Halaman

Rabu, 28 Disember 2022

Ketidakupayaan.

Asalamualaikum dan Salam sejahtera, Tahu tak apa itu ketidakupayaan? Dalam bahasa Inggeris disebut disability. Kalau nak tahu jom saya share. Ketidakupayaan adalah satu interaksi antara kecacatan dan halangan-halangan yang menyekat seseorang itu daripada terlibat secara penuh bersama masyarakat. Disability is an interaction between an impairment and the barriers that disable someone to fully participate in the society. Bahasa mudahnya adalah tidak upaya ni bukan disebabkan kecacatan seseorang itu tetapi jika terdapat halangan-halangan tertentu maka mereka tidak berupaya seperti orang lain. Contoh orang buta boleh jadi upaya bila disediakan tulisan Braille untuk mereka sebaliknya jika tidak disediakan tulisan tersebut maka kekallah mereka tidak berupaya. Andai kata tidak disediakan tulisan biasa (printed form) di dunia ini jadi siapa yang kurang upaya? Ok cukup la kat sini nanti kita share lagi. Kalau nak lebih jangan lupa tengok kat sini tau https://fb.watch/hHdLWixVV3/?mibextid=v7YzmG pagi-pagi ni sedap kalau dapat teh Tarik kan? Boleh dapatkan di sini https://bit.ly/3jzxjwa

Ahad, 11 September 2022

Piala FA 2022 Di Bawa Ke Selatan

Asalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung blog insan istimewa sekalian, moga kalian sentiasa sihat ya. Maaf sangat dah agak lama tak update blog ni. Satunya dengan kekangan masa yang tak menginzinkan dan keduanya terfikir-fikir post apa nak update dekat blog setiap hari. Jadi kalau kalian ada cadangan boleh tulis je dekat ruangan komen ya. Baiklah semalam telah berlangsung satu perlawanan bola sepak iaitu Piala FA Akhir 2022 yang menemukan sang Penyu iaitu negeri Terengganu dan lawannya Johor Darul Takzim (JDT). Mungkin kalian pun dah tahu kan keputusannya? Just kali ni saya nak share pandangan saya tentang perlawanan semalam. Kalau kita tengok perlawanan semalam, pada separuh masa pertama lagi Jdt dah mulakan asakan yang bertalu-talu ke kubu Terengganu. Jadi sudah tentu perkara ini menyukarkan Terengganu untuk merancang gerakan yang berkesan bagi membalas serangan tersebut. Sejujurnya saya rasakan perlawanan semalam agak berbeza bagi pasukan Terengganu kerana mereka tidak dapat bermain seperti biasa iaitu pegang bola, build up dari bawah dan sebagainya. Bagi separuh masa kedua pula adalah beberapa asakan daripada Terengganu tetapi tidak terlalu bahaya bagi Jdt. Sebaliknya Jdt dengan kekuatan dan pengalaman barisan serangannya Berjaya menambah lagi dua jaringan. Sesuatu yang perlu diperbaiki oleh Terengganu dalam menangkis serangan lawan dan menyerap tekanan terutama pada peringkat akhir sebegini. Tahniah buat pasukan Jdt yang menang dengan jaringan 3-1 ke atas Terengganu. Menariknya dalam satu siding media, ketua jurulatih Terengganu tidak berasa kecewa dan bila ditanya soal penjaga gol pasukannya, dia tidak pernah berasa kecewa tentang pemain yang dipertaruhkannya dan baginya masa depan lebih cerah buat Terengganu kerana kebanyakan mereka terdiri daripada pemain muda. Ini yang perlu ada bagi setiap pemain dan jurulatih barulah bola sepak negara ada tahapnya tersendiri dan bukan sahaja bergantung pada pemain naturalisasi. Tahniah juga buat Terengganu yang Berjaya sampai ke peringkat akhir. Sekian catatan pada kali ini. Moga bertemu pada catatan lainnya. Terima Kasih.

Isnin, 14 Februari 2022

APA YANG MENARIK KAT KOLEJ ATAU u KORANG?

Asalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian. Apa khabar semua? Moga sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Baiklah pada kali ini saya akan berkongsi tentang satu topic yang dibancangkan di aplikasi Club House. Sebelum tu aplikasi ini adalah macam Google Meet, Zoom ke an lain-lain lagi. Bezanya Cuma aplikasi ini hanya menggunakan audio sahaja. Okay kita teruskan dengan topic kita. Topiknya adalah perkara menarik di kolej ataupun university korang. Ok ringkasnya adalah beberapa U yang boleh mention kat sini hasil sembang santai dengan kawan-kawan dekat Club House. Antaranya adalah UIA dan UM. Untuk yang lain nanti kita sambung dalam post yang lain.
Kalau UIA terkenal dengan makanannya. Nak apa cakap je. Nasi Arab ada, Syawarma ada, Kebab ada, apa tu gepok gitukan pun ada dan banyak lagilah. Kan UIA ni international gitu. Kalau Kat UM pula adalah makanan macam Nasi Ayam Penyet dan apa lagi satu ya lupa pulak. Semuanya tu dekat kolej ke-7. Selain itu, kita orang banyak share tentang kemudahan untuk Oku kat university masing-masing. Maklumlah aku kan Oku. Hahaha…. Jadi tu kot dulu untuk post kali ini. Nanti kita sambung lagi ya. STAYTUNE

Sabtu, 15 Januari 2022

PENGENALAN DIRI.

Nama : Ahmad Danial Mohd Sani Umur : 28 Tahun Kursus Yang Sedang Dipelajari : Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam Khusus Quran Sunnah Asal : Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Alamat Rumah : A-3-019-2A Jalan LP 7/3, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Hobi : Mendengar radio Makanan Kegemaran : Kuih-muih seperti kuih karipap dan lain-lain Minuman Kegemaran : Jus Oren Keputusan Spm 2012 : 8A 1B dan 2C
t T ` t