Halaman

Isnin, 8 Februari 2016

Makan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Moga semuanya sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan beberapa adab yang perlu dilakukan oleh kita ketika makan. Saya bahagikan adab ini kepada tiga peringkat iaitu: Adab sebelum makan: 1 Membasuh tangan: elakkan kuman ataupun bakteria. 2 Membaca bismillah ataupun doa makan: moga makanan menjadi berkat dan diterima sebagai ibadah. 3 Dahulukan makanan di hadapan maksudnya makan apa yang ada kalau nak lagi minta tolong orang lain untuk ambilkan lauk: mengelakkan perselisihan dan gangguan kepada orang lain. Adab ketika sedang makan: 1 makan menggunakan tangan: Sunah nabi Muhammad. 2 Kunyah makanan sampai lumat kalau boleh empat puluh kali: mudahkan perut menghadam makanan. 3 Elakkan makan berbunyi: gangguan ketiaka makan. 4 Kurangkan bercakap ketika makan: makanan tak terkeluar. 5 Habiskan makanan selagi mampu: elakkan jadi kawan syaitan iaitu orang yang membazir. 6 makan secara tertib: cermat dan trbaik. 7 Elakkan selagi mampu daripada meminum air ketika makan: menyihatkan badan. Adab selepas makan: 1 Membasuh tangan dan mulut dan keringkan: elakkan kotoran. 2 Membaca alhamdulilah ataupun doa selepas makan: Sunah Nabi, tanda kesyukuran. 3 Membayar jika di kedai ataupun mengemaskini alatan yang digunakan ketika makan: cermat dan kemas. Jadi itulah beberapa adab yang boleh kita bersama amalkan. Ingatlah makanan adalah amanah. Namun, keadaan ini berubah mengikut situasi kita sendiri. Sendiri punya makanan sendirilah tahu adabnya. Moga bermanfaat. Makan Jemaah jangan lupa….

Tiada ulasan: