Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

tahun 2013 tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2013 Masihi. Semoga tahun ini membawa kebaikan yang banyak lagi pada kita semua. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi menjelajah atau menghadiri laman istimewa ini. Diharapkan kunjungan anda berterusan supaya kita mendapat manfaat bersama. Pada jam 12 nanti kita akan bergerak kepada satu tahun lagi yang penuh dengan cabaran. Hal ini bermakna usia kita juga makin bertambah. Sudah tua? Sebenarnya saya ingin menyorot kembali perkara-perkara yang telah berlaku pada diriku pada tahun 2012. Apa yang ingatlah. Baru-baru ini satu berita yang menggembirakan telah kuterima. Ada surat yang menyatakan saudara ahmad danial bin mohd sani telah berjaya memasuki Darul Quran untuk persijilan tahfiz bagi orang kurang upaya. Berita ini amat menggembirakanku. Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada allah atas kurniaannya. Apa yang kuharapkan keselamatan dan kebahagiaan di sana nanti. Hal ini juga memberi peluang kepadaku untuk berjuang dalam menuntut ilmu. Pada 6 Disember yang lalu saya telah berjaya enyelesaikan peperiksaan yang agak besar dalam hidupku iaitu SPM. Orang kata ia penentu hidup. Padaku kita masih boleh berjaya dalam hidup selagi kita berusaha dan ada ilmu. Peperiksaan yang kurasakan agak lama itu padaku sangat menguji. Sebenarnya diri kita diuji dari segi fizikal dan mental dalam peperiksaan ini. Kalau periksa memang ada soalan yang senang dan susah. Hal itu adalah peranan lembaga peperiksaan dalam menyiapkan soalannya. Saya bersyukur kerana peperiksaan tersebut mampu kujalani dengan baik. Diharapkan keputusannya juga baik. Sebenrnya pada tanggal itu menandakan berakhirnya persekolahanku dlam hidup. Sekolah itu iaitu Smpk SETAPAK telah memberi peluang kepadaku untuk mengecap nikmat dalam menuntut ilmu. Kenangan di sana juga akan kutinggalkan. Rasa sedih gak tapi macammana? Kini saya perlu menghadapi hidup ini di alam dewasa. Jutaan terima kasih kepada guru-guru di SMPK SETAPAK kerana tanpa kalian semua tiadalah aku di sini. Terima kasih kepada semua guru sama ada yang mengajar ataupun tidak atas jasa-jasa yang amat mulia. Semoga allah merahmatimu setiap waktu. Tidak ketinggalan juga temu dugaku di Mab pada 18 Disember yang lalu. Temuduga ini adalah untuk kemasukan ke Darul Quran. Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar. Baru-baru ni juga saya telah membuat page sendiri di Facebook. Hehe. Saja nak kongsi. Ala, tarikhnya lupa. Kalau nak tengok bolehlah search kat facebook dan taip ahmaddanial. Hari Ahad baru Ini juga saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kalau nak tahu lebih lanjut nantikan catatan yang berikutnya. Oh, kalau nak cerita kat sini memang banyak. Ia tidak akan habis ditelan zaman. Sekian sahajalah catatan saya pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam catatan yang lebih menarik akan datang. Saya doakan anda semua bahagia di samping orang yang tersayang. Orang yag terbaik adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam manakala hari esok lebih baik daripada hari ini. Senyum selalu.

