mesti pernah dengar dan tahu apa maksudnya kan? Bila kita tengok suasana masa kini berlaku pelbagai masalah dan konflik sesama ahli keluarga. Ibu ayah sibuk bekerja manakala anak-anak pula dibiarkan melakukan apa yang mereka suka. Persoalannya bagaimana nak jadikan keluarga kita ni Bahagia dan boleh masuk syurga? Ha sini admin nak share. Nak tak nak keluarga kita ni mestilah perlu dekatkan diri dengan alquran. Selalu baca alquran, baca terjemahan, belajar alquran dan banyak lagi perkara yang boleh sama-sama mengambil manfaat dari alquran. Pada kali ni Admin nak kongsikan salah satu program yang dianjurkan oleh lovequrangroup sempena Semarak Ramadhan Lqg 2023. Program ini dinamakan keluargaku suka ngaji. Agaknya apa syarat pertandingan ni ya? Syarat-syarat Pertandingan Keluargaku Suka Ngaji 1. peserta mestilah waga negara Malaysia. 2. setiap keluarga yang menyertai hendaklah melibatkan diri di dalam video rakaman sekurang-kurangnya dua orang. 3. Durasi bideo bacaan surah yang dipilih hendaklah dirakam selama 3 minit ke bawah. 4. video anda hendaklah di upload ke laman media sosial masing-masing iaitu di laman facebook, instagram dan tiktok sahaja. 5. perserta hendaklah meletakkan ling video rakaman yang telah dibuat di dalam google form yang telah
diberikan. 6. peserta boleh memilih secara bebas ayat alquran yang ingin dibaca semasa di dalam rakaman video yang dibuat. 7. setiap peserta yang menghantar video perlu meletakkan h tact yang telah ditetapkan iaitu #keluargakusukangaji #sebarquransebarkebaikan #lovequrangroup pada video masing-masing. Lepas tu jangan lupa yang paling penting daftar dulu kat link di sini https://forms.gle/dD2E769XWo1a3Ppn7 Kemudian isi butiran-butiran yang diperlukan dalam form tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Admin Lovequrangroup di talian: http://www.wasap.my/601133437306 Jom ajak keluarga kita ramai-ramai sertai ya. #quran #ngajiquran #keluargakusukangaji #lovequrangroup #sebarquransebarkebaikan