Ahad, 21 Februari 2021

Buat Bakal Calon Spm.

Buat Adik-adik Yang Bakal Menghadapi Spm. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah abang nak kongsikan beberapa tips untuk adik-adik yang bakal ambil peperiksaan Spm. Abang rasa tips ni sangat berguna tak kiralah kau ambil Spm tahun bila pun. 1. Korang semua mesti ada DUIT? DUIT itu adalah: Doa +Usaha +Ikhtiar +tawakal =Income/hasil/kejayaan Tak kisahlah istilah apa nak gunapun, yang penting korang perlu ada 4 perkara ni. 2. It’s All About Your Mind: Tanamkanlah dalam minda korang bahawa Spm bukanlah ujian terakhir dalam kehidupan kalian. Sebaliknya banyak lagi perkara yang korang boleh belajar selepas Spm tu. Tapi Korang buatlah yang terbaik dalam menjawab peperiksaan tu nanti. Walaupun apapun terjadi jawab sebaik mungkin mengikut kemampuan masing-masing. Ingatlah juga Spm tu bukanlah segala-galanya tapi biasalah kalau korang dah berapa tahun belajar lepastu takda pula yang tahu tahap pembelajaran korang macamana pulakkan? 3. Restu ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan pihak lain: Inipun korang jangan tinggalkan tau. Sebab ilmutukan ada berkatnya. Jadi kalau result score macamana sekalipun tapi taka da berkat dalam ilmu yang korang pelajari abang boleh cakap agak lost sikitla kat situ. Ni juga antara experience yang boleh abang kongsikan buat pedoman semua. Itu yang best bercakap melalui pengalaman sendiri. 4. Akhirnya, Semua Orang Boleh Berjaya: Abang percaya semua orang ada kebaikannya dan boleh Berjaya dengan cemerlangnya. Cuma masa dan usaha korang yang menentukan korang berada dimana 10 tahun akan datang. Percayalah akan diri sendiri insyallah ada kejayaan yang akan yang menanti. Buatlah yang terbaik dan kami semua doakan kejayaan anda di dunia dan akhirat sana. Last but not least, good luck and enjoy what are you doing now. Gagal Merancang adalah Anda Merancang Kegagalan.

Tiada ulasan: