Ahad, 12 Jun 2011

Ole Ole Ole terengganu menang terengganu lah juara

pastinya anda semua telah sedia maklum bahawa perangkul bagi piala FA ialah Terengganu Darul Iman.
Jika anda menonton perlawanan tersebut secara keseluruhan ternyata perlawanan malam tadi dikuasai oleh pemain-pemain Terengganu. Banyak cubaan yang hampir membuahkan hasil yang bermakna bagi pasukan ini tetapi tidak berjaya mungkin disebabkan ketangkasan pengjaga gawang Kelantan itu yang juga merupakan penjagagol negara. Apa yang menariknya perlawanan semalam ialah semangat pemain pasukan Terengganu yang tak pernah luntur sedikitpun walaupun gawang mereka telah dirobek sebaliknya disebabkan kesilapan yang dilakukan pemain Kelantan segalanya musnah settelah Terengganu berjaya menyamakan kedudukan.

Seterusnya Terengganu melakukan serangan bertali arus ke arah pintu gol Kelantan dan hasilnya berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Tahniah saya ucapkan kepadapasukanTerengganu dan teruskan perjuangan. Semoga coretan ini memberi teladan kpada anda semua. Wasalam..

Selamat tinggal cuti sekolah.

Saya mengucapkan selaat kembali kepada semua rakan pelajar seperti say. Apa yang diharapkancuti ini tela diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada diri sendiri ataupun orang lain. Saya juga ingin meminta maaf kepada semua pengunjung blog a.danial sekiranya terdapat kekurangan dalam blog ini. Biasalah untuk menjadi lebih baikmanusia akan melakukan kesilapan. Nikmatlah apayangtlah disediakan oleh a.danial. Semoga anda seronok.

Sabtu, 11 Jun 2011

Tonny nombor enam paling kreatif di Twitter

“Ini turut mencerminkan kreativiti, inovatif dan imaginatif kakitangan tempat saya bekerja bersama AirAsia, Tune Group and Team Lotus dalam mengeksploitasikan teknologi untuk terus memacu ke hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Budak lima tahun bunuh bayi

KANSAS CITY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengheret seorang bayi ke dalam tab mandi dan melemaskannya hingga mati kerana bayi berkenaan tidak berhenti menangis.

Kanak-kanak perempuan itu mengaku berbuat demikian selepas disoal oleh petugas kebajikan masyarakat yang menyiasat kes kematian Jerman Johnson Jr, 18 bulan. Kanak-kanak itu memberitahu petugas terbabit, dia melakukannya dengan sengaja kerana membenci bayi itu yang tidak berhenti menangis.


Menurut polis, tidak ada orang dewasa di rumah itu ketika kejadian. - Agensi

manfaatkan masa strategi umat Islam supaya tidak ketinggalan

ALHAMDULILLAH, apabila melihat jam di tangan dan tarikh di kalendar, ternyata pantas sekali masa bertukar hari, hari pula bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun yang baru. Begitulah cepatnya masa berlalu. Persoalannya apakah yang sudah kita lakukan? Adakah gerak laku dan amalan kita juga sepantas waktu? Atau kita sudah tewas dengannya? Ada yang berkata, “kalaulah boleh dikembalikan masa ke sejam atau sehari atau sebulan atau setahun atau ke sepuluh tahun yang lalu”.
Semua ungkapan tercetus gara-gara masa. Oleh itu, apabila mengingati detik, hari dan waktu, wajarlah kita mulai dengan perasaan bersyukur kerana masih diberikan nikmat masa untuk mengecapi hidup meningkatkan lagi usaha meraih keredaan Allah walaupun tidak dapat mengembalikan masa silam yang berlalu.

Pepatah Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong kita”. Ertinya, jika kita tidak memanfaatkannya, nescaya masa akan berlalu meninggalkan kita dalam keadaan sia-sia dan penyesalan.

Justeru, biarlah masa yang kita tinggalkan dipenuhi dengan saat-saat indah oleh amal kebajikan dan kebaikan. Dalam melayari kehidupan dan melaksanakan tugas seharian wajarlah kita merenungi peringatan dan pesanan Allah kepada hamba-Nya dengan penuh hikmah dan makna mendalam.
Firman Allah bermaksud: “Dan demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecualilah mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Sahabat ada menyebut, “jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu sehingga datangnya waktu petang, dan jika engkau berada pada waktu petang janganlah engkau menunggu sehingga datangnya waktu pagi”.

Inilah antara kelalaian kita dengan masa. Oleh itu, peringatan supaya memanfaatkan masa tanpa berlengah, menunggu-nunggu atau bertangguh adalah strategi penting demi memastikan umat Islam tidak ketinggalan serta berada dalam kerugian yang akhirnya membawa kepada penyesalan.

Gambaran umat yang menyesal dikisahkan dalam al-Quran sebagai iktibar.

Berada dalam keadaan kerugian dan penyesalan adalah situasi yang tidak diingini dan digemari oleh sesiapa juga kerana manusia dianugerahkan dengan naluri cintakan keuntungan, bukannya kerugian.

Cuma hati, usaha dan tekad manusia saja sering tersasar, lemah dan ada pasang surutnya. Justeru, inti pati surah al-Asr memberi peringatan dan jalan penyelesaian supaya manusia terselamat daripada kerugian masa melalui tiga gerak kerja hebat.

Pertama, menggunakan masa untuk beramal, kedua, masa untuk berpesan-pesan pada kebenaran dan ketiga, masa berpesan kepada kesabaran. Pendek kata, seseorang tidak akan rugi jika terus berbuat baik dan meninggalkan tidak baik.

Malah, dalam konteks berorganisasi, menyiapkan minit dan mengeluarkan notis mesyuarat dalam kadar segera, memastikan sistem fail dalam keadaan sistematik dan e-filing mudah diakses , menjawab panggilan telefon dalam tiga deringan awal, menyediakan kemudahan menerima aduan dan mengambil tindakan pantas menyelesaikannya adalah tergolong dalam kluster amal salih.

Bahkan, tanpa disedari, usaha menghasilkan kerja secara efektif serta berkesan melalui kerja dengan pantas dan berjadual bukan sekadar mengelakkan kerugian masa pada pekerja saja, sebaliknya berjaya memberi manfaat kepada masa pelanggan berurusan.

Inilah kualiti insan dinyatakan Baginda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Manakala usaha berpesan kepada kebenaran pula dilihat sebagai strategi kerja berpasukan untuk menghasilkan kejayaan.

Oleh itu, sebarang kesilapan atau kecuaian tindakan perlu ditegur, diperingatkan, serta diperbaiki bersama.

Dalam konteks kerja, teguran dan peringatan serta pandangan dari pihak pengurusan atasan mahupun staf bawahan perlu diberi ruang secara sihat bagi menggalakkan percambahan pandangan serta teguran membina.

Namun, perlu diingat dalam melaksanakan amal kebaikan, nilai kesabaran amat berharga kerana kejayaan itu tidak dapat dikecapi sekelip mata kecuali dengan jerih perih dan titik peluh di samping kegigihan serta kesabaran.

Malah, sifat berpesan-pesan, saling mengingati dan menyampaikan kepada kebenaran dan kesabaran adalah sifat terpuji bagi Rasulullah SAW yang perlu dicontohi umatnya.

Jumaat, 10 Jun 2011

solat dari sudut sains

Solat dalam sudut sains
Oleh MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
Dr. Fatimah Ibahim memberi arahan kepada peserta dalam demonstrasi pergerakan solat di Selayang, Selangor, baru-baru ini.

HUKUM wajib solat adalah kepada setiap Muslim yang mukalaf. Solat perlu ditunaikan selepas Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk
Mikraj.

Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah memerintahkan Rasulullah hanya bersolat lima kali sehari
semalam, ia merupakan satu berita yang menakjubkan, di mana manusia diberi banyak keringanan.

Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad.

Namun, masih ramai umat Islam mengabaikan solat. Mereka anggap solat hanya membuang masa dan tidak memberi apa-apa manfaat.

Ini menyebabkan ramai yang memandang enteng solat sehingga mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengambil inisiatif merungkai persoalan solat melalui Program Sains Solat: Kebaikan
Daripada Perspektif Sains'.

Ia diadakan pada 27 Februari 2011 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan, Selayang, Selangor.

Menurut Penyelaras program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, majlis yang mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru itu mengundang pakar penyelidik berkenaan
tajuk program sebagai pembentang kertas kerja.

Beliau adalah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Kata Muhammad Farhan, saudara Muslim kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Mereka hanya mengikut apa yang dilihat.

"Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bidaah," katanya.

Muhammad Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara sedemikian menyebabkan saudara Muslim tidak khusyuk semasa solat kerana
ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat.

Pandangan itu perlu diubah kerana menyembah Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah.

"Allah adalah raja kepada segala Raja. Pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus.

"Ada banyak kelebihan daripada sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji," jelas Muhammad Farhan.

Pada program itu, Dr. Fatimah menggunakan multimedia dalam pembentangannya di hadapan 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam, saudara
Muslim, guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi
keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit
sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh
anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Perasmian dilakukan oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim Kebangsaan, Datuk Hasbullah L. Isa.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian
amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.


"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa
kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan
jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar
denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.

Selain itu sesi soal jawab diadakan bagi membolehkan para peserta berinteraksi dengan Dr. Fatimah.

Terengganu sedia gempur

Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai jika pemain Terengganu dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang menyekat barisan serangan Kelantan daripada mencerobohi kubu mereka nanti.

“Saya cukup berpuas hati dengan latihan dan persediaan yang sudah giat dijalankan sejak pagi tadi (semalam) dan mendapati semua pemain cergas serta mematuhi segala arahan jurulatih, Irfan Bakti sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang ini,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.
Sementara itu, penjaring terbanyak pasukan, Abdul Hadi Yahya gembira dengan kehadiran Ashaari Samsuddin yang diyakini menjadi gandingan terbaiknya dalam rangka memudahkan tugasnya menjaringkan gol.

“Saya akan berusaha memecah kubu pertahanan Kelantan dengan bantuan rakan sepasukan dan yakin dapat menjaringkan gol kemenangan,” katanya.

hangus?hangus?hangus?

Pada suatu petang Izham meminta ibunya membuatkan kek coklat untuknya. Ibunya menyuruh anak-anaknya membantunya membuat kek tersebut.
Izham hanya melihat sahaja ibunya dan adik-adiknya membuat kek itu. Pada jam 6 kek itu sudah bersedia untuk dimasukkan ke Oven. Kek itu mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk disaji.
Izham terliur dengan bau kek yang sangat sedap itu. Ibu nenyuruh adik-adiknya menjaga dan menyajikan kek itu jika kek itu telah masak. Malangnya tanpa disangka-sangka kek itu telah hangus begitu sahaja. Ini disebabkan kek itu telah berada lebih lama dalam Oven. Ibu Izham sangat kecewa dengan kelalaian adik-adiknya. Adik-adiknya menganggap bahawa kek itu belum sedia untuk dikeluarkan daripada Oven. Oleh kerana baunya yang terlalu sedap. Hasilnya, kek yang lazat itu bertukar menjadi hangus dan bewarna hitam-legam. Izham tidak memakan kek itu. Kek itu dibuang begitu sahaja. Ruginya.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak ada antara yang hidup dengan yang meninggal dunia. Banyak pengajaran harus kita teladani daripada cerita ini antaranya:

Kita harus melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara dengan teliti agar tidak memberi kesan yang merosakkan.
Kita hendaklah mendengar kata-kata ibu bapa.
Kita juga hendaklah menguasai pelbagai jenis kemahiran supaya tidak membebankan kita pada hari kelak.

Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain untuk menghidupkan semangat perpaduan.

Khamis, 9 Jun 2011

Nazir ingatkan belia Islam tentang dunia baru.

Nazir berkata rangkaian itu akan menawarkan 20 biasiswa kepada pelajar yang layak dari Kazakhstan ke Kolej Universiti Binary dan Kolej Teknologi Timur.

Perdana Menteri Kazakhstan Karim Massimov yang sebelum ini merasmikan majlis forum Usahawan Wanita WIEF (WBN) dan WYN berkata wanita memainkan peranan penting dalam kemajuan Kazakhstan, menyumbang sehingga 30 peratus dari KDNK tahunan.

Beliau berkata angka itu kian meningkat dan Kazakhstan berbangga untuk ditempatkan pada tangga ketiga penarafan global bagi ketiadaan diskriminasi jantina, menjadikannya setara dengan ahli-ahli Kesatuan Erophan.
Latin American take precautions tocurb European E.coli spread

Jerman makin hampir

BAKU: Jurulatih Jerman, Joachim Loew kini boleh membuat perancangan untuk Euro 2012 selepas skuad memiliki pemain tertua, Philipp Lahm (gambar) yang baru berusia 27 tahun menewaskan Azerbaijan, 3-1 awal pagi kelmarin untuk mencipta kemenangan ketujuh.

Loew kini mempunyai masa sekurang-kurangnya setahun untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan di Poland dan Ukraine itu selepas kejayaan menewaskan bekas jurulatih negara itu, Berti Vogts yang kini melatih Azerbaijan dan mengatasi Belgium di tempat kedua dengan 10 mata untuk berada di puncak Kumpulan A.


Ia hadir ketika mereka memerlukan tiga mata daripada tiga perlawanan terakhir namun turut layak jika pasukan tempat ketiga, Turki yang menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengejar mereka gagal mencatatkan kemenangan pada empat perlawanan terakhir.


Mesut Ozil dan Mario Gomez meledak gol keempat peribadi dalam tiga perlawanan antarabangsa untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Jerman pada separuh masa pertama manakala pemain berusia 20 tahun, Andre Schuerrle turut meledak gol pada masa kecederaan di penghujung perlawanan.


Namun skuad Azeris tetap memberikan tentangan dengan percubaan menggegar palang ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan dan berjaya merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Murad Huseynov pada minit ke-89.


Tindakan Loew meletakkan harapan kepada pemain muda pada awal pagi kelmarin ada asasnya dengan purata umur pemain diturunkan berusia 24 tahun.



“Agak kelakar menjadi pemain paling tua di atas padang, namun ia menunjukkan kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti di Jerman,” kata Lahm. “Paling penting kami menang dan mencatatkan tujuh kemenangan. Ia pusingan kelayakan yang sempurna.” Loew terpaksa membuat beberapa perubahan berikutan kecederaan Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Sami Khedira. - Rreuters

Rabu, 8 Jun 2011

semak, banding harga melalui potel

Semak, banding harga melalui portal 1MPB

ISMAIL Sabri Yaakob merasmikan Portal 1Malaysia Pengguna Bijak di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta (dari kiri) Daud Tahir, Tan Lian Hoe dan Mohd. Zain Mohd. Dom.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengguna kini boleh membuat perbandingan harga barang keperluan melalui 'Portal 1Malaysia Pengguna Bijak' (1MPB) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, portal www.1pengguna.com itu memaparkan harga 355 barang di pasar raya besar, 100 barang di pasar raya dan kedai serbaneka di samping 50 barang lagi di pasar basah.

"Jumlah premis yang dipantau dalam program ini keseluruhannya berjumlah 1,255 membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 kedai serbaneka yang dikemas kini secara harian.

"Data harga yang diperoleh akan dimasukkan terus ke dalam sistem oleh Pegawai Pemantau Harga manakala data harga pasar raya besar dimasukkan oleh mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan portal berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Timbalan Setiausaha Kementerian, Datuk Daud Tahir.

Ismail berkata, pelaksanaan program itu juga bakal diperluaskan pada fasa kedua membabitkan kedai runcit dan pasar mini.

''Fasa pertama hanya membabitkan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan pasar basah. Justeru kita menantikan respons daripada pengguna untuk melaksanakan fasa kedua itu nanti," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, portal berkenaan juga berperanan sebagai saluran untuk membincangkan isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklum balas dan komen.

"Selain itu, portal tersebut juga memuatkan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk semakan harga, aduan dan tribunal, termasuk sesi 'Soal Jawab Bersama Menteri' yang bersiaran secara langsung setiap Rabu selama sejam bermula pukul 6 petang.

myMetro | Cacat pendengaran bukan halangan buat Chee Cong

myMetro | Cacat pendengaran bukan halangan buat Chee Cong
video

Selasa, 7 Jun 2011

alhamdulilah dapat buat blog

pada tarikh 7 Jun 2011 Ahmad Danial telah berjaya melakukan sebuah transformasi dalam bidang siber.
saya amat bersyukur dan sangat gembira atas segala usaha yang dilakukan selama ini akhirnya berjaya.
akhirnya, saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana ini adalah kali pertama saya belajar membuat blog ni. Oleh itu, saya berharap semua pihak akan memberi panduan atau komen-komen yang membolehkan saya membaiki kerosakan atau cacat cela dalam blog ini. Teruskan kunjungan anda kerana segalanya ada di sini.