Ahad, 6 Januari 2013

Perjuangan berikutnya.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa pun saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya, saya di sini ingin berkongsi berkenaan perjuangan saya yang berikutnya yang perlu dihadapi. Saya ingin memohon maaf kerana mungkin dalam beberapa ketika ataupun suatu tempoh yang agak panjang. Hal ini kerana pada esoknya saya akan menyambungkan pembelajaran di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Institusi ini merupakan tempat pembelajaran yang sama seperti universiti mahupun kolej. Pada 18 Disember yang lalu saya telah menghadiri temuduga di Mab. Alhamdulilah temuduga itu telah membolehkan saya dipilih sebagai calon Oku yang menyertai program Persijilan Tahfiz Al-quran bagi orang bermasalah penglihatan. Saya amat bersyukur dan akan berusaha menggunakan peluang ini untuk menimba ilmu secukupnya. Di samping menghayati kitab allah yang maha esa. subhanalah. Selama tempoh tersebut, saya mungkin kurang menghasilkan catatan buat anda semua. Ini disebabkan terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang saya harapkan adalah doa anda semua yang mengiringi saya di sana sehingga berjaya. insyallah. Itulah adalah hadiah yang istimewa bagi saya. Saya berrharap saya akan cepat berubah mengikut suasana di sana yang baik insyallah. Saya juga akan bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu dengan baik. Doakan saya supaya berjaya suatu hari nanti. Pada esoknya saya akan bertolak lebih kurang pada jam 5 pagi. Ini kerana lokasi Darul Quran itu sendiri yang belum pernah dikunjungi dan agak jauh. Segala persiapan sudah dibereskan dan hanya menunggu masa untuk bertolak. Kalau macamtu takda lagi masa nak Online. hihihi. Akhir kata, Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas kesulitan ini. Saya tetap akan mencuba untuk menghasilkan catatan bagi anda semua. insyallah. Teruskan perjuangan hingga akhir hayat. Senyum selalu.

Selasa, 1 Januari 2013

Sesi persekolahan sudah tiba?

Assalamualikum dan selamat sejahtera. Apa khabar anda semua? Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan ketibaan musim persekolahan sesi 2013. Esok merupakan tarikh bermulanya persekolahan bagi semua murid di seluruh Malaysia. Sudah pasti bermacam-macam ragam dapat disaksikan. Ada yang bersedih kerana taknak pergi sekolah. Mungkin ada uga gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan mereka di sekolah. Bagi murid yang hendak darjah 1 sudah tentu berbagai-bagai perasaan di hati mereka. Berbeza pula bagi murid yang memasuki alam persekolahan yang baru iaitu sekolah menengah. Dalam alam ini mereka perlu lebih matang dan mempunyai ati diri yang kukuh untuk memastikan mereka berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa pula pasti gembira kerana anak-anak mereka hendak bersekolah. Tapi mungkin juga ada ibu bapa yang berbaur perasaannya sama ada melepaskan anak-anak mereka masuk e darjah satu atau sekolah menengah. Setelah iu bapa berpeluh untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka tiba masanya anak-anak pua berjuang bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka pada ibu bapa dan guru-guru. Pada murid-murid yang buat kali pertama memasuki sekolah berasrma, diharapan anda semua boleh berdikari dan memilih kawan yang baik bagi anda. Hal ini sangat penting dalam memupuk niai murni dalam diri anda. Biasalah kalau asrama tu ada yang bes dan ada juga yang kurang bes. Sebaliknya anda terimalah kekurangan itu seadanya. Guru-guru pula akan mengerah keringat mereka dalam mendidik anak bangsa. Sebagai eorang pendidik, guru menggalas tanggung-jawab yang besar sekali. Kepada murid dan rakan-rakanku hormatilah guru anda walaupun anda tidak menyukai mereka. Ini kerana tujuan kita ke sekolah menuntut imu ialah belajar. Tanggung-jawab ini perlu kitalaksanakan dengan sebaiknya. Kejayaan adalah perkara yang paling manis dan dikehendaki oleh ibu bapa dan para guru anda. Oleh itu, buktikan anda juga boleh berjaya. Jangan eduli kata orang kerana orang lain boleh kata tapi kita yang merasa. Sebenarnya sekolah merupakan institusi yang terbaik bagi mendidik dan mengasuh anak-anak murid untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jadikan sekolah terrsebt mencapai tahap terbaik dan bersesuaian untuk penghuni di dalamnya bahagia alam enuntut lmu. Pada raan-rakanku pula di Smpk selamat menuntut ilmu di sana. Semoa anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tak cemburuke orang lain yang berjaya? Jadi kalau nak berjaya teruskan usaha anda. Hihihi Akhir kata, diharapkan catatan pada kali ini memberi manfaat buat kita bersama. Rajin-rajinlah belajar. [DUIT] doa, usaha, iktiar dan tawakal. Senyum selalu.