Halaman

Selasa, 28 Oktober 2014

ilmu tajwid

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda sentiasa sihat. Pada catatan kali ini saya ingin berkongsi berkenaan satu ilmu yang sangat penting yang perlu diketahui oleh umat islam. Ilmu tajwid. Pada mulanya saya perlu menjelaskan tentang kitab alquran iaitu kitab pegangan bagi umat islam. Alquran ialah kalam allah yang diturunkan kepada nabi junjungan Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril. Ianya merupakan satu mukjizat agung yang kekal hingga hari kiamat. Buat pengetahuan semua, alquran merupakan dedung ilmu yang sangat mukjizat. Oleh itu, ia merupakan panduan dan cahaya kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Saya rasakan catatan pada kali ini lebih kepada pengenalan tentang alquran. Pada catatan lainnya kita teruskan dengan pengenalan ilmu tajwid. Saya juga ingin menjelaskan alquran ini bukanlah kitab ilmu tetapi ia adlah panduan yang lengkap jika jika kita pelajarinya. Sebagai contoh, Barang yang baru kita beli tentulah adanya manual atau buku panduannya. Jika barang itu rosak atau tersalah guna kita akan rujuk pada manualnya. Hal ini adalah sama seperti kehidupan kita. Alquran adalah panduan untuk kita sebagai ciptaannya. Antara ilmu yang khusus yang boleh kita pelajari adalah ilmu qiraat, tajwid, tafsir, ulum alquran, serta banyak lagi. Sekian sahaja catatan pada kali ini. Maaf kerana terlebih dahulu saya mulakan dengan pengenalan kepada alquran. Tak dapat masuk lagipun ilmu tajwid. Diharapkan ilmu ini berguna kepada semua yang membacanya. Catatan ini adalah perkongsian berkenaan ilmu yang saya pelajari. Ini tak bermakna saya bijak tapi kita sama-sama belajar. Teruskan kunjungi laman ini untuk banyak lagi ilmu yang lebih menarik.

Ahad, 26 Oktober 2014

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video

salam maalhijrah.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan anda terus mengunjungi blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai hijrah atau berubah. Pada segi bahasa ialah berpindah. Hijrah juga adalah berubah sikap daripada kurang baik kepada lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi tips atau panduan untuk berubah. 1 keikhlasan. 2 Hal ini merupakan salah satu elemen penting dalam malakukan penghijrahan atau perubahan. Sesungguhnya perubahan kita nanti sangat bergantung pada niat kita Sebagai umat islam, kita hendaklah berubah dengan niat kerana allah dan rasulnya. Ini akan menjadi pasak yang kuat untuk kita bertapak pada perubahan yang berterusan. Pengorbanan. Untuk berubah kita hendaklah berkorban jiwa dan raga. Hal ini berlaku apabila kita sanggup berkorban maka kita akan sanggup berhijrah. Sebagai contoh, kita hendaklah berpindah dari tempat kepada tempat yang lain untuk membolehkan kita berubah. Suasana ini amat mempengaruhi hidup dan keadaan kita. Jadi untuk berubah kita perlu berkorban. Seterusnya, istiqamah. Ini adalah perkara yang paling sukar dalam sesuatu perubahan. Istiqamah bermakna berterusan dalam melakukan kebaikan. Di samping itu, antara salah satu cara untuk konsisten dalam satu-satu kebaikan ialah dengan cara menyebarkan perkara itu kepada orang yang lain. Semoga catatan yang ringkas ini akan memberi serba sedikit panduan kepada semua dalam melayari kehidupan ini. Akhirnya amilah yang jernih buanglah yang keruh. Jom berhijrah….

bertemu lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. apa khabar semua? sudah lama kiranya kita tidak bersua. di sini saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak melayari ini. Hal ini disebabkan oleh kesibukan serta tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Diharapkan anda tidak kecewa dan terus berknjung ke blog ini. Sekadar berkongsi buat pertama kali setelah lama tidak mengemaskini blog ini. Walaupun blog ini terdapat banyak kekurangannya tetapi kita hanya insan biasa yang sentiasa tak lari dari kesilapan. Sekian sahaja catatan pada kali ini. semoga bertemu lagi.

Rabu, 16 April 2014

Apa ada pada suara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Teruskan mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih baik lagi. Buat pengetahuan semua, tarikh hari ini yang bersamaan 16 April merupakan tarikh bagi [HSS] apatu? Iaitu hari Suara Sedunia. Sudah tentu tujuan hari ini adalah supaya kita menghargai suara yang dimiliki. Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dikurniakan suara. Dengan adanya suara kita boleh bertutur, berbicara, berborak, menyanyi, mengaji dan mengumpa… maaf yang itu lagi tak boleh. Sebenarnya suara ini telah memainkan peranan penting dalam hidup kita. Alangkah indahnya bila kita boleh menyanyi. Indahnya lagi bila bersyair. Merdu dan rahmatnya lagi bila kita boleh mengaji alquran. Itulah kehebatan suara yang tiada tolok bandingnya. Bayangkan anda menjadi orang yang tiada suara suatu hari nanti. Kenangkan nasib rakan-rakan kita yang sakit tekak ataupun bisu. Bagaimana agaknya mereka berkemonikasi? Oleh kerana suara juga manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini berlaku apabila seorang akan bertanya dan seorang lagi akan menjawab. Jadikan suara kita sedap di hati walaupun orang lain kata tak sedap. Tapi ingat gunakan suara kea rah kebaikan kerana kita tak tahu bila nikmat ini akan ditarik. Oleh itu, gunakan suara kita dengan sebaiknya. Salurkan ia pada manfaat bersama demi kita semua. Akhirnya, mari bersama menghargai nikmat suara ini. Sekian catatan kali ini moga berguna kepada semua. Kau pencetus penutur fasihnya, Kau perkenal lafaz dan bicara, Dirimu dapat mengaji bersama, Menyanyi turut sama, Dirimu bagai menatang minyak yang penuh, Tanpamu hilang nikmat berbicara, Tanpamu ke mana agaknya? Tanpamu tiada segalanya. Syukurlah,, Kerana kita masih bersuara. Nota: mengumpa… ialah mengumpat.

Ahad, 13 April 2014

Bola?

Keputusan: Selangor-Perak: 1-0 Kelantan-Atm: 2-0 LIONS 12-SIME DARBY: 0-1 PAHANG-TTM: 2-0 JDT-PKNS: 1-0 SARAWAK-TERENGGANU: 2-1 Asalamualaikum dan selamat kembali. Catatan di atas merupakan keputusan liga Supper 2013 pada minggu ini. Buat pengetahuan, Pahang terus mendahului carta liga seterusnya diikuti oleh Selangor dan Terengganu. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai perlawanan antara Pahang dan TTM. Perlawanan ini Nampak rancak dengan deretan peluang yang dihasilkan oleh pasukan Pahang namun kesudahannya peluang-peluang ini sia-sia begitu sahaja. Sebaliknya pasukan lawan kadangkala mengasak pintu gol Pahang dengan asakan yang berbahaya. Pada separuh masa pertama Pahang telah berjaya menghasilkan jaringan pendahuluan. Seterusnya pada 45 minit kedua Pahang terus menggandakan usaha untuk menghasilkan jaringan. Hasilnya, pemain yang bernama Azamudin Akil telah berjaya merobek gawang pelawat. Manakala TTM terus mencuba tetapi kawalan kepada bola antara masalah bagi pasukan ini. Akhirnya, Pahang berjaya mendapat tiga mata penuh bagi menjarakkan jurang antara pasukan-pasukan lain. Saya rasakan perlawanan ini amat menarik. Walaupun Pahang merupakan pendahulu liga tetapi pasukan TTM bukanlah mudah diperkotak-katikkan. Tahniah kepada pasukan Pahang dan pasukan-pasukan yang berjaya pada minggu ini. Bagi yang kurang berjaya teruskan usaha. Para penyokong pula merupakan antara tulang belakang kepada kejayaan ini. Teruskan sokongan anda. Semoga kita berjumpa pada catatan akan datang. Minta maaf kalau tersilap ye. Nota: satu pasukan bola sepak biasanya akan diwakili oleh 11 pemain di atas padang.

Sabtu, 12 April 2014

musibah?

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Saya yakin anda semua sudah tentu ternanti-nanti akan catatan seterusnya daripada saya. Pada kali ini saya ingin memulakan catatan ini dengan beberapa persoalan: Siapa kita? Tujuan kita? Ke mana kita? Apa akhir hidup kita? Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu tentang musibah ataupun ujian. Kita sering mendengar atau melihat perkataan ini tetapi apa maksud tersirat daripada perkataan ini? Musibah merupakan cabaran,masalah, ujian dan sebagainya. Kita tahu bahawa hidup ini merupakan satu ujian untuk kita semua. Analoginya, seorang yang memakan sesuatu makanan berpotensi untuk tercekik dan lain-lain lagi. Hal ini merupakan antara musibah yang perlu ditempuhi oleh kita semua. Nak atau tak nak. Kita sudah semestinya diciptakan dengan adanya tugas ataupun tanggung-jawab pada alam ini. Sebagai insan yang lemah, kita perlulah reda dan bersabar dengan apa pun yang terjadi kepada kita kerana kita mengerti hidup itu adalah ujian. Hal ini tidak bermaksud kita tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi kita berusaha dan bertawakal kepada Tuhan agar musibah yang kita tempuhi boleh diselesaikan. Kesimpulannya, ketabahan dan kecekalan yang tinggi sahaja yang menjadi formula kejayaan di dunia ini. Orang yang bijak adalah orang yang mengambil masalah sebagai peluang untuk berjaya. Diharapkan perkongsian ini dapat difahamkan sebaiknya oleh anda. Nota: musibah adalah perkataan bahasa arabyang membawa maksud yang sama.