Rabu, 16 April 2014

Apa ada pada suara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Teruskan mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih baik lagi. Buat pengetahuan semua, tarikh hari ini yang bersamaan 16 April merupakan tarikh bagi [HSS] apatu? Iaitu hari Suara Sedunia. Sudah tentu tujuan hari ini adalah supaya kita menghargai suara yang dimiliki. Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dikurniakan suara. Dengan adanya suara kita boleh bertutur, berbicara, berborak, menyanyi, mengaji dan mengumpa… maaf yang itu lagi tak boleh. Sebenarnya suara ini telah memainkan peranan penting dalam hidup kita. Alangkah indahnya bila kita boleh menyanyi. Indahnya lagi bila bersyair. Merdu dan rahmatnya lagi bila kita boleh mengaji alquran. Itulah kehebatan suara yang tiada tolok bandingnya. Bayangkan anda menjadi orang yang tiada suara suatu hari nanti. Kenangkan nasib rakan-rakan kita yang sakit tekak ataupun bisu. Bagaimana agaknya mereka berkemonikasi? Oleh kerana suara juga manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini berlaku apabila seorang akan bertanya dan seorang lagi akan menjawab. Jadikan suara kita sedap di hati walaupun orang lain kata tak sedap. Tapi ingat gunakan suara kea rah kebaikan kerana kita tak tahu bila nikmat ini akan ditarik. Oleh itu, gunakan suara kita dengan sebaiknya. Salurkan ia pada manfaat bersama demi kita semua. Akhirnya, mari bersama menghargai nikmat suara ini. Sekian catatan kali ini moga berguna kepada semua. Kau pencetus penutur fasihnya, Kau perkenal lafaz dan bicara, Dirimu dapat mengaji bersama, Menyanyi turut sama, Dirimu bagai menatang minyak yang penuh, Tanpamu hilang nikmat berbicara, Tanpamu ke mana agaknya? Tanpamu tiada segalanya. Syukurlah,, Kerana kita masih bersuara. Nota: mengumpa… ialah mengumpat.

Ahad, 13 April 2014

Bola?

Keputusan: Selangor-Perak: 1-0 Kelantan-Atm: 2-0 LIONS 12-SIME DARBY: 0-1 PAHANG-TTM: 2-0 JDT-PKNS: 1-0 SARAWAK-TERENGGANU: 2-1 Asalamualaikum dan selamat kembali. Catatan di atas merupakan keputusan liga Supper 2013 pada minggu ini. Buat pengetahuan, Pahang terus mendahului carta liga seterusnya diikuti oleh Selangor dan Terengganu. Pada kali ini saya akan berkongsi mengenai perlawanan antara Pahang dan TTM. Perlawanan ini Nampak rancak dengan deretan peluang yang dihasilkan oleh pasukan Pahang namun kesudahannya peluang-peluang ini sia-sia begitu sahaja. Sebaliknya pasukan lawan kadangkala mengasak pintu gol Pahang dengan asakan yang berbahaya. Pada separuh masa pertama Pahang telah berjaya menghasilkan jaringan pendahuluan. Seterusnya pada 45 minit kedua Pahang terus menggandakan usaha untuk menghasilkan jaringan. Hasilnya, pemain yang bernama Azamudin Akil telah berjaya merobek gawang pelawat. Manakala TTM terus mencuba tetapi kawalan kepada bola antara masalah bagi pasukan ini. Akhirnya, Pahang berjaya mendapat tiga mata penuh bagi menjarakkan jurang antara pasukan-pasukan lain. Saya rasakan perlawanan ini amat menarik. Walaupun Pahang merupakan pendahulu liga tetapi pasukan TTM bukanlah mudah diperkotak-katikkan. Tahniah kepada pasukan Pahang dan pasukan-pasukan yang berjaya pada minggu ini. Bagi yang kurang berjaya teruskan usaha. Para penyokong pula merupakan antara tulang belakang kepada kejayaan ini. Teruskan sokongan anda. Semoga kita berjumpa pada catatan akan datang. Minta maaf kalau tersilap ye. Nota: satu pasukan bola sepak biasanya akan diwakili oleh 11 pemain di atas padang.

Sabtu, 12 April 2014

musibah?

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Saya yakin anda semua sudah tentu ternanti-nanti akan catatan seterusnya daripada saya. Pada kali ini saya ingin memulakan catatan ini dengan beberapa persoalan: Siapa kita? Tujuan kita? Ke mana kita? Apa akhir hidup kita? Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu tentang musibah ataupun ujian. Kita sering mendengar atau melihat perkataan ini tetapi apa maksud tersirat daripada perkataan ini? Musibah merupakan cabaran,masalah, ujian dan sebagainya. Kita tahu bahawa hidup ini merupakan satu ujian untuk kita semua. Analoginya, seorang yang memakan sesuatu makanan berpotensi untuk tercekik dan lain-lain lagi. Hal ini merupakan antara musibah yang perlu ditempuhi oleh kita semua. Nak atau tak nak. Kita sudah semestinya diciptakan dengan adanya tugas ataupun tanggung-jawab pada alam ini. Sebagai insan yang lemah, kita perlulah reda dan bersabar dengan apa pun yang terjadi kepada kita kerana kita mengerti hidup itu adalah ujian. Hal ini tidak bermaksud kita tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi kita berusaha dan bertawakal kepada Tuhan agar musibah yang kita tempuhi boleh diselesaikan. Kesimpulannya, ketabahan dan kecekalan yang tinggi sahaja yang menjadi formula kejayaan di dunia ini. Orang yang bijak adalah orang yang mengambil masalah sebagai peluang untuk berjaya. Diharapkan perkongsian ini dapat difahamkan sebaiknya oleh anda. Nota: musibah adalah perkataan bahasa arabyang membawa maksud yang sama.