Rabu, 11 Disember 2024
UCAPAN PENGHARGAAN.
Terima kasih yang sebesar-besarnya atas ucapan selamat ulang tahunnya. Setiap kata yang kalian ucapkan memberikan kebahagiaan dan kehangatan dalam hati saya. Saya merasa sangat beruntung dikelilingi oleh teman-teman dan orang-orang yang baik seperti kalian.
Semoga kebaikan yang kalian berikan kembali berlipat ganda dalam hidup kalian. Teruslah menjadi pribadi yang penuh semangat, selalu bahagia, dan diberkahi dalam segala hal yang kalian lakukan.
Doa terbaik saya untuk kalian semua, semoga hidup kita senantiasa penuh dengan berkah, cinta, dan kebahagiaan. Terima kasih sudah menjadi bagian dari perjalanan hidup saya, dan semoga kita selalu saling mendukung dan mendoakan.
Khamis, 20 Jun 2024
lafaz takbir raya dan maknanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulilah sekali lagi kita bertemu di alam maya ini.
Pada catatan kali ini izinkan saya berkongsi serba sedikit berkenaan takbir raya beserta lafaz dan maknanya sekali.
Seperti mana yang kita tahu bila tibanya hari raya bagi umat Islam, kita dituntut untuk memperbanyakkan takbir dan memuji Allah Swt. Hal ini merupakan satu syiar bagi umat Islam menjelang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Perlu kita maklum bahawa ada beza waktu takbir antara raya puasa dan raya haji ini. Bagi takbir raya puasa, kita disunatkan bertakbir bermula Maghrib satu Syawal hingga takbiratul ihram oleh imam untuk solat sunat hari raya puasa pada esok harinya. Manakala bagi hari raya haji kita disunatkan memulakan takbir yang mengiringi setiap solat fardu bermula Subuh 9 Zulhijah hingga lepas Asar 13 Zulhijah. So lebih kurang 5 hari kita boleh bertakbir bagi hari raya Aidiladha.
Dalam catatan kali ini saya sertakan sekali lafaz takbir dan maknanya untuk manfaat kita bersama. Terima kasih banyak kerana sudi mengunjungi laman ini.
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
BERAMAI-RAMAI
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
2
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
BERAMAI-RAMAI
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
3
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
BERAMAI-RAMAI
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
4
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Allahu Akbar Kabiiraa Walhamdulillaahi Katsiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha
Wasubhaanallaahi Bukrataw Wa Asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Laa ilaaha Illallallahu Walaa Na’budu illaa Iyyaahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
Mukhlishiina Lahuddiin Walau Karihal Kaafiruun
dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir
\
Laa ilaaha Illallallahu Wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
Tadaqa Wa’dah Wanashara ‘Abdah
Yang benar janji-Nya dan yang menolong hamba-Nya
Wa A’azza Jundahu Wahazamal Ahzaaba Wahdah
Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Laa ilaaha ilallaahu Wallaahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
5
BERAMAI-RAMAI
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Selesai bacaan ini, anda boleh mula kembali dari dari urutan #1.
Lakukanlah takbir sebeberapa banyak yang boleh kerana pada Hari Raya disunatkan untuk memperbanyakkan takbir.
Selasa, 18 Jun 2024
Makanan Hari Raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Sekali lagi kita bertemu di laman maya ini.
Okay kali ni saya nak share sikit tentang makanan-makanan di hari raya ni. Alhamdulilah tahun ni dapat saya rasa ketupat palas yang terkenal di negeri utara atau di pantai timur. Apa lagi yang korang makan?
Biasanya ketupat makan dengan rendang manakala nasi impit makan dengan kuah kacang. wah sedapnya.
tahun ni alhamdulilah dapat saya makan rendang daging hitam dan ayam. kadang-kadang dapat juga makan lemang.
Jadi bersyukurlah kita dapat makan-makan sedap di sini. Moga-moga kita tak membazir dan berlebihan dalam makan.
Okay jumpa lagi di lain masa ya.
Ahad, 16 Jun 2024
Catatan Aidil Adha
Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua? Apa khabar tu? Moga sihat selalu ya.
