Halaman

Isnin, 24 Oktober 2011

Tafsir diri?

Salam semua. Bersua kita kembali pada coretan kali ini. Pada kali ini saya ingin mengajak merenung kembali tujuan dan hala tuju kehidupan kita berikutnya.

Sebagai contoh, seorang pelajar pastinya akan menamatkan persekolahan mereka suatu hari nanti. Soalan seperti Manakah aku akan pergi selepas ini? apakah yang harus aku lakukan selepas ini? soalan-soalan seperti ini harus bermain dalam minda mereka. Sebagai orang yang matang, kita manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, untuk mengelakkan kesilapan berulang kembali, kita hendaklah bermunasabah di samping terus mencuba melakukan yang terbaik untuk masa depan kita. Masa itu emas. jadi jika emas itu tidak dimanfaatkan nampaknya kita telah kerugian besar.

Sebenarnya tulisan ini bukan untuk keburukan sebaliknya apa yang saya harapkan agar anda semua bermuhasabah diri anda sejauh mana usia kita telah digunakan sebaiknya. Ingatlah sejarah tidak akan berulang sekiranya kita tidak mengulanginya.

Tiada ulasan: