Halaman

Jumaat, 14 Disember 2012

Hidangan Jawa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini sengaja saya ingin berkongsi mengenai apa yang saya tahu tentang suatu hidangan iaitu Nasi Ambang. Tentu anda pernah mendengar nasi ambang aau memakannya kan? Sebenarnya, nasi ini berasal dari Jawa Tengah di Indonesia. Nasi terkenal sejak dahulu lagi di Malaysia Indonesia malahan di Singapura. Kebiasaannya nasi dimakan bersama lauk seperti serunding, ayam, sambal goreng dan sebagainya. Nasi ini disediakan dalam talam dan dimakan oleh beberapa orang. Nasi terkenal dari hari ke hari terutama dalam kalangan bangsa Jawa. Memanglah nasi sedap dimakan. Tidak boleh digambarkan kelazatannya. Kalau nak tahu cubalah sendiri. Kalau dah makan pasti nak lagi. Hehe Terfikir juga saya bahawa hidangan yang lazat ini memberi kepentingan kepada kita dalam mengeratkan hubungan sesama saudara. Sememanglah itu adalah adat orang Jawa. Apa-apa pun cubalah sendiri pasti lazat. Belum cuba belum tahu. Sekian daripada saya yang serba lemah ini.

Tiada ulasan: