Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

Tajuk catatanPerjalanan yang tak dapat dilupa.

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pengunjung blog insan istimewa. Pada kesempatan ini saya ingin memohon berbanyak kemaafan kerana rasanya sudah terlalu lama blog ini sepi tanpa catatan. Sudah tentu ada yang bosankan? Tapi saya cuba buat yang terbaik. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang amat bermakna di Pulau Redang, Terengganu. Perkemahan perdana sekolah telah diadakan di Pulau Redang, Terengganu. Kami bertolak pada 26 Mei iaitu pada waktu malam kira-kira 9 malam. Selepas beberapa seketika bas terpaksa berundur semula ke sekolah kerana peti kecemasan yang amat perlu tertinggal. Jadi, lebih kurang pukul 10.30 baru bertolak dari sekolah. Buat pengetahuan semua lawatan kali ini disertai oleh 30 pelajar tidak termasuk Shahidie dan Athif, 2 orang PPM, serta 6 orang guru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Apa lagi inilah saat paling menarik untuk tidur dalam bas maklumlah perjalanan jauh. Pemandu pula terdiri daripada pemandu sekolah iaitu abang Am dan pemandu dari sekolah Teknik. Beberapa kali berhenti untuk tiba untuk bertukar pemandu. Tiba pukul 5.30 pagi 27 Mei kami sampai di masjid di daerah Kemaman, Terengganu. Kami berhenti untuk solat subuh. Tanpa disangka hujan renyai-renyai sehingga lebat. Kami terpaksa tunggu sebentar. Kemudian, kami menyambung perjalanan untuk ke jeti Kuala Nerang, terengganu. Setibanya di sana kami diarahkan mengangkat beg masing dan jaket keselamatan [Life Jacket] masing-masing. Oh, terlupa saya sebenarnya kami telah mendapat baju vase khas untuk ke Redang. Nak tahu apa yang tertera di baju itu. tunggu. Seterusnya, kami berhenti untuk sarapan pagi. Makan apa agaknya? Nasi lemak sedapkan? memang sedaplah. Selepas itu, kami bergegas untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Kami terpaksa menunggu buat beberapa ketika kerana terpaksa memasukkan barang-barang sendiri ke dalam feri. barang-barang seperti peti sejuk, barang basah, dapur gas dan lain-lain lagi. Maklumlah masak sendiri mestilah buat sendiri. Tibalah masa kami bergerak ke redang. Nak tahu selanjutnya sabar. nantikan. ya

Tiada ulasan: