Jumaat, 17 April 2015
sunah.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat datang dan teruskan kunjungan anda di laman ini.
Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu iaitu ilmu mustalah hadis. Ilmu ini adalah merupakan salah satu ilmu yang sangat penting bagi umat islam kerana ia berkaitan terus ddengan hadis nabi.
Sebelum apa pun kita perlu tahu serba sedikit tentang hadis.
Hadis adalah apa-apa yag disandarkan kepada nabi Muhammad sama ada perkataan, pengakuan, perbuatan, sifat dan sebagainya. Hadis merupakan sumber hokum kedua selepas alquran. Oleh itu, hadis penting sebagai penjelas yang lebih terperinci berkenaan nas atau hokum dalam alquran yang diterangkan scara umum. Contohnya cara mengerjakan solat.
Sebagai mana yang kita ketahui hadis terbahagi kepada hadis qudsi dan hadis nabawi. Hadis qudsi bermakna lafaz daripada rasululah dan makna daripada allah. Firman allah yag diucapkan oleh nabi. Hadis nabawi pula adalah lafaz dan makna sepenuhnya daripada nabi Muhammad.
Pernahkah kita mendengar istilah hadis sohih, hasan, daif, hadis ahad, matan, sanad, perawi dan banyak lagi. Jadi itulah serba sedikit yang akan sama-sama saya kongsikan apa yang saya tahu. Terus mengunjungi laman ini untuk terus sama-sama menikmati ilmu ini.
Moga ada manfaatnya.
Senyum sokmooo
Isnin, 13 April 2015
akhlak vs akademik?
Assalamualaikum dan selamat petang. Kembali bersua di laman istimewa ini. Diharapkan semuanya sihat sejahtera maklumlah kebelakangan ni cuaca tak menentu.
Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan akademik vs akhlak. Mana lebih penting. Tak boleh dinafikan system pendidikan di Negara kita banyak dipengaruhi oleh system akademik. Sebenarnya akademik ni suatu piawaian ataupun satu ukuran yang dibuat oleh manusia. Contohnya manusia boleh score a, b, c, d, bahkan G atau F pun boleh Semuanya itu berasaskan ukuran manusia semata-mata iaitu dalam peperiksaan.
Sememangnya manusia itu diciptakan berkeadaan lemah. Oleh itu, sudah tentu system ini mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Tapi bukan nak kata tak bagus bahkan ianya penting pada masa yang mencabar ini. Sebaliknya ia boleh ditambah baik dengan pendidikan yang lebih menekankan kepada asas akhlak.
Mungkin ada yang mempersoal dapat strait A tapi tak jujur. 4 flat tapi bla diberikan tugasan tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya maksudnya amanah. Kita lihat terutama remaja pada masa kini lebihsuka kepada hiburan. Di samping itu, ada juga antara mereka yang cemerlang ini tidak hormat guru, tak dengar cakap ibu bapa dan lainnya.
Agaknya kenapa perkara ini terjadi?
Jawablah sendiri. Pendidikan berakhlak sangat penting bagi melahirkan insan yang tahu tujuan apa di ke institusi pendidikan sama ada swasta atau kerajaan. Mereka juga akan belajar bersungguh-sungguh kerana mereka mempunyai sifat amanah dalam diri.
Seorang yang cemerlang dalam peperiksaan mestilah cemerlang dan dekat kepada tuhannya. Bila dekat dengaan tuhan akan lahirlah akhlak yan terpuji hasil iman dan amal baik yang dilakukan.
Sememangnya akhlak lebih dititikberatkan dalam menuntut ilmu kerana apa guna pelajar cerdik tapi dianya diherdik. Ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan kerana ianya akan ditanya nanti. Hal ini sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang baik ddan Negara yang berkat Sebagai contoh Pemimpin. Semua kita adalah pemimpin tapi adakah kita adil. Maknanya pemimpin yang adil Adil itu merupakan salah satu sifat atau akhlak yang terpuji. Maka pemimpin seperti ini akan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka rakyat tidak akan dizalimi dianiayai.
Jadi kita boleh lihat perbezaa akhlak dan akademik. Kejarlah sijil apapun asalkan motif utamamu hidup di dunia ini tidak diabaikan serta dikemudiankan.
Terus sebarkan kebaikan buat semua insan.
Diharapkan catatan ni bermanfaat kepada semua.
Sabtu, 11 April 2015
santai.
[Enter Post Title Here]
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat datang kepada pengunjung baru blog ini dan selamat berjelajah kepada semuanya.
Sebenarnya pada kesempatan ini merupakan hari cuti bagi diriku. Setelah agak lama berjuang dalam menuntut ilmu tibalah masa yang dinantikan. Bukanlah catatan kali ini agak berat tapi ia sekadar catatan santai sahaja buat permulaan.
Ilmu adalah sangat penting dalam hidup ini. Ianya sangat pentig untuk diamalkan dalam hidup seharian. Pada para pelajar mungkin mereka lebih diberatkan dengan pelbagai tugasan tapi semuanya kembali kepada peperiksaan. Agaknya apakah cara pengamalan ilmu terbaik dan cara ia memberi manfaat?
Jadi belajar sepanjang hayat bukan sekadar selepas sekolah atau selepas tamat belajar di institusi pengajian.
Sekadar coretan santai.
Khamis, 2 April 2015
Penerangan Hukum Hudud Paling INDAH - Dr Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani
moga semua dapat manfaatnya. subhanalah indahnya islam. moga hukum ini boleh dlaksanakan.
Jumaat, 31 Oktober 2014
tok gajah ke jdt?
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi pada catatan kali ni. Semenjak dua atau tiga hari ini kebanyakan masyarakat kita sibuk berkira-kira tentang perlawanan akhir [PIALA MALAYSIA] 2014. Jadi sudah tentu kali ini saya ingin menyentuh tentang perlawanan itu.
Pada hari esok bersamaan 1 November akan berlangsungnya perlawanan akhir piala Malaysia. Piala ini adalah merupakan antara piala tertua di Asia Tenggara. Pada perlawanan akhir ini akan menemukan dua musuh tradisi yang banyak diperkatakan orang ramai. Satu negeri mewakili bahagian pantai timur iaitu Pahang Darul Makmur ataupun lebih dikenalai dengan gelaran [TOK GAJAH]. Satu lagi negeri yang tak kurang hebatnya pula adalah negeri Johor Darul Takzim ataupun [JDT].
Pahang dalam sukan bola sepak di negara kita sememangnya sudah lama terkenal oleh kerana itu mereka telah pun mempunyai ramai peminat. Peminat negeri ini pula tidak kira lapisan masyarakat. Ingatkah lagi kita pasukan manakah yang berjaya menggodol piala ini.
Johor pula merupakan antara negeri yang menyerlah dalam musim pada kali ini. Hal ini kerana mungkin pasukan ini dibarisi oleh ramai pemain skuad kebangsaan. Di samping itu, mereka juga mempunyai pemain import yang berkualiti. Namun, nampaknya pada esok hari seorang pemain pertahannya iaitu Aidil Zafuan tidak dapat bermain. Walaupun demikian jurulatih johor pasti akan mengatur strategi terbaik bagi menghadapi tok gajah.
Dari aspek penyokong pula kelihatan mereka sudah tidak sabar ingin menyaksikan perlawanan esok. Dimaklumkan juga tiket perlawanan esok hari banyak yang habis tapi jangan beli kat ulat tiket pula..
Diharapkan aksi perlawanan esok hari merupakan pertandingan akhir idaman semua rakyat malaysia. Tak kira siapa menang atau kalah yang penting semua menanggung tanggung-jawab.
Akhirnya, nantikan serba sedikit ulasan perlawanan pada esok hari. Jangan lupa saksikan aksi penuh menarik ini di kada televisyen anda bagi yang tak sempat ke stadium Bukit Jalil. Saksikan di RTM 1 dan astro ARENA 801. Teruskan kunjungan anda ke laman ini.
Siapa pilihann anda?
Khamis, 30 Oktober 2014
asrama lagi???
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi dalam catatan pada kali ini. Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai kelebihan belajar di asrama. Ini tak bermakna belajar di rumah kurang baik. Segalanya bergantung kepada kita untuk buat pilihan yang terbaik
Sudah tentu sekolah berasrama penuh menjadi salah satu pilihan anak-anak kita setelah mereka menamatkan alam sekolah rendah. Mereka dan ibu bapa pasti gembira serta gemuruh apabila anak-anak mereka diterima masuk ke sekolah jenis ini. Pada mulanya mungkin mereka akan berasa kurang selesa atau kekok untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Mereka juga pasti berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa. Namun, segalanya telah ditakdirkan. Mereka harus meneruskan pengajian ini secara rela atau terpaksa. Kalau dah masuk asrama tu pasti ada peraturannya. Di samping itu, mereka pula akan diawasi oleh para warden Sebenarnya peraturan atau disiplin ini ada di mana-mana. Semuanya bergantung kepada kita untuk melaksanakan atau tidak. Mungkin ini juga adalah masalah atau cabaran yang perlu dihadapi oleh sesetengah pelajar yang masih belum mampu mengikutnya. Misalnya mereka diajar dengan menepati waktu. Mereka harus menghadiri makan pada jam-jam yang telah ditetapkan. Kebiasannya makan malam mereka pada jam 6.30 petang. Sekiranya mereka tidak mampu mengikutnya kemungkinan para warden akan mengambil tindakan ke atas mereka. Dahulu mereka juga akan mengeluh seperti ini:
“apalah warden ni?
“semua tak boleh?
“ketatnya peraturan ni?
“aku rasa baik aku pindah sekolah lain.
Itu adalah serba sedikit rungutan para pelajar yang tidak mempu mengikut atau mengamalkan disiplin ni. Tapi percayalah ke mana anda pergi anda sentiasa terikat dengan peraturan. Semestinya insan itu dijadikan secara fitrah. Fitrah itu pula inginkan kebaikan. Jadi peraturan ini adalah salah satu cara untuk mentarbiah diri untuk jadi lebih baik. Suatu hari nanti setelah mereka menamatkan alam ini pasti kata-kata mereka itu akan terasa kepada mereka sendiri.
Seterusnya, Kemahiran bersosial dilihat melalui interaksi antara seseorang pelajar dengan persekitarannya sama ada kawan, guru, bilik, suasana asrama dan lainnya. Sebagai contoh mereka dilatih untuk bagaimana bergaul dengan rakan-rakan mereka secara baik. Kita boleh sewenang-wenangnya menyakiti hati kawan sama ada dari aspek perbuatan, kata-kata dan lain lagi. Hal ini adalah merupakan adab semasa bergaul sesame rakan. Inilah yang menjadi pengukur prestasi akhlak seseorang. Kalau nak lihat seseorang lihat dengan siapa dia berkawan.
Kehidupan di asrama juga telah menerapkan nilai-nilai murni yang amat penting. Budaya seperti tolong-menolong, berbaik sangka, hormat akan orang lain, berdikari, dan lain-lain lagi. Perkara ini akan sentiasa diawasi oleh warden untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik. Contohnya mereka boleh bekerjasama dalam membersihkan tempat tinggal mereka. Perkara ini sememangnya dituntut kepada setiap insan.
Bagi umat islam pula solat merupakan rutin harian mereka. Di asrama, mereka telah diterapkan dengan kepentingan perkara ini. Solat sudah memang dituntut tapi perlaksanaannya amatlah penting. Saya sangat suka melihat apabila di asrama mereka diwajibkan menunaikan solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah. Maklumlah bila berjemaah kita akan lebih semangat untuk melakukan sesuatu perkara. Namun demikian, saya lagi suka melihat anak muda kita pada hari ini terus melaksanakan perkara ini walaupun setelah menamatkan alam persekolahan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Sudah tentu solat berjemaah ini terkandung banyak rahsia atau hikmahnya.
Kesimpulannya tak kira anda belajar di mana sekalipun jika anda mempunyai azam dan tekad yang utuh untuk Berjaya segalanya di depan mata anda sahaja. Sekecil-kecil dan sehalus-halus organisma pun ada rahsianya apatah lagi kita manusia yang hebat ini. Sekian sahaja catatan pada kali ini. Diharapkan catatan ini bermanfaat pada semua.
Senyum sokmo….
Selasa, 28 Oktober 2014
cara tahu kedai guna pelaris
Asalamualaikum dan selamat petang pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan ilmu serba sedikit tentang perubatan islam. Moga bermanfaat untuk kita. Tulisan ini diambil dari penulis ustaz Syarhan Shafii.
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )
Sumber: AnakMuaalaf
Jom kita amalkan dan sebarkannya.
Langgan:
Catatan (Atom)