Sabtu, 29 Disember 2012

Bah datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Belakangan ini kejadian banjir berlaku di negara kita. Fenomena ini berlaku di negeri-negeri pantai timur dan tidak terkecuali negeri Johor. Sebenarnya, kejadian ini sudah sering kali berlaku. Fenomena ini sering terjadi pada musim tengkujuh. Jadi, apabila berlaku kejadian seperti ini barulah ada banyak pihak yang ingin membantu saudara mereka ini. Jujurnya, bantuan yang diberikan hendaklah terbaik dan ikhlas supaya mendapat ganjaran yang baik daripada yang maha Esa. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Kejadian banjir sudah berlaku buat kali kedua kalau tak silaplah. Seharusnya semua pihak membuka mata dan telinga untuk mengambil iktibar mengapa kejadian ini boleh berlaku dan sukar diatasi. Mungkin ini adalah dugaan tuhan. Sebagai hambanya kita haus beriman padanya dan mengambil pengajaran daripada fenomena ini. Mungkin ada hikmah yang masih tersirat yang belum dikaji dan dilihat. Fenomena ini juga berlaku akibat masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat longkang yang tersumbat kerana dipenuhi sampah-sarap di dalamnya. Oleh itu, air tidak dapat mengalir dengan baik. Hal ini menyebabkan air tersebut memberi kesan kepada kenaikan air sungai. Itulah yang dikatakan apa yang dilakukan begitulah kesannya. Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana di negaa kita ini tidak berlaku fenomena yang lebih dahsyat seperti ribut pasir, taufan dan macam-macam lagi. Walaupun demikian, kita tidak harus berpeluk tubuh dan memekakkan telinga sahaja. Apa pun n boleh terjadi sekiranya kita alpa dan leka. Oleh itu, mari semua kita melihat kembali apa yang kita telah lakukan pada alam ini. Jangan biarkan alam ini terus menangis dan mengalirkan air matanya Tindakan yang berterusan harus dilaksanakan supaya masalah ini sekurang-kurangnya boleh diaasi dari masa ke semasa. Tuntasnya, ayuh kita bekerjasama dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku ini. Sebaliknya kita bersatu mengaktifkan gerakan bagi menggembleng cara dan langkah untuk mengatasinya. Peranan kita menentukan masa depan negara. Akhirnya, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan atau catatan ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sebenarnya ini adalah luahan atau cadangan daripada insan yang lemah lagi alpa. Terimalah catatan ini dengan seadanya. Teruslah mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih segar.

Jumaat, 28 Disember 2012

hasiat madu.

Assalamualaikum dan salam semua. Berrtemu semula dalam catatan saya pada kali ini. Oh, jangan lupa kunjungi ruangan shout box dalam blog ini untuk memberikan peluang kepada anda berinteraksi dengan saya. Pada kali ini terasa saya untuk berkongsi khasiat suatu makanan iaitu madu. Madu merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiatnya. Sebagai contoh, nabi Muhammad amat suka makan madu. Kajian telah menunjukkan makanan ini amat baik untuk kesihatan. Madu boleh menggantikan peranan gula. Hal ini kerana ia manis dan kemanisan itu semula jadi. Anda boleh mencampurkan air dengan madu da meminumnya pada waktu pagi. Hal ini penting untuk membersihkan usus atau sistem penghadaman kita. Madu juga boleh menguatkan kita. Oleh itu, tidak hairanlah para hafiz dan hafizah makan madu. Makanan ini memang baik untuk pelajar sekalian. Kalau nk cerita mesti banyak lagi. Sebenarnya, saya baru pertama kali makan madu. Bila saya cuba makan sedap juga rasanya. Manis tu memang manis tapi khasiatnya sangat bagus. Jadi, kalau nak boleh cuba sendiri. Apa salahnya beli mahal sikit untuk kesihatan ita? Sekian pada kali ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini. Teruskan kunjungan anda untuk menikmati catatan yang lebih menarik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

oh insan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Kalau skit apa agaknya penawarnya. Bolehkah dibeli penawr itu? Bolehkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Kalau mampu adakah jawapannya tepat. Apa pun hal tersebut bergantung pada diri anda. Sebenarnya pada kali ini saya ingin sama-sama pemperingatkan diri anda semua tentang peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Apakah tujuan kita dicipta? Ke manakah kia hendak pergi? Ha, macam sesi soal jawab pula. Tapi iilah hakikatnya. Soalan-soalan ini perlu kita tanya kembali padadiri kita sebagai salah satu alternatif untuk mengitug diri. Lebih baik kita ditanya sekarang berbanding kita diperiksa oleh allah. Ingat hidup je ada exam? Mati pun adala. Macam biasa lah kalau ada periksa tu mestilah buat persediaankan? Sudah tentu persediaan itu adalah ibadah atau melakuan keaikan. Ha ini merupakan bekalan yang penting untuk kita lulus dengan berjaya dalam periksa di akhirat. Firman allah “aku telah menciptakan jin dan manusia untuk beribadat padaku” Kita juga perlu menjaga hubungan kita dengan allah dan manusia. Hal ini merangkumi akhlak dan tatacara dalam perhubungan sosial termasuk pertuturan, pergaulan dan banyak lagi. Mari smua kita kembali pada kebenaran kerana dia maha pengampun lagi maha penyayang. Akhirnya, saya mohon maaf jika catatan ini menebabkan anda semua terasa atau terluka. Ssungguhnya ini adalah salah satu tanggung-jawab yang sya boleh lakukan. Sebarag cadangan dan komen amat dialu-alukan. Hitung diri anda sebelumanda dihitung.

Selasa, 25 Disember 2012

Merry krismas

Assalamualaikum dan salam semua. Pada tarikh hari ini iaitu 25 Disember merupakan suatu tarikh yang istimewa bagi penganut agama Kristian kerana tarikh ini merupakan tarikh hari perayaan Krismas. Sebelum apa pun selamat menyambut hari Krismas/hari Natal. Sudah tentu perayaan ini disambut dengan meriah di dalam negara kita. Suasananya sungguh meriah. Di sana-sini diadakan rumah terbuka. Sanak-saudara pula menziarai antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Syukur kerana negara kita dikurniaan keamanan yag berterusan di negara ini. Sambutlah perayaan ini dengan meriah dan bersatu padu. Diharapkan anda semua bergembira pada hari yang bahagia ini. Selamat Krismas. Merry Kristmas and happy new year. Sekian buat masa ini. Terima kasih.

Isnin, 24 Disember 2012

Teka-teki?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini saya telah membaca sebuah cerita yang berjudul Teka-teki.Cerita memang menarik. Pada kali ini sengaja saya nak kongsi apa yang saya dapat daripada cerita ini. Cerita ini mengisahkan seorang mahasiswi iaitu Irma. Irma mempunyai pendiriannya sndiri. Walaupun dia disuruh rakan-rakannya untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi dia enggan. Dalam fikiran Irma, dia terfikir bermacam-macam-macam perkara dan soalan. Rakannya iaitu Tanti telah bberkahwin. Selepas suatu tempoh tertentu, dia telah bercerai dan tanti kini merupakan seorang pelacur. Oleh sebab Irma merupakan sahabat yang paling rapat, dia terpaksa meluahkan perkara itu kepada Irma. Irma berasa sedih dan berbagai-bagai persoalan berada di mindanya. Dia juga terfikir berkenaan Herman iaitu rakan yang paling rapat dengannya. Dia keliru iaitu hubungan dia dengan Herman. Dia takut untuk berkahwin kerana memikirkan kisah yang berlaku pada rakannya iaitu Tanti. Dia takut perkahwinannya akan berakhir dengan kekecewaan bukan kebahagiaan. Akhirya, selepas lama memikirkan hubungan cintanya dengan Herman, Herman kini pula berada di jenjang pelamin. Dia kini bahagia dengan pasangan hidupnya dan mengharap hubungan mereka kekal selamanya. Sementara Irma terus menunggu dan menghitung detik untuk menamatkan zaman bujangnya. Certa berakhir di situ. Pada pandangan saya beberapa pengajaran boleh kita ambil daripada kisah ini. Kita harus berfikir dengan matang dan baik sebelum membuat keputusan yang penting alam hidup ini. Ini kerana perkara tersebut memberi kesan kepada masa depan kita. Kita harus bertindak berlandaskan ajaran agama Islam dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah. Kita harus bersyukur dengan kurnian tuhan kerana sudah tentu kurniaan itu ada hikmah yang perlu diketahui. Sekian sahaja ada kali ini. Terus menanti cerita yang menarik pada catatan yang akan datang. Kejayaan bergantung pada tindakan dan keputusan pada masa sekarang.

Ahad, 23 Disember 2012

Singapura juara.

Assalamualaikum dan salam semua. Semoga anda semua bahagia pada hujung minggu ni. Semalam pada ukul 8 malam telah berlangsung perlawanan akhir piaa Suzuki 2012 yang diadakan di Thailan. Perlawanan ini berlangsung antara negara Singapura dan Thailan. Pada separuh masa pertama kelihatan perlawanan jelas dikuasai oleh asukan Thailan. Kadangkala pasukan Singapura mampu melakukan serangan ke gawang pasukan lawan. Namu n, hasil serangan yang berbahaya itu kurang berhasil rasanya sebab satu gol sahaja yang berjaya dihasilkan. Pada separuh masa kedua pula, Thailan masih terus berusaha untuk mendapatkan jaringan. Ini kerana pasukan tuan rumah hanya memerlukan satu lagi jaringan gol untuk memenangi perlawanan ini. Akhirnya, Thailan tidak mampu menidakkan kejuaraan pasukan Sngapura. Singapura berjaya menjuarai piala ini buat keli ke-4. Buat pengetahuan, Pasukan Singapura merupakan satu-satunya pasukan di Asia Tenggara yang merangkul juara untuk kali ke-4. Sekian sahaja daripada saya buat ai ini Usaha +doa = jaya

Khamis, 20 Disember 2012

Pelajar buta dapat strait A

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam erupakan hari pengumuman keputusan PMR 2012. Sudah tentubermacam-macam reaksi boleh dilihat sama ada yang berjaya ataupun yang tidak. Bagi yang berjaya, ucapan tahniah diberikan. Bagi yang kurang berjaya, Teruskan usaha kerana masa anda untuk berjaya akan tiba juga. Kepad seluruh warga Smpk Setapak dan rakan-rakan, tahniah diucapkan kerana telah berjaya melahirkan calon yang cemerlang seperti The Yongshng. Buat pengetahuan semua, murid ini telah berjaya mendapat 7A dlam PMR 2012 [strait A]. Sesungguhnya kejayaan ini perlu dikekalkan kerana utuk mendapat sesuatu lebih mudah daripada mengekalkannya. The Yongshing setakat yang saya kenal merpakan murid yang rajin, sentiasa mengulangkaji pelajaran. Dia juga merupakan insan yang cacat penglihatan. Hal ini menjadikan dia seorang yang cekl dan terus berusaha untuk berjaya. Nasihat saya padanya teruskan usaha untuk kekalkan strait A waku SPM. Setakat itu sahaja daripada saya. Kejayan boleh dicapai siapa pun asalkan dia berusaha.

Selasa, 18 Disember 2012

Menghadiri temuduga.

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Nak cerita sikit tentang temu duga. Pada siang tadi saya telah menghadiri sesi temu duga di kompleks Mab untuk kemasukan ke darul Quran. Pada mulanya memang perasaan ni berdebar sekali. Saya bergerak dari rumah bersama ayah dan kakku lebih kurang pada puul 7 pagi. Selepas itu, sampailah di sana pada pukul 8.50 pagi. Selepas itu, calon-calon diberi sedikit taklimat berkenaan sesi temu duga ini. Memanglah ustaz ni aku pernah jumpa dulu iaitu Ustaz Hanafi. Seterusnya,calon-calon diberikan alquran dan diminta untuk menghafalnya lebih kurang satu mukasurat. Buat pengetahuan semua kalau satu mukasurat tu lebih kurang 4 dan 6 ayat e. Hal ini juga bergantung struktur ayat itu sama ada panjang atau pendek. Apa lagu bermulalah misiku untuk menghafal. Lebih kurang sejam lebih kemudian, saya dengan memberanikan diri pergilah kerana perasaan ini dah berdebar sangat. Saja je nak cuba beranikan diri. Takutah juga bila kena baca depan ustaz tu. Biasalah, kalau sesuatu yang tak biasa dilakukan memang kekok juga. Alhamdulilah syukur sangat. Soalan yang ustaz tu tanya bolehlah jawab. Selepas itu, kami semua diminta tuggu untuk makan tengah hari yang disediakan. Pada saat itu, banyak perkara bermantuk menghadiri sesi ini. Ada yang dari Terengganu, Perlis, johor dan macam-macam lai. Korang memang hebat terbaik. Selepas makan, tiba masa untuk berurai. Tiba masa bersalaman dengan rakan-rakan dan mengucapkan selamat dan semoga ntuk kalian semua. Diharapkan anda semua berasa senang dan catatan ini memberi manfaat kepada semua. Orang lain boleh kenapa anda tidak?berjumpa lagi. Setakat itulah sedikit perkongsian uin di fikiranku. Terbanyang jga semangat rakan-rakanku yang datang dari jauh u

Ahad, 16 Disember 2012

Penjenayah yang dikehendaki?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung yang dikasihi. Apa khabar semua? Diharapkan semua ya sentiasa sihat dan gembira. Pada kali ini saja saya ingin berkongsi mengenai Wong Suee Chin. Siapa orang yang saya maksudkan? Maaksudnya adalah bagi orang takda kerja. Sebenarnya, insan ini lahir pada 1951. Botak Cin adalah gelarannya yang terkenal di Malaysia. Beliau berhenti sekolah pada usia 15 tahun. Dia mula mencari kerja. Pada permulaannya dia berjinak-jinak dengan anggota kumpulan Gangster. Semakin lama dia semakin berani melakukan keganasan seperti merompak bank, kedai termasuk balai polis. Hasil rompakanini digunakan dia untuk membeli senjata api dari Thailan. Dia pernah memiliki 9 senjata api, 5 bom tangan dan banyak lagi. Buat pengetahuan semua, banyak kali juga pihak polis cuba untuk menangkapnya tetapi masih tidak berha sil. Hal ini menunjukkan kelicikan beliau yang hebat. Rakan-rakannya banyak yang telah dibunuh atau ditangkap polis. Beliau juga pernah menembak salah seorang anggota polis yang cuba menahannya. Inspektor itu tercedera akibat terkena beberapa das tembaan tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ini amat bertepatan dengan kehidupan penjenayah ini. Akhirnya, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis. Dia telah dihukum gantung mandetori kerana memiliki senjata api. Maka berakhirlah riwayat hidup penjenayah yang dikehendaki ini. Kalau nak tahu lebih lanjut search kat pakcik google. Buat pandangan si bloger, penjenayah ini memang licik. Ini tidak bermakna dia bijak. Kelicikan dan kebijaksanaan ini hendaklah digunakan pada jalan kebaikan seperti membantu orang lain yang memerlukan. Perkongsian ini adalah untuk kita ambil pengajaran dan teladan. Ambil yang baik dan buang yang sebaliknya. Sekian daripada saya. Jumpa lagi. Salam bahagia.

Jumaat, 14 Disember 2012

Hidangan Jawa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini sengaja saya ingin berkongsi mengenai apa yang saya tahu tentang suatu hidangan iaitu Nasi Ambang. Tentu anda pernah mendengar nasi ambang aau memakannya kan? Sebenarnya, nasi ini berasal dari Jawa Tengah di Indonesia. Nasi terkenal sejak dahulu lagi di Malaysia Indonesia malahan di Singapura. Kebiasaannya nasi dimakan bersama lauk seperti serunding, ayam, sambal goreng dan sebagainya. Nasi ini disediakan dalam talam dan dimakan oleh beberapa orang. Nasi terkenal dari hari ke hari terutama dalam kalangan bangsa Jawa. Memanglah nasi sedap dimakan. Tidak boleh digambarkan kelazatannya. Kalau nak tahu cubalah sendiri. Kalau dah makan pasti nak lagi. Hehe Terfikir juga saya bahawa hidangan yang lazat ini memberi kepentingan kepada kita dalam mengeratkan hubungan sesama saudara. Sememanglah itu adalah adat orang Jawa. Apa-apa pun cubalah sendiri pasti lazat. Belum cuba belum tahu. Sekian daripada saya yang serba lemah ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Tewas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan berkenaan kekalahan sd kegdi tangan Thailan 2-0 baru-baru ini. Apa yang dikesalkan aah kputusan pengadil perlanan dar yang memberikan kad merah [RED CARD] kepada harimau Malaya iaitu Mohamad Fadli syaz. Hal ini meneabkan Malaysia terpaksa bermain 10 orang pemain. Perkarakontrevesi ini memberikan besar kepadaanak buah Raja Gopal. Sebenarnya rata-rata penyokong skuad kebangsaan tidak berpuas ati tapi dah namanya pengadil dia lah yang berkuasa membuat keputusan. Jika disrot kembali pada separuh masa pertama ternyata penguasaan bola hampir sepenuhnya dikuasai Thailan. Anak buah Raja Gopal sesekali mmbuat asakan ke gawang gol pasukan lawan tetapi tidak berhasil. Pada pertengahan hingga akhir perlawanan ternyata bola dikuasai sepenuhnya oleh Thailan Pada separuh masa ke-2, Perkara yang sama urut berlaku. Harimau Malaya terus ditekan oleh pasukan lawan. Hasilnya, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Thailan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60. Pada minit ke0-66 sekali lagi benteng Malaysia beraya dibolosi pasukan lawan. Pasukan lawan ternyata lebih baik bermain berbanding kita yang tidak berjaya melakukan sesuatu yang berharga. Pada akhir-akhir Malaysia berjaya mengasilkan peluag-peluang yang baik sebaliknya kecekapan penjaga gol lawan yang menaikannya. Apabila wisel dibunyikan hasrat untuk Malaysia mengekalkan kejuaraan terkubur. Apa pun tahniah kepada skuad kebangsaan atas persembahan atau permainan yang baik sepanjang menghadapi perlawanan dalam pala ini. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang bola di Malaysia akan bertambah baik dari semasa ke seasa. Majulah sukan untuk negaa.

Sekadar perkongsian.

Banyak haiwan di hutan rimba, Hidup gembira bersuka ria, Assalamualaikum pembuka bicara, Sudah lama kita tak bersua. Oh, salam sejahtera dan salam sore kepaa semua pelawat yang saya hormati. Sudah lama laman istimewa ini tidak dikemaskinikan? Hal ini kerana penjaga laman ini sibuk bertungkus-lumus berjuang untuk menghadapi exam SPM. Berbanyak kemaafan dipinta kerana banyak maa lamanini tinggal sendirian. Pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan aau isi hati berkenaan tarikh hari ni. 12/12/2012 Ada apa pada tarikh sebegini? Ini sekadar pandangan saya. Jarang kita dapat bertemu dengan tarikh ini. Kita harus bersyukur kerana tarikh hari ini bgitu smart dan bermaka. Terserahlah kepada pengunjung semua untuk mempraktikkan apa caa sekalipun dalam mengabadikan tarikh yang dipenghujung ni sebagai kenangan terindah. Mungki ‘ Okayla. Itu sekadar pandangan yang tak seberapa. Nantikan catatan yang berikutnya yang lebih bermakna. Sedikitsedikit lama-lama jadi bukit. Sekadar perkongsian.