Jumaat, 31 Oktober 2014

tok gajah ke jdt?

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi pada catatan kali ni. Semenjak dua atau tiga hari ini kebanyakan masyarakat kita sibuk berkira-kira tentang perlawanan akhir [PIALA MALAYSIA] 2014. Jadi sudah tentu kali ini saya ingin menyentuh tentang perlawanan itu. Pada hari esok bersamaan 1 November akan berlangsungnya perlawanan akhir piala Malaysia. Piala ini adalah merupakan antara piala tertua di Asia Tenggara. Pada perlawanan akhir ini akan menemukan dua musuh tradisi yang banyak diperkatakan orang ramai. Satu negeri mewakili bahagian pantai timur iaitu Pahang Darul Makmur ataupun lebih dikenalai dengan gelaran [TOK GAJAH]. Satu lagi negeri yang tak kurang hebatnya pula adalah negeri Johor Darul Takzim ataupun [JDT]. Pahang dalam sukan bola sepak di negara kita sememangnya sudah lama terkenal oleh kerana itu mereka telah pun mempunyai ramai peminat. Peminat negeri ini pula tidak kira lapisan masyarakat. Ingatkah lagi kita pasukan manakah yang berjaya menggodol piala ini. Johor pula merupakan antara negeri yang menyerlah dalam musim pada kali ini. Hal ini kerana mungkin pasukan ini dibarisi oleh ramai pemain skuad kebangsaan. Di samping itu, mereka juga mempunyai pemain import yang berkualiti. Namun, nampaknya pada esok hari seorang pemain pertahannya iaitu Aidil Zafuan tidak dapat bermain. Walaupun demikian jurulatih johor pasti akan mengatur strategi terbaik bagi menghadapi tok gajah. Dari aspek penyokong pula kelihatan mereka sudah tidak sabar ingin menyaksikan perlawanan esok. Dimaklumkan juga tiket perlawanan esok hari banyak yang habis tapi jangan beli kat ulat tiket pula.. Diharapkan aksi perlawanan esok hari merupakan pertandingan akhir idaman semua rakyat malaysia. Tak kira siapa menang atau kalah yang penting semua menanggung tanggung-jawab. Akhirnya, nantikan serba sedikit ulasan perlawanan pada esok hari. Jangan lupa saksikan aksi penuh menarik ini di kada televisyen anda bagi yang tak sempat ke stadium Bukit Jalil. Saksikan di RTM 1 dan astro ARENA 801. Teruskan kunjungan anda ke laman ini. Siapa pilihann anda?

Khamis, 30 Oktober 2014

asrama lagi???

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi dalam catatan pada kali ini. Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai kelebihan belajar di asrama. Ini tak bermakna belajar di rumah kurang baik. Segalanya bergantung kepada kita untuk buat pilihan yang terbaik Sudah tentu sekolah berasrama penuh menjadi salah satu pilihan anak-anak kita setelah mereka menamatkan alam sekolah rendah. Mereka dan ibu bapa pasti gembira serta gemuruh apabila anak-anak mereka diterima masuk ke sekolah jenis ini. Pada mulanya mungkin mereka akan berasa kurang selesa atau kekok untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Mereka juga pasti berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa. Namun, segalanya telah ditakdirkan. Mereka harus meneruskan pengajian ini secara rela atau terpaksa. Kalau dah masuk asrama tu pasti ada peraturannya. Di samping itu, mereka pula akan diawasi oleh para warden Sebenarnya peraturan atau disiplin ini ada di mana-mana. Semuanya bergantung kepada kita untuk melaksanakan atau tidak. Mungkin ini juga adalah masalah atau cabaran yang perlu dihadapi oleh sesetengah pelajar yang masih belum mampu mengikutnya. Misalnya mereka diajar dengan menepati waktu. Mereka harus menghadiri makan pada jam-jam yang telah ditetapkan. Kebiasannya makan malam mereka pada jam 6.30 petang. Sekiranya mereka tidak mampu mengikutnya kemungkinan para warden akan mengambil tindakan ke atas mereka. Dahulu mereka juga akan mengeluh seperti ini: “apalah warden ni? “semua tak boleh? “ketatnya peraturan ni? “aku rasa baik aku pindah sekolah lain. Itu adalah serba sedikit rungutan para pelajar yang tidak mempu mengikut atau mengamalkan disiplin ni. Tapi percayalah ke mana anda pergi anda sentiasa terikat dengan peraturan. Semestinya insan itu dijadikan secara fitrah. Fitrah itu pula inginkan kebaikan. Jadi peraturan ini adalah salah satu cara untuk mentarbiah diri untuk jadi lebih baik. Suatu hari nanti setelah mereka menamatkan alam ini pasti kata-kata mereka itu akan terasa kepada mereka sendiri. Seterusnya, Kemahiran bersosial dilihat melalui interaksi antara seseorang pelajar dengan persekitarannya sama ada kawan, guru, bilik, suasana asrama dan lainnya. Sebagai contoh mereka dilatih untuk bagaimana bergaul dengan rakan-rakan mereka secara baik. Kita boleh sewenang-wenangnya menyakiti hati kawan sama ada dari aspek perbuatan, kata-kata dan lain lagi. Hal ini adalah merupakan adab semasa bergaul sesame rakan. Inilah yang menjadi pengukur prestasi akhlak seseorang. Kalau nak lihat seseorang lihat dengan siapa dia berkawan. Kehidupan di asrama juga telah menerapkan nilai-nilai murni yang amat penting. Budaya seperti tolong-menolong, berbaik sangka, hormat akan orang lain, berdikari, dan lain-lain lagi. Perkara ini akan sentiasa diawasi oleh warden untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik. Contohnya mereka boleh bekerjasama dalam membersihkan tempat tinggal mereka. Perkara ini sememangnya dituntut kepada setiap insan. Bagi umat islam pula solat merupakan rutin harian mereka. Di asrama, mereka telah diterapkan dengan kepentingan perkara ini. Solat sudah memang dituntut tapi perlaksanaannya amatlah penting. Saya sangat suka melihat apabila di asrama mereka diwajibkan menunaikan solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah. Maklumlah bila berjemaah kita akan lebih semangat untuk melakukan sesuatu perkara. Namun demikian, saya lagi suka melihat anak muda kita pada hari ini terus melaksanakan perkara ini walaupun setelah menamatkan alam persekolahan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Sudah tentu solat berjemaah ini terkandung banyak rahsia atau hikmahnya. Kesimpulannya tak kira anda belajar di mana sekalipun jika anda mempunyai azam dan tekad yang utuh untuk Berjaya segalanya di depan mata anda sahaja. Sekecil-kecil dan sehalus-halus organisma pun ada rahsianya apatah lagi kita manusia yang hebat ini. Sekian sahaja catatan pada kali ini. Diharapkan catatan ini bermanfaat pada semua. Senyum sokmo….

Selasa, 28 Oktober 2014

cara tahu kedai guna pelaris

Asalamualaikum dan selamat petang pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan ilmu serba sedikit tentang perubatan islam. Moga bermanfaat untuk kita. Tulisan ini diambil dari penulis ustaz Syarhan Shafii. Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh. Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini. Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini. Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia. Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak. Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam. Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”. ( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) Sumber: AnakMuaalaf Jom kita amalkan dan sebarkannya.

ilmu tajwid

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda sentiasa sihat. Pada catatan kali ini saya ingin berkongsi berkenaan satu ilmu yang sangat penting yang perlu diketahui oleh umat islam. Ilmu tajwid. Pada mulanya saya perlu menjelaskan tentang kitab alquran iaitu kitab pegangan bagi umat islam. Alquran ialah kalam allah yang diturunkan kepada nabi junjungan Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril. Ianya merupakan satu mukjizat agung yang kekal hingga hari kiamat. Buat pengetahuan semua, alquran merupakan dedung ilmu yang sangat mukjizat. Oleh itu, ia merupakan panduan dan cahaya kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Saya rasakan catatan pada kali ini lebih kepada pengenalan tentang alquran. Pada catatan lainnya kita teruskan dengan pengenalan ilmu tajwid. Saya juga ingin menjelaskan alquran ini bukanlah kitab ilmu tetapi ia adlah panduan yang lengkap jika jika kita pelajarinya. Sebagai contoh, Barang yang baru kita beli tentulah adanya manual atau buku panduannya. Jika barang itu rosak atau tersalah guna kita akan rujuk pada manualnya. Hal ini adalah sama seperti kehidupan kita. Alquran adalah panduan untuk kita sebagai ciptaannya. Antara ilmu yang khusus yang boleh kita pelajari adalah ilmu qiraat, tajwid, tafsir, ulum alquran, serta banyak lagi. Sekian sahaja catatan pada kali ini. Maaf kerana terlebih dahulu saya mulakan dengan pengenalan kepada alquran. Tak dapat masuk lagipun ilmu tajwid. Diharapkan ilmu ini berguna kepada semua yang membacanya. Catatan ini adalah perkongsian berkenaan ilmu yang saya pelajari. Ini tak bermakna saya bijak tapi kita sama-sama belajar. Teruskan kunjungi laman ini untuk banyak lagi ilmu yang lebih menarik.

Ahad, 26 Oktober 2014

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video

salam maalhijrah.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan anda terus mengunjungi blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai hijrah atau berubah. Pada segi bahasa ialah berpindah. Hijrah juga adalah berubah sikap daripada kurang baik kepada lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi tips atau panduan untuk berubah. 1 keikhlasan. 2 Hal ini merupakan salah satu elemen penting dalam malakukan penghijrahan atau perubahan. Sesungguhnya perubahan kita nanti sangat bergantung pada niat kita Sebagai umat islam, kita hendaklah berubah dengan niat kerana allah dan rasulnya. Ini akan menjadi pasak yang kuat untuk kita bertapak pada perubahan yang berterusan. Pengorbanan. Untuk berubah kita hendaklah berkorban jiwa dan raga. Hal ini berlaku apabila kita sanggup berkorban maka kita akan sanggup berhijrah. Sebagai contoh, kita hendaklah berpindah dari tempat kepada tempat yang lain untuk membolehkan kita berubah. Suasana ini amat mempengaruhi hidup dan keadaan kita. Jadi untuk berubah kita perlu berkorban. Seterusnya, istiqamah. Ini adalah perkara yang paling sukar dalam sesuatu perubahan. Istiqamah bermakna berterusan dalam melakukan kebaikan. Di samping itu, antara salah satu cara untuk konsisten dalam satu-satu kebaikan ialah dengan cara menyebarkan perkara itu kepada orang yang lain. Semoga catatan yang ringkas ini akan memberi serba sedikit panduan kepada semua dalam melayari kehidupan ini. Akhirnya amilah yang jernih buanglah yang keruh. Jom berhijrah….

bertemu lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. apa khabar semua? sudah lama kiranya kita tidak bersua. di sini saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak melayari ini. Hal ini disebabkan oleh kesibukan serta tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Diharapkan anda tidak kecewa dan terus berknjung ke blog ini. Sekadar berkongsi buat pertama kali setelah lama tidak mengemaskini blog ini. Walaupun blog ini terdapat banyak kekurangannya tetapi kita hanya insan biasa yang sentiasa tak lari dari kesilapan. Sekian sahaja catatan pada kali ini. semoga bertemu lagi.

Rabu, 16 April 2014

Apa ada pada suara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Teruskan mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih baik lagi. Buat pengetahuan semua, tarikh hari ini yang bersamaan 16 April merupakan tarikh bagi [HSS] apatu? Iaitu hari Suara Sedunia. Sudah tentu tujuan hari ini adalah supaya kita menghargai suara yang dimiliki. Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dikurniakan suara. Dengan adanya suara kita boleh bertutur, berbicara, berborak, menyanyi, mengaji dan mengumpa… maaf yang itu lagi tak boleh. Sebenarnya suara ini telah memainkan peranan penting dalam hidup kita. Alangkah indahnya bila kita boleh menyanyi. Indahnya lagi bila bersyair. Merdu dan rahmatnya lagi bila kita boleh mengaji alquran. Itulah kehebatan suara yang tiada tolok bandingnya. Bayangkan anda menjadi orang yang tiada suara suatu hari nanti. Kenangkan nasib rakan-rakan kita yang sakit tekak ataupun bisu. Bagaimana agaknya mereka berkemonikasi? Oleh kerana suara juga manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini berlaku apabila seorang akan bertanya dan seorang lagi akan menjawab. Jadikan suara kita sedap di hati walaupun orang lain kata tak sedap. Tapi ingat gunakan suara kea rah kebaikan kerana kita tak tahu bila nikmat ini akan ditarik. Oleh itu, gunakan suara kita dengan sebaiknya. Salurkan ia pada manfaat bersama demi kita semua. Akhirnya, mari bersama menghargai nikmat suara ini. Sekian catatan kali ini moga berguna kepada semua. Kau pencetus penutur fasihnya, Kau perkenal lafaz dan bicara, Dirimu dapat mengaji bersama, Menyanyi turut sama, Dirimu bagai menatang minyak yang penuh, Tanpamu hilang nikmat berbicara, Tanpamu ke mana agaknya? Tanpamu tiada segalanya. Syukurlah,, Kerana kita masih bersuara. Nota: mengumpa… ialah mengumpat.

Ahad, 13 April 2014

Bola?

Keputusan: Selangor-Perak: 1-0 Kelantan-Atm: 2-0 LIONS 12-SIME DARBY: 0-1 PAHANG-TTM: 2-0 JDT-PKNS: 1-0 SARAWAK-TERENGGANU: 2-1 Asalamualaikum dan selamat kembali. Catatan di atas merupakan keputusan liga Supper 2013 pada minggu ini. Buat pengetahuan, Pahang terus mendahului carta liga seterusnya diikuti oleh Selangor dan Terengganu. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai perlawanan antara Pahang dan TTM. Perlawanan ini Nampak rancak dengan deretan peluang yang dihasilkan oleh pasukan Pahang namun kesudahannya peluang-peluang ini sia-sia begitu sahaja. Sebaliknya pasukan lawan kadangkala mengasak pintu gol Pahang dengan asakan yang berbahaya. Pada separuh masa pertama Pahang telah berjaya menghasilkan jaringan pendahuluan. Seterusnya pada 45 minit kedua Pahang terus menggandakan usaha untuk menghasilkan jaringan. Hasilnya, pemain yang bernama Azamudin Akil telah berjaya merobek gawang pelawat. Manakala TTM terus mencuba tetapi kawalan kepada bola antara masalah bagi pasukan ini. Akhirnya, Pahang berjaya mendapat tiga mata penuh bagi menjarakkan jurang antara pasukan-pasukan lain. Saya rasakan perlawanan ini amat menarik. Walaupun Pahang merupakan pendahulu liga tetapi pasukan TTM bukanlah mudah diperkotak-katikkan. Tahniah kepada pasukan Pahang dan pasukan-pasukan yang berjaya pada minggu ini. Bagi yang kurang berjaya teruskan usaha. Para penyokong pula merupakan antara tulang belakang kepada kejayaan ini. Teruskan sokongan anda. Semoga kita berjumpa pada catatan akan datang. Minta maaf kalau tersilap ye. Nota: satu pasukan bola sepak biasanya akan diwakili oleh 11 pemain di atas padang.

Sabtu, 12 April 2014

musibah?

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Saya yakin anda semua sudah tentu ternanti-nanti akan catatan seterusnya daripada saya. Pada kali ini saya ingin memulakan catatan ini dengan beberapa persoalan: Siapa kita? Tujuan kita? Ke mana kita? Apa akhir hidup kita? Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu tentang musibah ataupun ujian. Kita sering mendengar atau melihat perkataan ini tetapi apa maksud tersirat daripada perkataan ini? Musibah merupakan cabaran,masalah, ujian dan sebagainya. Kita tahu bahawa hidup ini merupakan satu ujian untuk kita semua. Analoginya, seorang yang memakan sesuatu makanan berpotensi untuk tercekik dan lain-lain lagi. Hal ini merupakan antara musibah yang perlu ditempuhi oleh kita semua. Nak atau tak nak. Kita sudah semestinya diciptakan dengan adanya tugas ataupun tanggung-jawab pada alam ini. Sebagai insan yang lemah, kita perlulah reda dan bersabar dengan apa pun yang terjadi kepada kita kerana kita mengerti hidup itu adalah ujian. Hal ini tidak bermaksud kita tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi kita berusaha dan bertawakal kepada Tuhan agar musibah yang kita tempuhi boleh diselesaikan. Kesimpulannya, ketabahan dan kecekalan yang tinggi sahaja yang menjadi formula kejayaan di dunia ini. Orang yang bijak adalah orang yang mengambil masalah sebagai peluang untuk berjaya. Diharapkan perkongsian ini dapat difahamkan sebaiknya oleh anda. Nota: musibah adalah perkataan bahasa arabyang membawa maksud yang sama.