Halaman

Rabu, 26 Julai 2023

CERITA MINGGU LEPAS

Jumaat lepas aku dan beberapa orang peserta ekspedisi Oku Kinabalu Challenge ada interview dengan seorang penulis skrip drama dan filem. Dengar kata nak buat buku pengalaman kita orang ke Kinabalu yang tahun lepas tu. Mohon doakan agar dapat siap time merdeka tahun ni. Nama penulis tu aku panggil abang Nizam je. Sebenarnya ada dua orang iaitu rakan abang Nizam Bernama Puan Aminah. Biasa la bukan senang nak jumpa penulis skrip macam ni. Jadi macam-macam soalan la aku tanya pada abang Nizam ni. Okay nanti aku update lagi tentang perkara ni ya.

Khamis, 6 Julai 2023

3 b UNTUK QURAN

Kita mesti nak pastikan gajet yang kita ada sekarang macam telefon ke lektop ke tv ke dan banyak lagilah always updated dan yang paling latest lah kan? Pernah tak kita fikir nak upgreat jugak ilmu alquran yang ada kat diri kit ani? Baiklah kali ni izinkan saya berkongsi tiga B yang penting untuk panduan kita Bersama : 1 Belajar : Carilah guru dan kelas mengaji alquran yang kita tahu kat mana ada. Boleh cari secara online ataupun fizikal. Sekarang banyak sangat kemudahan untuk kita belajar alquran. 2 Berusaha : Tak usah kita perlu ada perasaan jemu dan putus asa sepanjang dekatkan diri dengan alquran. Bak kata orang Melayu usaha tangga kejayaan dan Inggeris pun kata practice make perfect. Jadi terus berusaha untuk belajar dan sebagainya. Gagal sekali tak akan gagal selamanya. 3 Berkongsi : Saya percaya sharing is caring. Share pada orang sekeliling kita tentang ilmu alquran yang kita tahu ke, kelas alquran ke, aplikasi alquran dan banyak lagilah. Selalu berkongsi baru kita tak rugi. Sekian daripada saya. Terima kasih banyak yang baca dan share. Mudah-mudahan dapat manfaat. It’s All About Your Mind Ahmad Danial