Halaman

Sabtu, 28 Januari 2012

Adakah sudah laksanakannya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai salah satu nilai murni yang mungkin telah kita tidak amalkannya.

Amanah ialah bertanggungjawab atau kepercayaan yang diberikan oorang lain kepada diri kita. Sudah tentu setiap insan yang lahir ke dunia in mempunyai amanah atau tugas tersendiri.

Amanah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

Amanah kepada pencipta kita. Umat Islam harus memikul serta melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya kerana ini adalah tujuan kita berada di dunia. Seterusnya, amanah untuk menjaga anggota serta nikmat yang telah diberikan kepada kita supaya ia tidak membolehkan terjerumus dalam lembah maksiat. Amanah terhadap diri kita perlu kita laksanakan. Selain itu, amanah yang diberikan orang lain kepada kita. Contohnya, pemimpin yang diberikan amanah atau jawatan untuk memimpin rakyat dalam sesebuah Negara kea rah kemajuan dan keharmonian.

Marilah kita sama-sama renungi diri kita. Adakah amanah yang diberikan selama ini telah kita laksanakan? Tepuk dada Tanya diri.

Sedangkan makhluk tidak mampu menampung amanah maka kitalah insan yang dikurniakan akal fikiran yang hanya mampu melaksanakannya. Justeru itu, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang lain.

Tidakkah malu serta menyesal kita apabila kita ditanya allah tentang apa yang kita telah laksanakan amanah pada jalan keredaannya? Jadi sebelum terlambat laksanakan dengan penuh hikmah dan dedikasi sekarang sebelum nyawa ditarik malaikat maut.

Amanah

Tiada ulasan: