Halaman

Ahad, 26 Oktober 2014

salam maalhijrah.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan anda terus mengunjungi blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai hijrah atau berubah. Pada segi bahasa ialah berpindah. Hijrah juga adalah berubah sikap daripada kurang baik kepada lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi tips atau panduan untuk berubah. 1 keikhlasan. 2 Hal ini merupakan salah satu elemen penting dalam malakukan penghijrahan atau perubahan. Sesungguhnya perubahan kita nanti sangat bergantung pada niat kita Sebagai umat islam, kita hendaklah berubah dengan niat kerana allah dan rasulnya. Ini akan menjadi pasak yang kuat untuk kita bertapak pada perubahan yang berterusan. Pengorbanan. Untuk berubah kita hendaklah berkorban jiwa dan raga. Hal ini berlaku apabila kita sanggup berkorban maka kita akan sanggup berhijrah. Sebagai contoh, kita hendaklah berpindah dari tempat kepada tempat yang lain untuk membolehkan kita berubah. Suasana ini amat mempengaruhi hidup dan keadaan kita. Jadi untuk berubah kita perlu berkorban. Seterusnya, istiqamah. Ini adalah perkara yang paling sukar dalam sesuatu perubahan. Istiqamah bermakna berterusan dalam melakukan kebaikan. Di samping itu, antara salah satu cara untuk konsisten dalam satu-satu kebaikan ialah dengan cara menyebarkan perkara itu kepada orang yang lain. Semoga catatan yang ringkas ini akan memberi serba sedikit panduan kepada semua dalam melayari kehidupan ini. Akhirnya amilah yang jernih buanglah yang keruh. Jom berhijrah….

Tiada ulasan: