Halaman

Sabtu, 9 Jun 2012

Selamat Tinggal Redang.

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Tibalah saat pulang dari Pulau Redang. Hati terasa berat untuk meninggalkannya. Awal pagi lagi cikgu menyuruh kami mengemas kemah dan barang-barang untuk dibawa balik. Setelah semuanya siap, Sarapan pun menjelang. Makan apa? nasi goreng katanya sambil makan tengahari. Selepas itu, Kami menghadiri diri untuk mendengar kata-kata akhir daripada Cik Imrang selaku pegawai taman laut yang bertugas sepanjang kami di sana. Kami turut dikejutkan dengan pemberian hadiah kepada seorang pelajar kerana harijadinya. Hadiah daripada taman laut. Seterusnya kami berehat di tepi pantai buat kali terakhir di sana. Tiba masanya untuk mengangkat beg dan diletakkan ke dalam feri. Kami melambai-lambai cik Imran dan rakannya yang melihat kami berangkat. Perjalanan diteruskan hingga sampai di jeti Kuala Nerang. Kemudian tiba masa untuk mengangkat barang untuk dibawa masuk ke dalam bas. Kemudian kami berpeluang membeli-belah di sebuah kawasan. Ada yang beli anak patung, baju, kicen dan sebagainya. Perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat untuk sembahyang dan makan ikan goreng dan sotong yang segar. Ini adalah khas untuk kami. Seterusnya pada malamnya kami berehat dan makan di sebuah kedai di Terengganu. Akhirnya tibalah kami di destinasi yang dituju jam 5.30 pagi. Jadi sesiapa yang menempah keropok leko pun mengambil keropok tersebut. Jangan cemburu ya? Sememangnya pengalaman di Redang sukar dilupakan dalam naluriku ini. Ianya tetap terpahat sampai bila-bila. Terbayang saat duduk bersantai di tepi pantai. Apa yang diharapkan adalah anda semua berasa gembira dengan catatan pada kali ini. Sekiranya ada tersilap kata dan bahasa harap dimaafkan. Kepada guru dan rakan yang terlibat dalam menjayakan Perkemahan Perdana 2012 Redang. Tahniah dan rasanya nak datang lagi ke sana. akhirnya, Nama diberi Pulau Pinang, Jom bersama ke pulaun Redang.

Jumaat, 8 Jun 2012

Hari yang indah

Assalamualaikum dan bersua sekali lagi. Tiba hari berikutnya. Tapi sebelum itu, syukurlah malam tadi tidur di kemah sungguh nyenyak sekali. Seperti biasa selepas sarapan, aktiviti pertama dimulakan. Kami telah menaiki bot untuk Cagar Hutan. Untuk pengetahuan semua Malam tadi kami dapat memegang sendiri anak penyu yang baru menetas. Pada mulanya agak geli tetapi keberanian yang mengajar kami. Sebenarnya di Malaysia penyu terbahagi kepada 4 spesies iaitu Penyu Karang, Belimbing, AGar dan lupalah pula. Takda masalah. Sepanjang perjalanan menaiki bot suasana amat menyamankan. Tiba di beberapa meter dari pesisir pantai. Kami diminta untuk berenang ke tepi dengan bantuan tali. Rasanya tak lah jauh sangat tapi menguji. Tiba di Cagar Hutan iaitu tempat penyelidikan penyu, kami diberikan taklimat ringkas mengenai hidupan ini. Kami juga berpeluang merasa penyu yang berusia 1 bulan. Tapi hati-hati ada kuku yang tajam pada haiwan ini. Seterusnya kami telah masuk ke tempat pameran penyu. Kami juga telah meraba penyu yang telah diawet. Agak besar dan berat. Selepas itu kami terpaksa berenang semula ke bot untuk balik ke Pulau Redang/Pulau Pinang. Memang keletihan yang amat sangat tapi pengalaman yang menarik. Pada petangnya pula, kami telah menaiki bot untuk melakukan aktiviti Snorkeling di satu bahagian laut yang agak jauh. Di situ kami berenang sendiri dan dapat melihat batu karang, ikan dan macam-macam lagi di dasar laut. Memang saat yang sukar dilupakan. Selepas agak lama, Kami pulang ke Redang. Sementara menunggu sembahyang maghrib inilah masa melapangkan fikiran di tepi pantai. Masih terbayang di fikiranku suasana di pantai itu. Siapa yang datang pasti terpesona melihat pemandangannya. Pada malamnya kami dapat makan babi q. Ada macam-macam makanan. Kami juga telah membuat persembahan bagi setiap kumpulan kemah. Memang semua terhibur dengan persembahan daripada pelajar Smpk. Turut bersama ialah pegawai taman Laut yang bertugas iaitu Cik Imran. Dia turut mengizinkan kami melepaskan anak penyu ke pantai. Kami berkumpul di tepi pantai. Setiap seorang diberikan anak penyu. Saya dapat jenis penyu AGar. Ingat ya pegang dekat cengkerang dia. Itulah cara memegang penyu yang baik. Selepas kiraan sepuluh anak penyu tersebut dilepaskan. Pengalaman ini amat berniali bagi saya dalam hidup. Cik Imran menyuruh kami menamakan anak penyu itu. Nama anak penyu saya ialah Superturtle. Semoga superturtle selamat hidup di laut dan membesar. Selepas itu kami ke jeti untuk melihat hidupan laut yang mnimbulkan diri pada waktu malam. Ada sotong, anak penyu, ikan Yu atau jerung, dan macam-macam lagi. Ada peristiwa dimana anak penyu berjaya menyelamatkan dirinya daripada dimakan oleh ikan jerung. Inilah pengalaman yang amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Buat pengetahuan semua, penyu sensitif pada bunyi, cahaya dan sebagainya. tunggu.

Rabu, 6 Jun 2012

Pengalaman pertama yang sukar dilupakan.

Angin yang bertiup turut diiringi angin yang kusangka biasa. Dengan sekelip mata, Berlakulah satu fenomena iaitu ribut. Masing-masing kelam-kabut mengambil barang-barang. Kemah kebanyakan yang didirikan tumbang menyembah bumi. Tidak ketinggalan ada juga yang patah dan terbang dibawa angin. Mana yang nasib baik dapatlah selamatkan barang-barang. Siapa yang gantung diampaian bertaburlah semua. Cikgu telah mengarahkan kami supaya lari masuk ke dalam dewan yang disediakan untuk menyelamatkan diri kerana angin makin kencang. Inilah kali pertama saya menghadapi sendiri sendiri suasana ketika ribut. Angin sangat kuat disertai hujan yang agak lebat. Badan menggigil kesejukan. Ada yang ambil tuala untuk menutup badan kerana angin yang kuat. Air pun masuk ke dalam dewan tetapi tidak terlalu tinggi. Entahlah apalah yang terjadi pada kemah kan? Selepas semua reda, kami diarahkan mengangkat barang-barang dan dibawa ke surau yang di situ. Dengan kemah yang basah kami terpaksa membawa barang-barang ke sana. Kemah semuanya hanya tumbang dan ia perlu dikeringkan. Jadi malam ini kami tidur di surau sahajalah. Inilah pengalaman malam pertama di Pulau Redang. Pada keesokan harinya kami seperti biasalah dikejutkan oleh ustaz untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, kami diarahkan untuk membantu membersihkan kemah bersama. Banyaklah barang yang di sana-sini. Ada yang tersangkut di pokok. Selepas itu, kami diarahkan untuk kembali ke kemah masing-masing kerana malam kedua kami akan tidur di kemah. Selepas sarapan, aktiviti pertama pada hari itu ialah Water Confident. Aktiviti ini memberi keyakinan kepada kami untuk berenang sendiri di dalam air laut di situ. mula-mula rasa takut tetapi setelah mendapat bimbingan dan Life Jacket dan set Snorkeling segalanya reda. Kami diminta membuat bulatan dalam air dan cuba mengimbangkan diri dalam air. Selepas itu, kami diberi masa untuk bermain dalam air. Memang seronok kerana aku berjaya berenang sendiri mengikut suara cikgu dan rakan. Inilah pengalaman yang sukar dilupakan. Dengan adanya life Jacket anda akan terapung di air. Set snorkeling pula membolehkan anda bernafas menggunakan mulut menggunakan J-tube dan mask untuk melihat hidupan air dan menutup hidung. Seterusnya setelah penat berenang kami disuruh bersiap untuk solat Zuhur dan makan tengahari. Pada petangnya lebih kurang pukul 5 lebih kami melalui aktiviti berikutnya iaitu Jungle Treking. Kami terpaksa melalui jalan yang penuh dengan ranting, akar, pokok yang tumbang dan sebagainya untuk sampai ke puncak bukit itu. Setelah penat akhirnya kami tiba. Disana ada sebuah menara atau tempat yang dibina daripada kayu. Apa lagi inilah masa mengambil gambar. Saya naik menara yng tinggi itu. Di sini seluruh kawasan pulau Redang dapat dilihat. Selepas itu, kami turun mengikut jalan yang sama. Masa untuk solat Maghrib dan makan malam tiba. Sambil menunggu saat itu duduk di tepi pantai lah paling menarik sebab angin yang lembut menghembus. Tiba masa untuk tidur.

Isnin, 4 Jun 2012

Tajuk catatanPerjalanan yang tak dapat dilupa.

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pengunjung blog insan istimewa. Pada kesempatan ini saya ingin memohon berbanyak kemaafan kerana rasanya sudah terlalu lama blog ini sepi tanpa catatan. Sudah tentu ada yang bosankan? Tapi saya cuba buat yang terbaik. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang amat bermakna di Pulau Redang, Terengganu. Perkemahan perdana sekolah telah diadakan di Pulau Redang, Terengganu. Kami bertolak pada 26 Mei iaitu pada waktu malam kira-kira 9 malam. Selepas beberapa seketika bas terpaksa berundur semula ke sekolah kerana peti kecemasan yang amat perlu tertinggal. Jadi, lebih kurang pukul 10.30 baru bertolak dari sekolah. Buat pengetahuan semua lawatan kali ini disertai oleh 30 pelajar tidak termasuk Shahidie dan Athif, 2 orang PPM, serta 6 orang guru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Apa lagi inilah saat paling menarik untuk tidur dalam bas maklumlah perjalanan jauh. Pemandu pula terdiri daripada pemandu sekolah iaitu abang Am dan pemandu dari sekolah Teknik. Beberapa kali berhenti untuk tiba untuk bertukar pemandu. Tiba pukul 5.30 pagi 27 Mei kami sampai di masjid di daerah Kemaman, Terengganu. Kami berhenti untuk solat subuh. Tanpa disangka hujan renyai-renyai sehingga lebat. Kami terpaksa tunggu sebentar. Kemudian, kami menyambung perjalanan untuk ke jeti Kuala Nerang, terengganu. Setibanya di sana kami diarahkan mengangkat beg masing dan jaket keselamatan [Life Jacket] masing-masing. Oh, terlupa saya sebenarnya kami telah mendapat baju vase khas untuk ke Redang. Nak tahu apa yang tertera di baju itu. tunggu. Seterusnya, kami berhenti untuk sarapan pagi. Makan apa agaknya? Nasi lemak sedapkan? memang sedaplah. Selepas itu, kami bergegas untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Kami terpaksa menunggu buat beberapa ketika kerana terpaksa memasukkan barang-barang sendiri ke dalam feri. barang-barang seperti peti sejuk, barang basah, dapur gas dan lain-lain lagi. Maklumlah masak sendiri mestilah buat sendiri. Tibalah masa kami bergerak ke redang. Nak tahu selanjutnya sabar. nantikan. ya