Sedar tak sedar kita dah sampai kepada 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidil Adha. Wah dah raya dah. Sebelum apa pun selamat hari raya Aidil Adha saya ucapkan.
Hari raya ini merupakan saat-saat gembira yang perlu kita raikan dengan memuji sang Pencipta Yang Maha Esa. Kita digalakkan bertakbir, tahmid, tasbih dan memujinya atas segala nikmat yang telah kita kecapi selama ini khususnya nikmat meraikan hari yang mulia ini.
Eh, rasa macam nak khutbah pulak, haha
Tahukan kita boleh takbir sampai 13 Zulhijah kan? so setiap kali kita solat bolehlah you all takbir sekali ya.
Jadi itu dulu untuk kali ini. Insyallah jumpa lagi di catatan seterusnya.
Isnin, 27 November 2023
Menjelang Musim Konvo
Hujung-hujung tahun ni macam-macam aktiviti yang telah dirancang di antaranya pergi bercuti, kenduri kahwin, majlis berkhatan dan tak ketinggalan di university-universiti tempatan turut mengadakan majlis konvokasion bagi meraikan para graduan.
Setakat mana pengetahuan aku antara university yang telah memulakan siding konvokasionnya adalah Universiti Malaya, UITM, UPM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Oh lupa pulak tak silap UUM pun dah mula berkonvo ya?
Saat inilah merupakan hari untuk para graduan dan ibu bapa mereka diraikan setelah berpulun dan beruasaha menuntut ilmu sama ada degree, master or Phd. Tahniah aku ucapkan pada korang yang dah berkonvo. Moga menjadi asbab kebaikan untuk agama, bangsa dan negara tercinta.
Untuk cerita aku nanti aku share ya.
Sekian Sahaja catatan kali ini moga jumpa lagi.
malaysiaLocation:
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Rabu, 26 Julai 2023
CERITA MINGGU LEPAS
Jumaat lepas aku dan beberapa orang peserta ekspedisi Oku Kinabalu Challenge ada interview dengan seorang penulis skrip drama dan filem. Dengar kata nak buat buku pengalaman kita orang ke Kinabalu yang tahun lepas tu. Mohon doakan agar dapat siap time merdeka tahun ni.
Nama penulis tu aku panggil abang Nizam je. Sebenarnya ada dua orang iaitu rakan abang Nizam Bernama Puan Aminah. Biasa la bukan senang nak jumpa penulis skrip macam ni. Jadi macam-macam soalan la aku tanya pada abang Nizam ni. Okay nanti aku update lagi tentang perkara ni ya.
Khamis, 6 Julai 2023
3 b UNTUK QURAN
Kita mesti nak pastikan gajet yang kita ada sekarang macam telefon ke lektop ke tv ke dan banyak lagilah always updated dan yang paling latest lah kan? Pernah tak kita fikir nak upgreat jugak ilmu alquran yang ada kat diri kit ani? Baiklah kali ni izinkan saya berkongsi tiga B yang penting untuk panduan kita Bersama :
1 Belajar :
Carilah guru dan kelas mengaji alquran yang kita tahu kat mana ada. Boleh cari secara online ataupun fizikal. Sekarang banyak sangat kemudahan untuk kita belajar alquran.
2 Berusaha :
Tak usah kita perlu ada perasaan jemu dan putus asa sepanjang dekatkan diri dengan alquran. Bak kata orang Melayu usaha tangga kejayaan dan Inggeris pun kata practice make perfect. Jadi terus berusaha untuk belajar dan sebagainya. Gagal sekali tak akan gagal selamanya.
3 Berkongsi :
Saya percaya sharing is caring. Share pada orang sekeliling kita tentang ilmu alquran yang kita tahu ke, kelas alquran ke, aplikasi alquran dan banyak lagilah. Selalu berkongsi baru kita tak rugi.
Sekian daripada saya. Terima kasih banyak yang baca dan share. Mudah-mudahan dapat manfaat.
It’s All About Your Mind
Ahmad Danial
Langgan:
Catatan (Atom)