Ahad, 1 April 2012

Spm 2011 terbaik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa pun saya ingin memohon kemaafan kerana selama ini tiada sebarang cattatan yang dapat dihasilkan.

Pada 21 Mac yang lalu keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah diumumkan. Ada calon yang gembira dan juga sebaliknya. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahnniah kepada semua rakanku yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Semoga anda semua terus Berjaya.

Sememangnya kejayaan kalian bagiku menjadi inspirasi bagi semua pelajar Smpk yang masih belajar untuk terus Berjaya.

Bukan sesuatu kejayaan itu dapat terhasil kalau kerjasama daripada semua pihak tidak digembleng. Tetapi anda semua telah membuktikan orang istimewa tidak mempunyai kecacatan tetapi lebih hebat lagi.

Hanson dengan 9A iaitu sekaligus semua a, Ee beng dengan 8A, Razlan dengan 8A, fairus dengan 7A. Wah, memang hebat, hebat.

Tahniah sekali lagi diucapkan.

Anda semua telah mencipta sejarah yang tidak dapat warga smpk lupakan.