Halaman

Rabu, 30 November 2011

Makhluk asing di angkasa lepas wujudkah?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai pengwujudan makhluk asing di angkasa lepas.

Buat pengetahuan semjua, bumi atau dunia ini menampung berbilion spesies haiwan. Bumi juga menampung billion manusi tidak termasuk tumbuhan. Bumi mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi. Dikatakan matahari akan hidup 3.5 billion tahun lagi etapi ketentuan yang Maha Esa yang menentukan.

Di samping bumi terdapat juga lebih kurang 9 buah planet tidak termasuk yang masih belum dikaji. Terdapat juga jutaan bintang di angkasa termasuk matahari. Di sana juga terdapat banyak galaksi.

Setelah kajian dibuat, hanya planet ini sahajalah yang mempunyai hidupan. Hal ini tidak berlaku di planet-planet yang lain. Ini kerana terrdapat planet yang sangat panas dan terlalu sejuk sehingga beku. Keadaan ini menyukarkan hidupan di sana untuk menikmati hidup dengan bahagia.

Olh itu, kita sebagai manusia seharusnya bersykur kerana berada di tempat yang membolehkan kita hidup di sini. Kesempatan ini mestilah digunakan kita untuk

membina tamadun yang baik dan memelihara segala ciptaannya.

Inilah ciptaan allah yang mahaKuasa yang tidak dapat dijangkau sepenuhnya oleh akal.

Selasa, 29 November 2011

Kereta?

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Inilah kereta ferari yang boleh dikatakan agak power.

Pada kali ini sebenarnya saya ingin bercerita mengenai kereta. Apa yang anda faham tentang kereta. Kereta ialah sebuah kenderaan yang beroda empat. Dari sudut ekonomi, kereta merupakan barang ekonomi kerana untuk mendapatkannya perlu membayarnya.

Kereta terdapat tempat duduk antara 2 hingga 4 atau 5 tempat duduk termasuk tempat duduk penumpang belakang. Kebiasaannya kereta hanya mampu menampung maksimanya 6 hingga 7 orang. Kereta memerlukan enjin untuk hidup seperti juga kita memerlukan jantung untuk terus hidup.

Sudah semestinya enjin ini dihasilkan daripada bahan seperti petrol atau diesel. Bateri juga sangat penting dalam sesebuah kereta.

Sebenarnya dalam kereta terdapat beberapa system kenderaan antaranya system penyejuk untuk menyejuk enjin. Sistem seperti ini amat penting bagi memastikan kelancaran sesebuah kereta.

Baru-bau ini timbul dakwan bahawa kerajaan akan memperkenalkan kenderaan kereta elektrik. Di luar Negara kenderaan seperti ini sangat digunakan. Kereta ini memrlukan bateri yang perlu dicas lebih kurang 3-4 jam. Kereta ini juga mesra alam erana tidak mengeluarkan asap. Hal ini penting kerana alam sekitar ini mesti terus dijaga. Sama-sama kita menantikan kehadirannya di lebuhraya Malaysia.

Bila kita cerita tentang kereta mesti ada langkah-langkah keselamatan yang perlu diutamakan antaranya memakai tali pinggang keledar. Selain itu, pemeriksaan yang kerap juga perlu dilakukan agar kenderaan dapat berfungsi dengan baik.

Antara jenama kereta yang popular ialah Proton, Honda, BMW dan sebagainya.

Selamat memandu kereta untuk semua terutama yang baru mendapat lessen memandu.

Berhati-hati di jalan raya.

Sedapnya sambal.

Assalamualaikum dan selamat malam pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai makanan yang sememangnya popular dalam kalangan masarakat Asia Tenggara amnya ataupun masyarakat Malaysia khususnya.

Tentu anda semua pernah makan sambal. Semangnya sambal sangat diminati semua golongan masyarakat kerana rasanya yang sedap terutama sekali Sambal Belacan.

Sambal dihasilkan dengan cili. Biasanya sambal dihasilkan dengan cili yang banyak untuk menambahkan lagi kelazatannya sesuatu sambal.
Antara contoh sambal yang popular ialah Sambal sotong, sambal ikan bilis dan lain-lain lagi.

Sebenarnya sambal adalah makanan yang lazat tetapi bagi mereka yang kurang mampu keadaan ini amat berbahaya. Jagalah kesihatan anda agar anda sentiasa sihat. Selamat menjamu selera sambal.

Sabtu, 26 November 2011

Selamat Maalhijrah 1433

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1433 Hijrah.

Sebenarnya, Hijrah dari segi bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke tempat lain ataupun perubahan keadaan dari kurang baik kepada lebih baik. Seperti mana yang kita ketahui, tiada lagi hijrah selepas penghijrahan Nabi Muhammad S.a.w. In bermakna umat Islam mestilah berhijrah dari sudut sikap, pemikiran dan seterusnya kepada tindakan yang membawa keredaan dunia dan akhirat.

Selain itu, hijrah adalah suatu pengorbanan yang mesti dilakukan untuk meninggalkan keburukan kepada kebaikan. Hijrah memerlukan pengorbanan, ketabahan dan kecekalan kerrana kita akan menghadapi pelbagai cabaran ketika berubah atau berhirah. Menyorot kembali penghijrahan Nabi Muhammad sememangnya baginda terpaksa berkorban untuk menegakkan syiar agama Islam dan kesan daripada hijrah itu agama Islam tersebar luas sehingga hari ini. Mungkin setiap individu ada hijrah yang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama. Contohnya pelajar mesti belajar dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang, suami pula pastinhya akan menjadikan rumah tangga mereka kekal bahagia.

Jika kita menyorot tema sambutan Maal Hijrah kali ini iaitu persefahaman asas perpaduan ummah. Walaupun pendapat antara sesame kita berbeza justeru itulah perbezaan ini seharusnya menjadi pokok kepada keputusan yang berkesan untuk memastikan umat Islam tetap utuh. Marilah kita melakukan muhasabah ke atas diri sendiri sejauh mana usia kita selama ini telah digunakan untuk beribadat keada Allah kerana akhirnya kita semua tidak kira apa sekalipun akan kembalidan dihitung olehnya. Hitunglah diri kita sebelum amalan kita dihisab di akhirat nanti. Jadi tahun yang baru ini sebagai tahun untuk kita melakukan semaksima mungkin kebaikan. Hijrahlah untuk kebahagiaan untuk diri sendiri.
Akhirnya, kita mestilah berhijrah terutamanhya pada zaman ini untuk memastikan kita terus bertahan dan dapat menangkis segala serangan luar.

Hijrah untuk kebaikan bukan untuk keburukan.
Ayuh berhijrah.


Saya ingin mengucapkan selamat Maalhijrah kepada anda semua.

Rabu, 23 November 2011

Rahsia seronok belajar.

Fasa Menghadapi Peperiksaan?

Selamat malam semua pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai peperiksaan. Seperti yang kita ketahui rakan pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 sedang menghadapi peperiksaan Spm dan Stpm. Di sini saya ingin berkongsi mengenai persediaan yang mereka perlu lakukan untuk menghadapi peperiksaan.

Antara fasa tersebut ialah

1. Persediaan menjelang peperiksaan.

Pada fasa ini anda perlu mengenalpasti sukatan pelajaran. Selain itu, Pelajar juga perlu mengulangkaji soalan lepas untuk mengenalpasti kelemahan mereka. Seterusnya, anda perlu membaca nota untuk mengingat fakta-fakta penting.

2. Fasa menghadapi peperiksaan.

jJawab soalan yang diberikan dan selepas itu semak dengat teliti. Untuk membuatkan cara belajar yang lebih terbaik adalah kumpulan belajar secara kumpulan. .

3. Fasa semasa peperiksaan.

Anda perlu membahagikan masa dengan sebaiknya. Pemahaman terhadap soalan amat penting Perancangan jawapan adalah terrbaik.

Anda juga perlu memahami arahan yang terdapat dalam soalan.

Akhirnya, berdoalah dan taswakal kepada tuhan agar mampu menjawabnya. Penjagaan kesihatan amat penting.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua yang menghadapi peperiksaan.

Isnin, 21 November 2011

Salam semua.

Alhamdulilah rakyat Malaysia semuanya gembira dan bersyukur kerana pasukan harimau muda kita berjaya menewaskan Pasukan Garuda [Indonesia] melalui sepakan fenalti yang sungguh bermakna dengan kedudukan 5-4.

Jika kita sorot kembali pada separuh masa pertama kelihatan pasukan Indonesia menyerang dengan begitu sehingga berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-5.

Selepas itu, pasukan negara kita terus menyerang dan terhasil jaringan melalui tandukan Asarudin Putra. Kedudukan telah berubah kepada 1-1.

Pada separuh masa ke-2 kedua-kedua pasukan berbalas serangan untuk menghasilkan jaringan. Namun, beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan dengan baik.

Tambahan masa berlangsung selama 30 ninit. Kecermelangan penjaga gawang negara iaitu Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan percuma dan fenalti amat dihargai.

Perlawanan diteruskan dengan dengan sepakan fenalti. Satu tendangan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia.

Apa yang saya harapkan adalah kejayaan ini dapat diteruskan lagi. Cayo Malaysia Cayo

Majulah sukan untuk negara.

Sabtu, 19 November 2011

Harimau malaya mengaum.

Salam sukan semua.

Pada kali ini saya ingin menyorot serba sedikit kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan kita berjaya layak ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan pasukan Myanmar 1-0.

Pada separuh masa pertama banyak asakan bertalu-talu terpaksa dihadapi pemain Malaysia. Namun, kecekapan dan pengalaman barisan pertahanan memusnahkan semua itu.

Terdapat juga banyak peluang tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik untuk menghasilkan jaringan.

Pada 45 kedua, perlawanan semakin rancak dengan kedua-kedua pasukan berbalas serangan. Pada minit ke-85 semua itu berbeza sekali kerana pasukan kita berjaya menghasilkan jaringan pemisah hasil rembatan Ahmad Fakri Shahrani. Selepas itu, pasukan Myanmar terus menyerang tetapi semua itu tidak dapat menghalang skuad harimau ini untuk ke peringkat akhir.

Harapan kita agar semua pemain kita dapat merangkul pingat emas pada Sukan Asia Tenggara kali ini. Tahniah saya ucapkan

Khamis, 17 November 2011

kadar metabolisme?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada kali ini saya ingin nberkongsi mengenai metabolism.

Sebenarnya kadar metabolism ialah kebolehan badan untuk menukarkan kaleri makanan kepada bentuk tenaga untuk kegunaan seharian.

Kebiasaannya orang yang kurus mempunyai kadar metabolism yang tinggi berbanding orang lain. Mereka juga mempunyai pencernaan yang lebih cepat berbanding orang lain.

Manakala orang yang gemuk/debab mempunyai kadar metabolism yang lebih rendah dan kadar pencernaan yang lebih perlahan.

Antara cara untuk memastikan kita berada pada tahap metabolism yang terbaik, berbagai amalan gaya hidup perlu diamalkan.

Antaranya ialah senaman yang mesti dilakukan sekurang-kurangnya 10 sehingga 20 minit sehari. Seterusnya kita hendaklah meminum air lebih kurang 8 gelas sehari untuk memastikan tahap percernaan yang lebih lancer. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan makan makanan yang sedikit tetapi kerap.

Sebagai pengakhiran kita hendaklah mengamalkan haya hidup yang sihat supaya segala aktiviti dan kesihatan kita berada pada tahap yang diinginkan.