Rabu, 20 Januari 2021
Jumaat, 15 Januari 2021
Pengajaran Ayat 126-130 Surah al-Baqarah.
1. Marilah
kita sama-sama banyakkan berdoa terutamanya dalam ibadah yang kita lakukan.
2. Jadilah
kita Muslim yang benar-benar menyerah diri dan taat akan perintah Allah.
3. Kita
hendaklah selalu memohon keampunan darinya.
4. Tugas
kita hendaklah membaca alquran, menyampaikannya pada orang lain serta
menyucikan hati kita dengan memahami kalam Allah lalu mengamalkannya.
5. Beramal
solehlah kita di dunia lagi agar kita terpilih dalam kalangannya di hari
akhirat.
#AHMADDANIAL #JOMTADABURQURAN #ALQURANDIHAYATITERUSKEHATI
JomTadaburQuranKhamis, 14 Januari 2021
Manusia dan ujian.
Firman
Allah dalam al-quran:
أَحَسِبَ
النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءآمَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ
Maksudnya: Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah
beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Surah
al-Ankabut: 2.
Sahabat-sahabat
Sekalian,
1. Saat
kita diuji dengan darurat dan sebagainya ingatlah kisah Nabi Yusuf a.s yang
dipenjarakan akibat fitnah seorang wanita.
2. Saat
kita diuji dengan kesakitan ingatkanlah kisah Nabi ayub a.s yang ditimpa
kesakitan dan penderitaan bertahun lamanya.
3. Saat
kita diuji dengan kekayaan kenangkanlah kisah Nabi Sulaiman a.s yang berdoa
akan mensyukuri segala nikmat yang diberikan padanya.
Tapi tukan
para nabi, bagaimana dengan kita manusia biasa ni?
Jadi ingatlah
sahabat sekalian, kita tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Sama ada
miskin, kaya, alim, manusia biasa dan sebagainya. Tapi yang penting bagaimana
formula kita bagi menghadapi segala ujian dalam kehidupan ni. Antara formula
yang kita boleh aplikasikan bila kita diuji adalah:
1. Sabar:
Jom hayati kalamnya ini:
وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِّنَ الخَوفِ
وَالجوعِ وَنَقصٍ مِّنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ
الصّٰبِرينَ
Maksudnya: Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar:
الَّذينَ
إِذا أَصٰبَتهُم مُّصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ رٰجِعونَ
Maksudnya: (Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali.”
Surah
al-Baqarah: 155-156
Sungguh
indah bila kita menghayati ayat-ayat cinta dari pencipta kita ini. Bila Allah
sebut tentang ujian-ujian yang akan dihadapi, kemudian ayat berikutnya Allah
memberikan solusi kepada kita yang menghadapi ujian tersebut iaitu dengan
bersabar.
2. Syukur:
وَإِذ
قالَ موسىٰ لِقَومِهِ اذكُروا نِعمَةَ اللهِ عَلَيكُم إِذ أَنجاكُم مِن آلِ
فِرعَونَ يَسومونَكُم سوءَ العَذابِ وَيُذَبِّحونَ أَبناءَكُم وَيَستَحيونَ
نِساءَكُم ۚ وَفي ذٰلِكُم بَلاءٌ مِن رَبِّكُم عَظيمٌ
Maksudnya: Dan
(ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Ingatlah nikmat Allah atasmu
ketika Dia menyelamatkan kamu dari Fir’aun dan pengikut-pengikutnya, mereka
menyeksa kamu dengan seksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak
laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu
ada cubaan yang besar dari Tuhanmu”.
وَإِذ
تَأَذَّنَ رَبُّكُم لَئِن شَكَرتُم لَأَزيدَنَّكُم ۖ وَلَئِن كَفَرتُم إِنَّ
عَذابي لَشَديدٌ
Maksudnya: Dan
(ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Allah
mengingatkan Bani Israel tentang segala ujian yang telah menimpa mereka.
Kemudian bagaimana Allah menyelamatkan mereka daripada ditimpa ujian yang berat
tersebut. Pada ayat berikutnya Allah memberi khabar gembira kepada orang yang
bersykur atas apa yang ada padanya. Jadi bersykurlah kita atas segala nikmat
yang Allah telah berikan pada kita yang tidak terhitung banyaknya.
3. Doa:
Kita boleh
lihat perkara ini sekiranya kita membaca dan memahami kisah Nabi Ibrahim a.s
dalam surah al-Baqarah berkenaan pembinaan Kaabah. Setelah Baginda ditimpakan
beberapa perintah dan larangan kemudian Baginda Berjaya melaksanakan perintah
tersebut. Lalu Baginda pun berdoa kepada dirinya dan keturunannya serta memohon
keampunan kepada Allah Azza Wajalla.
Akhirnya,
marilah kita membetulkan pandangan kita terhadap ujian dan musibah. Kita
hendaklah melihat ujian itu sebagai cabaran yang mampu menjadikan kita lebih
baik lagi berbanding hari ini. Berfikirlah mencari penyelesaian dalam ujian
bukan menyalahkan pemberi ujian tersebut. Pastinya ada solusi dalam segala
masalah kita hadapi. Ingatlah janganlah bersedih ataupun berduka kerana Allah
bersama kita.
Isnin, 11 Januari 2021
Buku Tarbiah Sentap
KOMBO PERTAMA ISBIR UNTUK TAHUN 2021 KAMI MEMPERKENALKAN
KOMBO NAJMI FETIH 🔥
Siapa tak kenal kan dengan penulis Best Seller viral yang
bertajuk “Kerna Syurga Bukan Percuma”
Kalau tak trending.... tak akan ada permintaan buku Kerna
Syurga Bukan Percuma sehingga siri yang
ke 4. Fuhh! Alhamdulillah. Masih lagi best seller walau dah bersiri siri.
Dengar kata akan datang Kerna Syurga Bukan Percuma 5...
mungkinkah kah? 🤭
Sebelum akan dikeluarkan siri baru, mari kita baca Kerna
Syurga Bukan Percuma 1 sehingga 4 terlebih dahulu....
Yang best kombo ni adalah korang boleh pilih mana mama
sahaja koleksi dari penulis, 2 buku RM46!! Kami dah diskaun kan dari harga
asal. Confirm2 harga kasih sayang... hiks
Jom buat pembelian sekarang. Stay tuned untuk promo yang
seterusnya okeh!! Tak sabar nak reveal semua kombo 😍😍😍
LaAsalamualaikum dan salam sejahtera. Ni adalah satu konvo buku dari Tarbiah Sentap. Buat pengetahuan semua, saya salah seorang dropship Tarbiah Sentap yang sah. Jadi apa-apa tengok je kat nombor bawah ni: yari website : www.isbiroficial.com atau klik sini: https://wa.me/601118560341
#SquadIsbir #DakwahSentap #IsbirOfficial #KomboBulanan
#BukuTarbiahSentap #BukuHilalAsyraf #SquadIsbir #DropshipIsbir HQ :
@isbirofficial
Ahad, 3 Januari 2021
Tadabur Ayat 121 Surah al-baqarah.
Firman
Allah dalam alquran:
(الَّذينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَتلونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولٰئِكَ
يُؤمِنونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكفُر بِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ ٱلخَـٰسِرُونَ)
Maksudnya: Orang-orang
yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan
sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah
orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka
itulah orang-orang yang rugi.
Surah
al-baqarah: 121.
Dalam ayat ini
Allah menyatakan berkenaan perihal mereka dari kalangan ahli kitab yang beriman
kepada ajaran asal agama mereka sebelum diubah mengikut hawa nafsu mereka.
Dalam ayat sebelum ini Allah menyatakan golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan
meredhai Nabi Muhammad dan umatnya sehingga mereka mengikut agma Yahudi ataupun
mengikut jejak langkah mereka. Dalam ayat ini Allah memberitahu kita bahawa
dalam kalangan Yahudi itu ada yang beriman dan membaca kitab mereka dengan sebenarnya.
Perhatikan pada kalimah (حَقَّ
تِلَاوَتِهِ) Yang bermaksud sebenar-benar
bacaan. Ada ulama yang menyatakan perkataan ini bermaksud kita hendaklah
membaca kitab alquran dengan bacaan yang betul dari sudut tajwidnya, mengikuti
arahan di dalamnya, menghalalkan apa yang dihalalkan serta mengharamkan apa
yang diharamkannya. Selepas itu, Allah menyatakan mereka yang membaca kitabnya
dengan sebenar-benar bacaan itulah orang yang beriman.
Apa
pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat ni?
1. Walaupun
ayat ini menyatakan tentang ahli kitab yang beriman yakni mereka yang membaca
kitab Taurat yang asal tetapi ia juga boleh membawa maksud kepada kita yang ada
kitab alquran.
2. Penting
untuk mengetahui bahawa bacaan yang sebenar bukan sekadar membetulkan tajwid
sahaja sebaliknya perlu disertai dengan tadabur dan memahami ayat-ayat yang
dibaca. Hasilnya boleh menyebabkan PeningkatAN DALAM keimanan diri kita.
3. Ingatlah
sesiapa yang tidak mengikut ajaran alquran mereka itulah yang rugi di dunia dan
akhirat.
4.
akhirnya, jom kita Tanya diri dan hati kita adakah kita benar-benar membaca
kalam suci Ilahi ini dengan sebenar-benar bacaan?
#AHMADDANIAL
#JOMTADABURQURAN #ALQURANDIHAYATI #TERUSKEHATI
Khamis, 31 Disember 2020
Semarak Alquran di ambang tahun baru 2021
PROGRAM SEMARAK AL-QURAN DI AMBANG TAHUN BARU
Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2021, Love Quran Group dengan kerjasama Biro Pemuda Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi akan mengadakan Program Semarak Al-Quran di Ambang Tahun Baru pada:-
Tarikh: 31 disember 2020 M/16 Jamadil Awal 1442 H.
Siaran langsung di halaman facebook:
1. Love Quran Group.
2. Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi.
3. Teamtalk Malaysia.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah: 1. Peringkat Akhir Pertanngan Tilawah Al-Quran Secara Atas Talian.
2. Bual bicara dengan tajuk: Cabaran & Persediaan Norma Baharu dalam Pendidikan Masyarakat.
3. Majlis penutup & pengumuman keputusan Pertandingan Tilawah Al-Quran Atas Talian.
Sehubungan itu, kami menjemput tuan-puan mengimarahkan program tersebut.
Sekian.
Mohon sebarkan.
https://www.facebook.com/lovequrangroup/
Khamis, 24 Disember 2020
Sharing Tentang Ghostwriter.
Pe rnahkah
anda mendengar atau membaca tentang Ghostwriter. Alhamdulilah hari ni saya ada
terjumpa serba sedikit berkenaan istilah baru ni bagi saya. Sebenarnya apa itu
Ghostwriter? Mudah katanya Ghostwriter ini adalah satu servis dimana satu pihak
lain akan membayar kita atas apa yang kita tulis. Lagi nak senang faham macam
penulis upahanla gitu. Sekarang dengan menulis pun boleh dapat duit tau.
Sebenarnya menulis ni pun bukan sekadar nak dapat duit sahaja bahkan banyak lagi
manfaat yang lain. Jadi kalau ada antara kita yang suka menulis dan berhasrat
untuk mencuba servis ni dipersilakan. Saya baru sahaja terjumpa tentang benda
ini yang saya rasakan sangat menarik. Pada yang berminat untuk menceburi bidang
penulisan hendaklah selalu menulis. Mudah-mudahan dengan cari ini kita akan
memperolehi banyak manfaat dan bertambah kualiti tulisan kita. Sekian sahaja
daripada saya buat kali ini. Pada yang ada maklumat lanjut tentang benda ni
bolehlah share dekat komen.


