Isnin, 24 Oktober 2016

janji dan masa

[Enter Post Title Here] Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan pada semua. Pada kali ini mari bersama merenungi tentang janji dan masa. Dahulu bila di sekolah ada tak di antara kita yang lewat masuk ke kelas? Sama ada guru telah masuk ke kelas atau belum tu cerita lain. Sengaja atau tak sengaja pun taka pa. Tapi nak kata kat sini pentingnya tepat pada masa dan janji. 1 Semua kerja berjalan lancar: Kalau di sekolah apabila pelajar-pelajar datang tepat pada masanya guru akan dapat mengajar lebih mudah dan baik. 2 Dihormati orang lain: Orang sentiasa menepati janji akan disukai orang lain. Semua orang suka untuk berkawan dengannya. 3 Mengelakkan hal-hal yang tidak dapat dijangka, contohnya emosi atau perasaan marah yang timbul akibat perbuatan seseorang yang telah mungkir janji dan tidak tepat pada masa. Perkara-perkara berikut merupakan antara kepentingan dalam menepati masa dan janji. Akhirnya elakkan bersangka buruk kerana ia akan disangka buruk. v dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">

Rabu, 19 Oktober 2016

nukilan kali ini

Insan. Kau dicipta atau kau pencipta, Kau dijaga atau kau penjaga, Kau dihina atau kau penghina, Kau dimulia atau kau pemulia, Kau Berjaya atau kau penjaya, Sedarlah, Laut pasti berombak, Bumi pasti bergoncang, Hidup pasti berubah, Masa pasti berlalu, Kapal pasti bernakhoda, Mata pasti buta, Telinga pasti tuli, Mulut pasti bisu, Hati pasti mati, Mari Penuhi masa dengan amal, Penuhi ruang dengan bekal, Penuhi dunia dengan aman, Pasti hidup bertuhan.

Isnin, 8 Februari 2016

Makan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Moga semuanya sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan beberapa adab yang perlu dilakukan oleh kita ketika makan. Saya bahagikan adab ini kepada tiga peringkat iaitu: Adab sebelum makan: 1 Membasuh tangan: elakkan kuman ataupun bakteria. 2 Membaca bismillah ataupun doa makan: moga makanan menjadi berkat dan diterima sebagai ibadah. 3 Dahulukan makanan di hadapan maksudnya makan apa yang ada kalau nak lagi minta tolong orang lain untuk ambilkan lauk: mengelakkan perselisihan dan gangguan kepada orang lain. Adab ketika sedang makan: 1 makan menggunakan tangan: Sunah nabi Muhammad. 2 Kunyah makanan sampai lumat kalau boleh empat puluh kali: mudahkan perut menghadam makanan. 3 Elakkan makan berbunyi: gangguan ketiaka makan. 4 Kurangkan bercakap ketika makan: makanan tak terkeluar. 5 Habiskan makanan selagi mampu: elakkan jadi kawan syaitan iaitu orang yang membazir. 6 makan secara tertib: cermat dan trbaik. 7 Elakkan selagi mampu daripada meminum air ketika makan: menyihatkan badan. Adab selepas makan: 1 Membasuh tangan dan mulut dan keringkan: elakkan kotoran. 2 Membaca alhamdulilah ataupun doa selepas makan: Sunah Nabi, tanda kesyukuran. 3 Membayar jika di kedai ataupun mengemaskini alatan yang digunakan ketika makan: cermat dan kemas. Jadi itulah beberapa adab yang boleh kita bersama amalkan. Ingatlah makanan adalah amanah. Namun, keadaan ini berubah mengikut situasi kita sendiri. Sendiri punya makanan sendirilah tahu adabnya. Moga bermanfaat. Makan Jemaah jangan lupa….