Halaman

Isnin, 14 Februari 2022

APA YANG MENARIK KAT KOLEJ ATAU u KORANG?

Asalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian. Apa khabar semua? Moga sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Baiklah pada kali ini saya akan berkongsi tentang satu topic yang dibancangkan di aplikasi Club House. Sebelum tu aplikasi ini adalah macam Google Meet, Zoom ke an lain-lain lagi. Bezanya Cuma aplikasi ini hanya menggunakan audio sahaja. Okay kita teruskan dengan topic kita. Topiknya adalah perkara menarik di kolej ataupun university korang. Ok ringkasnya adalah beberapa U yang boleh mention kat sini hasil sembang santai dengan kawan-kawan dekat Club House. Antaranya adalah UIA dan UM. Untuk yang lain nanti kita sambung dalam post yang lain.
Kalau UIA terkenal dengan makanannya. Nak apa cakap je. Nasi Arab ada, Syawarma ada, Kebab ada, apa tu gepok gitukan pun ada dan banyak lagilah. Kan UIA ni international gitu. Kalau Kat UM pula adalah makanan macam Nasi Ayam Penyet dan apa lagi satu ya lupa pulak. Semuanya tu dekat kolej ke-7. Selain itu, kita orang banyak share tentang kemudahan untuk Oku kat university masing-masing. Maklumlah aku kan Oku. Hahaha…. Jadi tu kot dulu untuk post kali ini. Nanti kita sambung lagi ya. STAYTUNE

Tiada ulasan: