Sabtu, 28 Januari 2012

Adakah sudah laksanakannya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai salah satu nilai murni yang mungkin telah kita tidak amalkannya.

Amanah ialah bertanggungjawab atau kepercayaan yang diberikan oorang lain kepada diri kita. Sudah tentu setiap insan yang lahir ke dunia in mempunyai amanah atau tugas tersendiri.

Amanah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

Amanah kepada pencipta kita. Umat Islam harus memikul serta melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya kerana ini adalah tujuan kita berada di dunia. Seterusnya, amanah untuk menjaga anggota serta nikmat yang telah diberikan kepada kita supaya ia tidak membolehkan terjerumus dalam lembah maksiat. Amanah terhadap diri kita perlu kita laksanakan. Selain itu, amanah yang diberikan orang lain kepada kita. Contohnya, pemimpin yang diberikan amanah atau jawatan untuk memimpin rakyat dalam sesebuah Negara kea rah kemajuan dan keharmonian.

Marilah kita sama-sama renungi diri kita. Adakah amanah yang diberikan selama ini telah kita laksanakan? Tepuk dada Tanya diri.

Sedangkan makhluk tidak mampu menampung amanah maka kitalah insan yang dikurniakan akal fikiran yang hanya mampu melaksanakannya. Justeru itu, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang lain.

Tidakkah malu serta menyesal kita apabila kita ditanya allah tentang apa yang kita telah laksanakan amanah pada jalan keredaannya? Jadi sebelum terlambat laksanakan dengan penuh hikmah dan dedikasi sekarang sebelum nyawa ditarik malaikat maut.

Amanah

Selasa, 24 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti
Tanah Besar China,
Hong Kong,
Indonesia,
Macau,
Malaysia,
Filipina,
Singapura,
[1]
Taiwan,
Thailand,
dan juga di
Pekan Cina
di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk

Korea
(Seollal),
Tibet
dan
Bhutan
(Losar),
Mongolia
(Tsagaan Sar),
Vietnam
(Tết),
dan
Jepun
hingga tahun 1873 (
Oshogatsu).

]Sejarah

Sebelum
Dinasti Qin,
tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika
Dinasti Xia,
bulan 12 ketika
Dinasti Shang,
dan bulan 11 ketika
Dinasti Zhou
di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas
bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut
Sima Qian).
Maharaja pertama China
Qin Shi Huang
menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada
221 SM.
Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada
104 SM,
Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han
menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.




Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan.
Ang pau
diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

[
sunting
]Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi
tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah
jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina.
Ang pau
bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu
yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Secara tradisi,
ang pau
atau sampul merah (
Cina Tradisional:
紅包,
Cina Ringkas:
红包,
pinyin:
hóng bāo,
bahasa Hokkien
(POJ):
âng-pau;
bahasa Hakka:
hung bao; 利是, 利市 atau 利事,
bahasa Kantonis:
lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah
satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
[3]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka
genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金,bó jīn). Oleh sebab angka 4
dianggap membawa sial,
kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan
mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu
didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Sebelum mengakhiri tulisan ini sya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua terutamanya kaum yang meraikannya iaitu kaum Tionghoa. Diharapkan anda semua

terus berbahagia dalam menyambutnya.

Jumaat, 20 Januari 2012

Seorang lagi rakan blogger

Assaalamualaikum dan selamat malam semua.

Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kerana telah lama kita tidak bertemu dengan catatan yang terkini. Hal ini mungkin disebabkan keadaan dan masa yang tidak menginzinkan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengunjung-pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini.


Sedang saya mengunjungi blog rakan-rakan saya tertarik dengan catatan di blog Coretan istimewa untuk semua. Catatan memberitahu saya bahawa bertambah lagi ahli blogger cacat penglihatan.

Blogger baru ini juga merupakan rakan saya di Smpk Setapak. Beliau ialah Mohamad Fairus bin Azmi.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada veliau. Semoga beliau terus menulis dan memberikan idea-idea yang bernas kepada kita semua.

Itu sahaja untuk catatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Oh, Sebelum terlupa selamat bercuti tahun baru cina kepada rakan-rakanku.

Ahad, 8 Januari 2012

Perubatan Islam?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana masih sudi mengunjungi blog ini.

Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai perubatan Islam.

Apa yang anda faham tentang perkara ini? Sebenarnya perubatan Islam adalah satu kaedah perubatan secara alternative yang menggunakan ayat-ayat atau doa daripada alquran.Perkara ini juga diamalkan oleh rasululah S.a.w.

Kaedah ini adalah satu cara mengubat penyakit seperti santau, sihir, saka dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan jin ataupun syaitan.

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan untuk tatapan anda semua pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi.

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat kembali ke sekolah

Hari esok merupakan hari pertama bagi memulakan sesi persekolahan bagi murid-murid di Malaysia.

Pastinya mereka semua bersemangat untuk ke sekolah. Walaupun terdapat segelintir yang tidak suka ke sekolah. Seronoknya bila berjumpa ramai kawan dan dapat berkongsi cerita itu dan ini.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang utama bagi murid-murid. Walaupun tujuan utama ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu tetapi banyak lagi manfaat yang terdapat di sekolah.

Saya seperti pelajar lain juga akan memulakan riwayat hidupku di sekolah petang ini. Apa yang diharapkan walaupun kita dah nak berpisah tetapi teruslah kekal mengunjungi blog ini.

Saya ingin memohon kemaafan kerana mungkin untuk beberapa tempoh selepas ini saya tidak membuat catatan untuk anda semua. Tetapi saya akan cuba juga sedaya upaya saya untuk menghasilkan catatan untuk anda semua.

Untuk semua rakan-rakanku yang masih belajarsepertiku teruskan usaha anda untuk Berjaya.

Selamat kembali ke sekolah dengan wajah yang ceria dan hati yang terbuka beserta azam yang membara.

Isnin, 2 Januari 2012

Sukan Bola Sepak?

Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi. Pada kesempatan ini saya ingin mengenai satu jenis sukan yang sangat popular di dunia iaitu bola sepak.

Bola sepak telah diperkenalkan di China pada abad ke3 Sebelum Masihi. Organisasi antarabangsa yang menyelia permainan ini adalah Persatuan Bola Sepak Antarabangsa [FIFA]. Antara perlawanan yang sangat mendapat sambutan dalam permainan ini adalah Ppiala Dunia. Piala dunia diadakan 4 tahun sekali. Buat pengetahuan Brazil telah merangkul kejuaraan dalam pertandingan ini sebanyak 5 kali.

Sukan ini memerlukan sebanyak sebelas pemain di atas padang termasuk penjaga gol. Setiap pasukan mesti mempunyai sebelas orang pemain yang terdiri daripada pertahaanan, pemain tengah, penyerang dan lain-lain lagi.

Untuk memenangi sesuatu perlawanan strategii yang terbaik amat perluu. Contohnya dalam sukan ini setiap pasukan mempunyai formasi atau kedudukan pemain dalam sebuah pasukan. Biasanhya nombor pertama merujuk kepada pemain pertahanan, kedua untuk pemain tengah dan seterusnya pemain penyerang. Sebagai contoh formasi 442, 432, 332 dan lain-lain lagi.

Setiap pasukan diberi masa 90 minit untuk menghabiskan sesuatu perlawanan yang terdiri daripada 45 miniit pertama separuh masa pertama dan 45 kedua unttuk separuh masa ke dua.

Sekiranya kedua-dua pasukan masih gagal menentukan pemenangnya kaedah masa tambahan sebanyak 30 ninit digunakan. Jika tidak Berjaya menghasilkan jaringan perlawanan diteruskan dengan sepakan Fenalti. Hal ini bermakna setiap pasukan hendaklah melakukan sepakan sebanyak 5 kali.

Gol adalah apabila bola telah merentasi garisan gol.

Sebenarnya itu Cuma serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi yang perlu diketahui bagi saya.

Sekian daripada saya harap anda terus kekal di ruang Insan Istimewa.

Salam tahun baru 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua pengunjung blog ini. Sebelum apapun saya ingin memohon kemaafan kerana kebelakangan ini saya tidak membuat catatan istimewa untuk anda.

Tarikh 1 Januari 2012 telah menjelma. Jadi perkara yang saya ingin ketengahkan tentulah tentang azam atau matlamat anda pada tahun baru ini.

Sebenarnya, azam ini bergantung pada diri anda sendiri kerana diri anda yang tahu apa yang anda inginkan dalam hidupmu iaitu berada di takuk lama atau sebaliknya.

Orang ramai senang berbicara mengenai azam tetapi apakah azam mereka telah terlaksana? Pastikanlah tahun baru ini memberikan semangat yang baru kepada anda semua untuk berubah dari satu anak tangga menuju ke anak tangga yang lebih tinggi lagi.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Renunglah kata-kata ini walaupun kata indah ini selalu anda dengar.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua. Diharapkan tahun baru ini memberi sinar kebahagiaan untuk kita semua.

Saya ingin me