Halaman

Isnin, 17 September 2012

Riadah: kegiatan bermanfaat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita sekali lagi. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai riadah. Riadah ialah melakukan aktiviti yang bermanfaat atau menyihatkan di luar rumah. Aktiviti ini meliputi berjoging, bersiar-siar di sesebuah kawasan, bermain permainan yang diminati. Kebiasaannya aktiviti riadah ini amat menyihatkan sebagai contoh mengeluarkan peluh dari badan. Salah satu punca merebaknya penyakit obesiti dalam kalangan masyarakat ialah budaya tidak sihat yang sering dilakukan. Budaya ini mesti dielakkan untuk kesejahteraan sejagat. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama beriadah untuk kesihatan bersama. warga yang sihat lahir dari amalan yang sihat.

Ahad, 16 September 2012

Hari penuh bersejarah.

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum apapun saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama blog inni tidak dapat dikemaskinikan. Pada tarikh hari ini iaitu 16 September 1963 merupakan tarikh kelahiran negara Malaysia. Sudah tentu membina negara bangsa Malaysia memerlukan peluh dan keringat daripada tokoh-tokoh seperti Tunku abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan nikmat pembinaan Malaysia ini kerana hasil titik peluh mereka kita bersatu. Kita hidup dengan aman pada hari ini. Oleh itu, generasi pada hari ini seharusnya saling bekerjasama dan hidup bersatu-padu. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk pembinaan gagasan Malaysia tertapi itu tidak menjadi penghalang kepada perjuangan yang suci. Inilah sekadar perkongsian untuk renungan semua.