Halaman

Khamis, 30 Oktober 2014

asrama lagi???

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi dalam catatan pada kali ini. Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai kelebihan belajar di asrama. Ini tak bermakna belajar di rumah kurang baik. Segalanya bergantung kepada kita untuk buat pilihan yang terbaik Sudah tentu sekolah berasrama penuh menjadi salah satu pilihan anak-anak kita setelah mereka menamatkan alam sekolah rendah. Mereka dan ibu bapa pasti gembira serta gemuruh apabila anak-anak mereka diterima masuk ke sekolah jenis ini. Pada mulanya mungkin mereka akan berasa kurang selesa atau kekok untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Mereka juga pasti berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa. Namun, segalanya telah ditakdirkan. Mereka harus meneruskan pengajian ini secara rela atau terpaksa. Kalau dah masuk asrama tu pasti ada peraturannya. Di samping itu, mereka pula akan diawasi oleh para warden Sebenarnya peraturan atau disiplin ini ada di mana-mana. Semuanya bergantung kepada kita untuk melaksanakan atau tidak. Mungkin ini juga adalah masalah atau cabaran yang perlu dihadapi oleh sesetengah pelajar yang masih belum mampu mengikutnya. Misalnya mereka diajar dengan menepati waktu. Mereka harus menghadiri makan pada jam-jam yang telah ditetapkan. Kebiasannya makan malam mereka pada jam 6.30 petang. Sekiranya mereka tidak mampu mengikutnya kemungkinan para warden akan mengambil tindakan ke atas mereka. Dahulu mereka juga akan mengeluh seperti ini: “apalah warden ni? “semua tak boleh? “ketatnya peraturan ni? “aku rasa baik aku pindah sekolah lain. Itu adalah serba sedikit rungutan para pelajar yang tidak mempu mengikut atau mengamalkan disiplin ni. Tapi percayalah ke mana anda pergi anda sentiasa terikat dengan peraturan. Semestinya insan itu dijadikan secara fitrah. Fitrah itu pula inginkan kebaikan. Jadi peraturan ini adalah salah satu cara untuk mentarbiah diri untuk jadi lebih baik. Suatu hari nanti setelah mereka menamatkan alam ini pasti kata-kata mereka itu akan terasa kepada mereka sendiri. Seterusnya, Kemahiran bersosial dilihat melalui interaksi antara seseorang pelajar dengan persekitarannya sama ada kawan, guru, bilik, suasana asrama dan lainnya. Sebagai contoh mereka dilatih untuk bagaimana bergaul dengan rakan-rakan mereka secara baik. Kita boleh sewenang-wenangnya menyakiti hati kawan sama ada dari aspek perbuatan, kata-kata dan lain lagi. Hal ini adalah merupakan adab semasa bergaul sesame rakan. Inilah yang menjadi pengukur prestasi akhlak seseorang. Kalau nak lihat seseorang lihat dengan siapa dia berkawan. Kehidupan di asrama juga telah menerapkan nilai-nilai murni yang amat penting. Budaya seperti tolong-menolong, berbaik sangka, hormat akan orang lain, berdikari, dan lain-lain lagi. Perkara ini akan sentiasa diawasi oleh warden untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik. Contohnya mereka boleh bekerjasama dalam membersihkan tempat tinggal mereka. Perkara ini sememangnya dituntut kepada setiap insan. Bagi umat islam pula solat merupakan rutin harian mereka. Di asrama, mereka telah diterapkan dengan kepentingan perkara ini. Solat sudah memang dituntut tapi perlaksanaannya amatlah penting. Saya sangat suka melihat apabila di asrama mereka diwajibkan menunaikan solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah. Maklumlah bila berjemaah kita akan lebih semangat untuk melakukan sesuatu perkara. Namun demikian, saya lagi suka melihat anak muda kita pada hari ini terus melaksanakan perkara ini walaupun setelah menamatkan alam persekolahan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Sudah tentu solat berjemaah ini terkandung banyak rahsia atau hikmahnya. Kesimpulannya tak kira anda belajar di mana sekalipun jika anda mempunyai azam dan tekad yang utuh untuk Berjaya segalanya di depan mata anda sahaja. Sekecil-kecil dan sehalus-halus organisma pun ada rahsianya apatah lagi kita manusia yang hebat ini. Sekian sahaja catatan pada kali ini. Diharapkan catatan ini bermanfaat pada semua. Senyum sokmo….

Tiada ulasan: