Halaman

Khamis, 9 Jun 2011

Jerman makin hampir

BAKU: Jurulatih Jerman, Joachim Loew kini boleh membuat perancangan untuk Euro 2012 selepas skuad memiliki pemain tertua, Philipp Lahm (gambar) yang baru berusia 27 tahun menewaskan Azerbaijan, 3-1 awal pagi kelmarin untuk mencipta kemenangan ketujuh.

Loew kini mempunyai masa sekurang-kurangnya setahun untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan di Poland dan Ukraine itu selepas kejayaan menewaskan bekas jurulatih negara itu, Berti Vogts yang kini melatih Azerbaijan dan mengatasi Belgium di tempat kedua dengan 10 mata untuk berada di puncak Kumpulan A.


Ia hadir ketika mereka memerlukan tiga mata daripada tiga perlawanan terakhir namun turut layak jika pasukan tempat ketiga, Turki yang menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengejar mereka gagal mencatatkan kemenangan pada empat perlawanan terakhir.


Mesut Ozil dan Mario Gomez meledak gol keempat peribadi dalam tiga perlawanan antarabangsa untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Jerman pada separuh masa pertama manakala pemain berusia 20 tahun, Andre Schuerrle turut meledak gol pada masa kecederaan di penghujung perlawanan.


Namun skuad Azeris tetap memberikan tentangan dengan percubaan menggegar palang ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan dan berjaya merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Murad Huseynov pada minit ke-89.


Tindakan Loew meletakkan harapan kepada pemain muda pada awal pagi kelmarin ada asasnya dengan purata umur pemain diturunkan berusia 24 tahun.



“Agak kelakar menjadi pemain paling tua di atas padang, namun ia menunjukkan kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti di Jerman,” kata Lahm. “Paling penting kami menang dan mencatatkan tujuh kemenangan. Ia pusingan kelayakan yang sempurna.” Loew terpaksa membuat beberapa perubahan berikutan kecederaan Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Sami Khedira. - Rreuters

Tiada ulasan: