Halaman

Ahad, 14 April 2013

Kejayaan yang tak diduhga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana selama ini blog ini tidak dikemaskini. Buat pengetahuan anda semua saya sekarang sedang menyambung pengajian saya di Darul Quran. Sebelum terlupa apa khabar semua. Diharapkan anda semua sentiasa sihat. Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Syukur alhamdulillah kerana pada hari keluarnya keputusan SPM saya sihat. Seterusnya, saya berasa lebih gembira apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM. Saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan itu. Ramai juga rakan-rakan yang sama-sama menikmati kejayaan seperti saya. Sebenarnya keputusan ini saya tidak jangka kerana b berdasarkan keputusan peperiksaan percu aan yang lalu. Sesungguhnya kejayaan ini bukan untuk saya semata-mata tetapi kejayaan kita semua. Jerih paya guru-guru yang mengajar, penat lelah anak murid dalam mentelaah pelajaran sudah dibalas dengan kejayaan yang bermakna. Bagi saya, kejayaan ini perlu diteruskan dan harus menjadi peransang kepada rakan-rakan yang lain untuk turut berjaya. Saya tahu semua orang boleh berjaya kalau seseorang itu usaha dan tabah. Sya tahu orang lain boleh mengatasi kejayaan saya ini kalau dia inginkan. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu kemudian bersenang. Justeru itu, saya inginkan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah dalam menghasilkan kejayaan ini. Harap anda semua akan turut berjaya seperti saya. Semoga kita berjumpa lagi.

2 ulasan:

E Beng berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
E Beng berkata...

Hi Mad, Setinggi tinggi ucapan taniah saya hadiahkan kepada anda atas kejayaan yang telah anda kecapi. Percayalah bahawa usaha dan kesungguhan anda disamping doa iklas anda kepada-Nya akan mengundang kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Jaga diri dan selamat maju jaya!!