Rabu, 26 Oktober 2011

Selamat Meraikan Pesta Chaya.

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.


Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.


Dengan Semangat Satu Malaysia saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Jadikan perayaan kali ini sesuatu yang lebih menarik. Eratkanlah silaturahim antara kita.




ress.com/.../ Remove frame

Selasa, 25 Oktober 2011

F A C E B O O K

Salam semua Saya akan berkongsi mengenai satu laman sosial paling popular iaitu Facebook.

Buat pengetahuan semua Facebook ialah laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Laman ini telah diasaskan pada 2004. Dengan adanya laman ini, pelbagai kerja dapat dilakukan seperti berkongsi gambar, video, bertukar mesej dan juga dapat berkenalan dengan ramai orang dari serata dunia. Pada bulan Julai 2011 terdapat lebih kurang lebih daripada 800 juta orang pengguna yang aktif.

Sebagai mana yang ketahui, setiap perkara ada baik dan buruknya. Facebook boleh melekakan kita dengan membuang masa begitu sahaja. Seterusnya, Facebook sangat memperdaya gadis-gadis zaman kini. Apabila terkena cinta muka buku kononnya segalanya turut digadai. Kita juga menggunakan laman ini dengan memuat naik gambar-gambar yang sepatutnya sebaliknya bukan gambar lucah yang meningkatkan nafsu syahwat. ingatlah Sebelum mengakhiri tulisan ini saya tinggalkan anda dengan Lagu Cinta Muka Buku daripada Najwa Latif.



Isnin, 24 Oktober 2011

Tafsir diri?

Salam semua. Bersua kita kembali pada coretan kali ini. Pada kali ini saya ingin mengajak merenung kembali tujuan dan hala tuju kehidupan kita berikutnya.

Sebagai contoh, seorang pelajar pastinya akan menamatkan persekolahan mereka suatu hari nanti. Soalan seperti Manakah aku akan pergi selepas ini? apakah yang harus aku lakukan selepas ini? soalan-soalan seperti ini harus bermain dalam minda mereka. Sebagai orang yang matang, kita manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, untuk mengelakkan kesilapan berulang kembali, kita hendaklah bermunasabah di samping terus mencuba melakukan yang terbaik untuk masa depan kita. Masa itu emas. jadi jika emas itu tidak dimanfaatkan nampaknya kita telah kerugian besar.

Sebenarnya tulisan ini bukan untuk keburukan sebaliknya apa yang saya harapkan agar anda semua bermuhasabah diri anda sejauh mana usia kita telah digunakan sebaiknya. Ingatlah sejarah tidak akan berulang sekiranya kita tidak mengulanginya.

Ahad, 16 Oktober 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia semua. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman saya di Uluyam, Selangor.

Sebilangan pelajar tingkatan4 dan beberapa pelajar tingkatan2 telah pergi ke Uluyam, Selangor pada 1 Oktober yang lalu. Kem ini dikenali kem Motivasi Sains. Rombongan ini turut disertai 4 orang Pembantu Pengurusan Murid [PPm] dan 5 orang guru.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana pada pukul 11.20 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jaraknya adalah 30 Kilometer dari sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke sebuah dewan yang dikenali sebagai dewan Terapung Dewan ini terletak antara sebuah tasik dan sungai. Selepas itu kami dibawa ke bilik bernombor 19 yang akan kami tinggal. Seterusnya, kami diberikan sedikit taklimat. Juadah sudah tersediapalagi kami menikmati juadah tengah hari itu. Bagi yang muslim kami bersembahyang di surau berhampiran. Tiba masa untuk berehat.

Pada petangnya kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan saya ialah Ultraungu. Kami telah didedahkan dengan permainan seperti gempa bumi yang menguji kerjasama dan akal fikiran. Berikutnya kami menikmati keindahan alam sambil mandi di sungai. Sememangnya pengalaman i i sangat menarik dan tidak dapat dilupakan. Pada malamnya seperti biasa kami makan malam tetapi kali ini lambat sedikit. Agaknya kenapa ya? Jawapannya adalah juadah BAbiQUU TELAH SEDIA UNTUK DIMAKAN. sELEPAS MAKAN KAMI MEMBUAT BEBERAPA PERSEMBAHAN. aDA YANG MENYANYI DAN ADA JUGA YANG BERLAKON. sUASANA AMAT MERIAH.

pADA ESOKNYA KAMI BERSIAR-SIAR DI SEKITAR nURLAMAN bESTARI TERSEBUT. aPALAGI TIBA MASA UNTUK MAKAN IAITU MAKAN NASI lEMAK. sEDAPNYA. sELANJUTNYA KAMI BERMAIN PERMAINAN YANG MENGUJI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL. pERMAINAN INI LEBIH KURANG SAMA SEPERTI eXPLORERS TAPI YANG INI LEBIH MENARIK. sETERUSNYA KAMI MANDI SUNGAI LAGI. lEBIH KURANG 1 JAM TELAH BERLALU. pADA PUKUL 1 TENGAH HARI TIBA MASA UNTUK MAKAN TENGAH HARI. sETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN BEGITULAH KAMI. pADA PUKUL 1.30 KAMI BERTOLAK SEKOLAH BERMAKNA SEGALA KENANGAN DI LAMAN INI TIDAK DAPAT DINIKMATI LAGI.

hARAPAN SAYA AGAR KEM SEPERTI INI DIADAKAN LAGI DI LOKASI-LOKASI ISTIMEWA DAN LEBIH MENARIK. hARAP ANDA SEMUA CERIA.

sENYUM SOKMO

sabarlah

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Pada kali ini saya ini sya ingin mencoretkan serba sedikit mengenai satu sifat mahmudah iaitu Sabar.

Pertamanya, Sabar ialah menghadapi sesuatu musibah atau masalah dengan tabah. Walaupun bersabar kita tidak boleh hanya duduk sahaja dan hendaklah berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah. Sebagai orang yang beriman kita hendaklah mencontohi sifat sabar yang dimiliki oleh kekasih kita Nabi Muhammad S.a.w. Semoga coretan ni mampu membuatkan kita sejauh mana kita telah mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar ini. Ingatlah Sabar adalah separuh daripada iman.