Rabu, 6 Jun 2012

Pengalaman pertama yang sukar dilupakan.

Angin yang bertiup turut diiringi angin yang kusangka biasa. Dengan sekelip mata, Berlakulah satu fenomena iaitu ribut. Masing-masing kelam-kabut mengambil barang-barang. Kemah kebanyakan yang didirikan tumbang menyembah bumi. Tidak ketinggalan ada juga yang patah dan terbang dibawa angin. Mana yang nasib baik dapatlah selamatkan barang-barang. Siapa yang gantung diampaian bertaburlah semua. Cikgu telah mengarahkan kami supaya lari masuk ke dalam dewan yang disediakan untuk menyelamatkan diri kerana angin makin kencang. Inilah kali pertama saya menghadapi sendiri sendiri suasana ketika ribut. Angin sangat kuat disertai hujan yang agak lebat. Badan menggigil kesejukan. Ada yang ambil tuala untuk menutup badan kerana angin yang kuat. Air pun masuk ke dalam dewan tetapi tidak terlalu tinggi. Entahlah apalah yang terjadi pada kemah kan? Selepas semua reda, kami diarahkan mengangkat barang-barang dan dibawa ke surau yang di situ. Dengan kemah yang basah kami terpaksa membawa barang-barang ke sana. Kemah semuanya hanya tumbang dan ia perlu dikeringkan. Jadi malam ini kami tidur di surau sahajalah. Inilah pengalaman malam pertama di Pulau Redang. Pada keesokan harinya kami seperti biasalah dikejutkan oleh ustaz untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, kami diarahkan untuk membantu membersihkan kemah bersama. Banyaklah barang yang di sana-sini. Ada yang tersangkut di pokok. Selepas itu, kami diarahkan untuk kembali ke kemah masing-masing kerana malam kedua kami akan tidur di kemah. Selepas sarapan, aktiviti pertama pada hari itu ialah Water Confident. Aktiviti ini memberi keyakinan kepada kami untuk berenang sendiri di dalam air laut di situ. mula-mula rasa takut tetapi setelah mendapat bimbingan dan Life Jacket dan set Snorkeling segalanya reda. Kami diminta membuat bulatan dalam air dan cuba mengimbangkan diri dalam air. Selepas itu, kami diberi masa untuk bermain dalam air. Memang seronok kerana aku berjaya berenang sendiri mengikut suara cikgu dan rakan. Inilah pengalaman yang sukar dilupakan. Dengan adanya life Jacket anda akan terapung di air. Set snorkeling pula membolehkan anda bernafas menggunakan mulut menggunakan J-tube dan mask untuk melihat hidupan air dan menutup hidung. Seterusnya setelah penat berenang kami disuruh bersiap untuk solat Zuhur dan makan tengahari. Pada petangnya lebih kurang pukul 5 lebih kami melalui aktiviti berikutnya iaitu Jungle Treking. Kami terpaksa melalui jalan yang penuh dengan ranting, akar, pokok yang tumbang dan sebagainya untuk sampai ke puncak bukit itu. Setelah penat akhirnya kami tiba. Disana ada sebuah menara atau tempat yang dibina daripada kayu. Apa lagi inilah masa mengambil gambar. Saya naik menara yng tinggi itu. Di sini seluruh kawasan pulau Redang dapat dilihat. Selepas itu, kami turun mengikut jalan yang sama. Masa untuk solat Maghrib dan makan malam tiba. Sambil menunggu saat itu duduk di tepi pantai lah paling menarik sebab angin yang lembut menghembus. Tiba masa untuk tidur.

Tiada ulasan: