Halaman

Jumaat, 19 Ogos 2011

Menyaertai pertandingan tilawah alquran

Pertandingan Tilawah Alquran Pendidikan Khas peringkat kebangsaan telah diadakan di Mahsuri Resort, Podikson Negeri Sembilan. Saya dan beberapa orang rakan yang lain menyertai pertandingan tersebut. Kami bertolak dari sekolah pada jam 1.30 petang menuju ke tempat Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami menaiki bas seterusnya menuju ke sana. Kami bertolak ke Negeri Sembilan pada jam 3.00 petang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami tiba di sana pada jam 6 petang. Kami dibawa masuk ke bilik. Kami tinggal di tingkat 5. Kami tinggal dalam rumah apartment. Dalamnya ada 2 bilik dan ruang tamu. Seterusnya, kami makan malam dan lain-lain lagi.


Hari berikutnya, Saya bersiap-siap untuk pertandingan pertama yang saya turut sertai iaitu hafazan. Saya bersarapan dan pergi ke dewan pertandingan. Saya merupakan peserta ke8 daripada 9 peserta. Selepas keputusan diumumkan. Saya telah memdapat tempat naib juara dalam pertandingan itu. Saya amat bersyukur atas kemenangan itu. Johan telah dirangkul oleh Mohd Fiqry dari negeri Johor yang merupakan rakan saya juga. Selepas itu saya berehat. Pada waktu petang acara tilawah bagi lelaki Junior diadakan. Rakan saya menyertai pertandingan tersebut dan mendapat sagu hati. Pada malamnya pula adalah acara azan subuh lelaki junior.

Esoknya, acara tilawah senior bagi perempuan. Rakan saya mendapat tempat ke2.

Hari berikutnya adalah acara azan dan tilawah bagi senior lelaki buta. Rakan saya telah mendapat juara dalam pertandingan azan subuh dan tempat kedua dalam pertandingan tilawah. Pada malamnya pula adalah acara penutup yang diadakan berhampiran dengan pantai Podikson. Suasana pada malam itu amat sejuk dan berangin.

Tibalah masa untuk saya dan rakan-rakan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya telah mendapat piala, sijil penyertaan dan senaskah alquran begitu juga dengan rakan-rakan lain. Kami Berjaya mendapat tempat ke2 sebanyak 3 kali, tempat ke3 sebanyak 2 kali dan juara 1 kali. Sesungguhnya kejayaan ini adalah amat manis apabila dikenangkan. Semoga anda mendapat manfaat daripada coretan kali ini.


Ahad, 14 Ogos 2011

sukan smpk 2011

Besnya sukan sekolah smpk setapak.

Sekolah Smpk Setapak telah mengadakan sukan tahunan bagi tahun ini di padang Uia pada 16/7/2011 yang lalu. Kami telah dibawa secara dua trip dengan menaiki bas. Sebelum itu raptai penuh telah diadakan sebanyak dua kali.

Setibanya saya di sana acara pertama telah diadakan iaitu acara 400 M. Para penyokong ke-tiga-tiga rumah sukan iaitu rumah sukan Persona, Perdana dan Waja memberikan sokongan sepenuhnya kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acera-acara berlapan. Sebenarnya sukan ini turut mendapat sokongan pihak Misc. Boleh saya katakana Raja pecut bagi sekolah pada tahun ini ialah Afiq Ali Hanafiah yang baru menjejakkan kaki buat kali pertama pada sekolah saya. Setelah acara balapan diadakan acara sukaneka bagi pegawai diadakan.
Rapkan tahun depan pasukan rumah saya akan Berjaya mendapat gelaran juara. Wasalam
Seterusnya, adalah acara tarik tali antara rumah sukan Persona dan rumah Waja telah diadakan. Acara ini telah dimenangi rumah pasukan yang saya sertai iaitu Persona. Berikutnya, acara kemuncak iaitu acara perbarisan setiap rumah sukan yang mengambil bahagian diadakan. Acara yang di-nanti-nantikan telah tiba. Untuk pengetahuan juara sukan sekolah saya pada tahun ini ialah rumah Waja yang diketuai oleh rakan saya sendiri iaitu Aiman Asyraff. Pengalaman seperti ini tidak akan saya lupa buat selama-lamanya.

Ada yang suka gembira dan juga yang kecewa. Namun segalanya telah berlaku.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Bersua kembali.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada semua pengunjung blog ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi mengunjungi blog ini.
Di sini saya ingin meminta maaf serta seribu kemaafan kepada semua kerana telah lama tidak menghasilkan tulisan baru untuk anda semua. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya, komputer riba saya telah mengalami kerosakan yang perlu dibaiki untuk beberapa ketika. Oh, ya Sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslinin-muslimat. Jadikan bulan ini sebagai bulan untuk kita memuhasabah diri untuk menjadi lebih baik.