Halaman

Ahad, 16 Disember 2012

Penjenayah yang dikehendaki?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung yang dikasihi. Apa khabar semua? Diharapkan semua ya sentiasa sihat dan gembira. Pada kali ini saja saya ingin berkongsi mengenai Wong Suee Chin. Siapa orang yang saya maksudkan? Maaksudnya adalah bagi orang takda kerja. Sebenarnya, insan ini lahir pada 1951. Botak Cin adalah gelarannya yang terkenal di Malaysia. Beliau berhenti sekolah pada usia 15 tahun. Dia mula mencari kerja. Pada permulaannya dia berjinak-jinak dengan anggota kumpulan Gangster. Semakin lama dia semakin berani melakukan keganasan seperti merompak bank, kedai termasuk balai polis. Hasil rompakanini digunakan dia untuk membeli senjata api dari Thailan. Dia pernah memiliki 9 senjata api, 5 bom tangan dan banyak lagi. Buat pengetahuan semua, banyak kali juga pihak polis cuba untuk menangkapnya tetapi masih tidak berha sil. Hal ini menunjukkan kelicikan beliau yang hebat. Rakan-rakannya banyak yang telah dibunuh atau ditangkap polis. Beliau juga pernah menembak salah seorang anggota polis yang cuba menahannya. Inspektor itu tercedera akibat terkena beberapa das tembaan tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ini amat bertepatan dengan kehidupan penjenayah ini. Akhirnya, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis. Dia telah dihukum gantung mandetori kerana memiliki senjata api. Maka berakhirlah riwayat hidup penjenayah yang dikehendaki ini. Kalau nak tahu lebih lanjut search kat pakcik google. Buat pandangan si bloger, penjenayah ini memang licik. Ini tidak bermakna dia bijak. Kelicikan dan kebijaksanaan ini hendaklah digunakan pada jalan kebaikan seperti membantu orang lain yang memerlukan. Perkongsian ini adalah untuk kita ambil pengajaran dan teladan. Ambil yang baik dan buang yang sebaliknya. Sekian daripada saya. Jumpa lagi. Salam bahagia.

Jumaat, 14 Disember 2012

Hidangan Jawa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini sengaja saya ingin berkongsi mengenai apa yang saya tahu tentang suatu hidangan iaitu Nasi Ambang. Tentu anda pernah mendengar nasi ambang aau memakannya kan? Sebenarnya, nasi ini berasal dari Jawa Tengah di Indonesia. Nasi terkenal sejak dahulu lagi di Malaysia Indonesia malahan di Singapura. Kebiasaannya nasi dimakan bersama lauk seperti serunding, ayam, sambal goreng dan sebagainya. Nasi ini disediakan dalam talam dan dimakan oleh beberapa orang. Nasi terkenal dari hari ke hari terutama dalam kalangan bangsa Jawa. Memanglah nasi sedap dimakan. Tidak boleh digambarkan kelazatannya. Kalau nak tahu cubalah sendiri. Kalau dah makan pasti nak lagi. Hehe Terfikir juga saya bahawa hidangan yang lazat ini memberi kepentingan kepada kita dalam mengeratkan hubungan sesama saudara. Sememanglah itu adalah adat orang Jawa. Apa-apa pun cubalah sendiri pasti lazat. Belum cuba belum tahu. Sekian daripada saya yang serba lemah ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Tewas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan berkenaan kekalahan sd kegdi tangan Thailan 2-0 baru-baru ini. Apa yang dikesalkan aah kputusan pengadil perlanan dar yang memberikan kad merah [RED CARD] kepada harimau Malaya iaitu Mohamad Fadli syaz. Hal ini meneabkan Malaysia terpaksa bermain 10 orang pemain. Perkarakontrevesi ini memberikan besar kepadaanak buah Raja Gopal. Sebenarnya rata-rata penyokong skuad kebangsaan tidak berpuas ati tapi dah namanya pengadil dia lah yang berkuasa membuat keputusan. Jika disrot kembali pada separuh masa pertama ternyata penguasaan bola hampir sepenuhnya dikuasai Thailan. Anak buah Raja Gopal sesekali mmbuat asakan ke gawang gol pasukan lawan tetapi tidak berhasil. Pada pertengahan hingga akhir perlawanan ternyata bola dikuasai sepenuhnya oleh Thailan Pada separuh masa ke-2, Perkara yang sama urut berlaku. Harimau Malaya terus ditekan oleh pasukan lawan. Hasilnya, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Thailan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60. Pada minit ke0-66 sekali lagi benteng Malaysia beraya dibolosi pasukan lawan. Pasukan lawan ternyata lebih baik bermain berbanding kita yang tidak berjaya melakukan sesuatu yang berharga. Pada akhir-akhir Malaysia berjaya mengasilkan peluag-peluang yang baik sebaliknya kecekapan penjaga gol lawan yang menaikannya. Apabila wisel dibunyikan hasrat untuk Malaysia mengekalkan kejuaraan terkubur. Apa pun tahniah kepada skuad kebangsaan atas persembahan atau permainan yang baik sepanjang menghadapi perlawanan dalam pala ini. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang bola di Malaysia akan bertambah baik dari semasa ke seasa. Majulah sukan untuk negaa.

Sekadar perkongsian.

Banyak haiwan di hutan rimba, Hidup gembira bersuka ria, Assalamualaikum pembuka bicara, Sudah lama kita tak bersua. Oh, salam sejahtera dan salam sore kepaa semua pelawat yang saya hormati. Sudah lama laman istimewa ini tidak dikemaskinikan? Hal ini kerana penjaga laman ini sibuk bertungkus-lumus berjuang untuk menghadapi exam SPM. Berbanyak kemaafan dipinta kerana banyak maa lamanini tinggal sendirian. Pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan aau isi hati berkenaan tarikh hari ni. 12/12/2012 Ada apa pada tarikh sebegini? Ini sekadar pandangan saya. Jarang kita dapat bertemu dengan tarikh ini. Kita harus bersyukur kerana tarikh hari ini bgitu smart dan bermaka. Terserahlah kepada pengunjung semua untuk mempraktikkan apa caa sekalipun dalam mengabadikan tarikh yang dipenghujung ni sebagai kenangan terindah. Mungki ‘ Okayla. Itu sekadar pandangan yang tak seberapa. Nantikan catatan yang berikutnya yang lebih bermakna. Sedikitsedikit lama-lama jadi bukit. Sekadar perkongsian.

Isnin, 17 September 2012

Riadah: kegiatan bermanfaat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita sekali lagi. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai riadah. Riadah ialah melakukan aktiviti yang bermanfaat atau menyihatkan di luar rumah. Aktiviti ini meliputi berjoging, bersiar-siar di sesebuah kawasan, bermain permainan yang diminati. Kebiasaannya aktiviti riadah ini amat menyihatkan sebagai contoh mengeluarkan peluh dari badan. Salah satu punca merebaknya penyakit obesiti dalam kalangan masyarakat ialah budaya tidak sihat yang sering dilakukan. Budaya ini mesti dielakkan untuk kesejahteraan sejagat. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama beriadah untuk kesihatan bersama. warga yang sihat lahir dari amalan yang sihat.

Ahad, 16 September 2012

Hari penuh bersejarah.

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum apapun saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama blog inni tidak dapat dikemaskinikan. Pada tarikh hari ini iaitu 16 September 1963 merupakan tarikh kelahiran negara Malaysia. Sudah tentu membina negara bangsa Malaysia memerlukan peluh dan keringat daripada tokoh-tokoh seperti Tunku abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan nikmat pembinaan Malaysia ini kerana hasil titik peluh mereka kita bersatu. Kita hidup dengan aman pada hari ini. Oleh itu, generasi pada hari ini seharusnya saling bekerjasama dan hidup bersatu-padu. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk pembinaan gagasan Malaysia tertapi itu tidak menjadi penghalang kepada perjuangan yang suci. Inilah sekadar perkongsian untuk renungan semua.