Halaman

Ahad, 28 Februari 2021

Semua Makhluk Bertasbih?

Asalamualaikum sahabat sekalian, hari saya nak share satu ayat alquran yang sangat menarik dan menginspirasikan saya. Ayat tersebut terletak pada ayat ke-44 dalam Surah al-Israa'. Bulan nikan bulan Israk Mikraj, jom kita teliti sikit surah Israa' ni. Hayati tau : Firman Allah Yang Bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. The seven heavens and the earth, and all beings therein, declare His glory: there is not a thing but celebrates His praise; And yet ye understand not how they declare His glory! Verily He is Oft-Forbear, Most Forgiving! Surah al-Israa’: 44. #AHMADDANIAL #ALQURANKALAMTUHAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI

Ahad, 21 Februari 2021

Buat Bakal Calon Spm.

Buat Adik-adik Yang Bakal Menghadapi Spm. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah abang nak kongsikan beberapa tips untuk adik-adik yang bakal ambil peperiksaan Spm. Abang rasa tips ni sangat berguna tak kiralah kau ambil Spm tahun bila pun. 1. Korang semua mesti ada DUIT? DUIT itu adalah: Doa +Usaha +Ikhtiar +tawakal =Income/hasil/kejayaan Tak kisahlah istilah apa nak gunapun, yang penting korang perlu ada 4 perkara ni. 2. It’s All About Your Mind: Tanamkanlah dalam minda korang bahawa Spm bukanlah ujian terakhir dalam kehidupan kalian. Sebaliknya banyak lagi perkara yang korang boleh belajar selepas Spm tu. Tapi Korang buatlah yang terbaik dalam menjawab peperiksaan tu nanti. Walaupun apapun terjadi jawab sebaik mungkin mengikut kemampuan masing-masing. Ingatlah juga Spm tu bukanlah segala-galanya tapi biasalah kalau korang dah berapa tahun belajar lepastu takda pula yang tahu tahap pembelajaran korang macamana pulakkan? 3. Restu ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan pihak lain: Inipun korang jangan tinggalkan tau. Sebab ilmutukan ada berkatnya. Jadi kalau result score macamana sekalipun tapi taka da berkat dalam ilmu yang korang pelajari abang boleh cakap agak lost sikitla kat situ. Ni juga antara experience yang boleh abang kongsikan buat pedoman semua. Itu yang best bercakap melalui pengalaman sendiri. 4. Akhirnya, Semua Orang Boleh Berjaya: Abang percaya semua orang ada kebaikannya dan boleh Berjaya dengan cemerlangnya. Cuma masa dan usaha korang yang menentukan korang berada dimana 10 tahun akan datang. Percayalah akan diri sendiri insyallah ada kejayaan yang akan yang menanti. Buatlah yang terbaik dan kami semua doakan kejayaan anda di dunia dan akhirat sana. Last but not least, good luck and enjoy what are you doing now. Gagal Merancang adalah Anda Merancang Kegagalan.

Ayat Dari Surah al-Isra'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni aku nak kongsikan pada anda semua satu ayat yang sangat menarik bagi aku. Firman Allah Yang Bermaksud: Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. If any do wish for the transitory things (of this life), We readily grant them - such things as We will, to such person as We will: in the end have We provided Hell for them: they will burn therein, disgraced and rejected. Those who do wish for the (things of) the Hereafter, and strive therefor with all due striving, and have Faith,- they are the ones whose striving is acceptable (to Allah. Surah al-Isra’ : Ayat 18-19 #AHMADDANIAL #ALQURANKALAMTUHAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI

Khamis, 11 Februari 2021

Santai Tapi Sampai.

Asalamualaikum kawan-kawan, apa khabar anda semua. Hari ni aku nak buat post santai je. Pertamanya aku nak update la setakat mana perkembangan aku. Eh, Macam artis pulak? Okay aku sekarang ada buat live dekat page Humanity Hike setiap hari Jumaat jam 10 pagi. So, dekat situ aku diminta baca satu hari satu mukasurat. Satu hari satu mukasurat? Baca surat khabar ke? Ke baca apa? Jauh sekalilah surat khabar tapi kalau anda semua akupun ada update sedikit berita dekat page facebook aku. Nanti anda boleh pergi je kat situ. Aku diminta baca alquran satu Hari Satu Mukasurat. So, kalau anda nak baca alquran bersama aku bolehlah search dekat facebook tu page Humanity Hike. Di samping baca alquran, bolehlah juga aku share tips ke, sharing ke kat situ. Last but not least, aku ada juga channel Youtube aku tau. So, kalau korang nak tengok video #Jomtadaburquran Ep 19 bolehlah tengok kat situ. Jangan lupa subscribe dan share sekali tau. Ni linknya: https://youtu.be/qGB9q7lL_xk