Ahad, 4 September 2011

Balik kampung menjelang raya Aidilfitri.

Pada tahun ini saya telah meraikan sambutan Aidilfitri di kampong ibu iaitu di Sabak Bernam, Selangor. Mesti anda semua boleh mengetahui bahawa saya berketurunan Jawa. Saya ingin berrkongsi pengalaman saya menyambut hari raya yang mulia ini di sana.

Saya bertolak dari rumah pada hari Ahad iaitu pada pukul 7 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Saya dapati perjalanan ke sana agak lancer kerana ramai pengguna jalan raya sudah pulang ke kampong ataupun telah merancang perjalanan mereka dengan terratur. Biasalah kemalangan memang berlaku di mana-mana sahaja. Saya telah telah melalui kawasan seperti Kuala Selangor, Tanjung Karang dan lain-lain lagi untuk sampai di Sabak Bernam.

Seterusnya, saya singgah di Sungai besar untuk berehat sebentar dan membeli barang-barang persiapan untuk hari raya ini. Saya berada di sana lebih kurang sejam.

Ayah memandu kereta bagi meneruskan perjalanan. Tibalah kami ke destinasi yang dituju.
Untuk mengetahui cerita seterusnya nantikan post berikutnya.