Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

Nazam?

Assalamualaikum dan selamat malam. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu jenis puisi.

Pernahkah anda mendengar mengenai seni Nazam. Buat pengetahuan anda nazam ialah satu jenis puisi yang boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan. Biasanya seni ini dialunkan oleh kaum wanita.

Mereka mengalunkan nazam ini sewaktu menganyam tikar, membuat ketupat dan sebagainya. Seni katqa yang terdapat dalam seni ini berbentuk nasihat atau pengajaran yang berguna kepada semua.

Nazam sebenarnya diperkenalkan di Parsi. Pada abad ke-16 seni ini telah disebarkan oleh pedagang ataupun ulama. Kebiasaannya seni ini masih diamalkan di kampung-kampung tetapi kekerapannya amat jarang.

Sebagai generasi masa akan datang kita hendaklah meneruskan serta mengamalkan seni ini. Nazam amat penting dalam memberi kesedaran kepada semua pendengarnya.

Sekian sahaja coretan pada kali ini semoga bertemu lagi.

Salam bernazam.

Tiada ulasan: