Halaman

Ahad, 14 April 2013

Kejayaan yang tak diduhga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana selama ini blog ini tidak dikemaskini. Buat pengetahuan anda semua saya sekarang sedang menyambung pengajian saya di Darul Quran. Sebelum terlupa apa khabar semua. Diharapkan anda semua sentiasa sihat. Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Syukur alhamdulillah kerana pada hari keluarnya keputusan SPM saya sihat. Seterusnya, saya berasa lebih gembira apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM. Saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan itu. Ramai juga rakan-rakan yang sama-sama menikmati kejayaan seperti saya. Sebenarnya keputusan ini saya tidak jangka kerana b berdasarkan keputusan peperiksaan percu aan yang lalu. Sesungguhnya kejayaan ini bukan untuk saya semata-mata tetapi kejayaan kita semua. Jerih paya guru-guru yang mengajar, penat lelah anak murid dalam mentelaah pelajaran sudah dibalas dengan kejayaan yang bermakna. Bagi saya, kejayaan ini perlu diteruskan dan harus menjadi peransang kepada rakan-rakan yang lain untuk turut berjaya. Saya tahu semua orang boleh berjaya kalau seseorang itu usaha dan tabah. Sya tahu orang lain boleh mengatasi kejayaan saya ini kalau dia inginkan. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu kemudian bersenang. Justeru itu, saya inginkan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah dalam menghasilkan kejayaan ini. Harap anda semua akan turut berjaya seperti saya. Semoga kita berjumpa lagi.

Ahad, 6 Januari 2013

Perjuangan berikutnya.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa pun saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya, saya di sini ingin berkongsi berkenaan perjuangan saya yang berikutnya yang perlu dihadapi. Saya ingin memohon maaf kerana mungkin dalam beberapa ketika ataupun suatu tempoh yang agak panjang. Hal ini kerana pada esoknya saya akan menyambungkan pembelajaran di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Institusi ini merupakan tempat pembelajaran yang sama seperti universiti mahupun kolej. Pada 18 Disember yang lalu saya telah menghadiri temuduga di Mab. Alhamdulilah temuduga itu telah membolehkan saya dipilih sebagai calon Oku yang menyertai program Persijilan Tahfiz Al-quran bagi orang bermasalah penglihatan. Saya amat bersyukur dan akan berusaha menggunakan peluang ini untuk menimba ilmu secukupnya. Di samping menghayati kitab allah yang maha esa. subhanalah. Selama tempoh tersebut, saya mungkin kurang menghasilkan catatan buat anda semua. Ini disebabkan terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang saya harapkan adalah doa anda semua yang mengiringi saya di sana sehingga berjaya. insyallah. Itulah adalah hadiah yang istimewa bagi saya. Saya berrharap saya akan cepat berubah mengikut suasana di sana yang baik insyallah. Saya juga akan bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu dengan baik. Doakan saya supaya berjaya suatu hari nanti. Pada esoknya saya akan bertolak lebih kurang pada jam 5 pagi. Ini kerana lokasi Darul Quran itu sendiri yang belum pernah dikunjungi dan agak jauh. Segala persiapan sudah dibereskan dan hanya menunggu masa untuk bertolak. Kalau macamtu takda lagi masa nak Online. hihihi. Akhir kata, Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas kesulitan ini. Saya tetap akan mencuba untuk menghasilkan catatan bagi anda semua. insyallah. Teruskan perjuangan hingga akhir hayat. Senyum selalu.

Selasa, 1 Januari 2013

Sesi persekolahan sudah tiba?

Assalamualikum dan selamat sejahtera. Apa khabar anda semua? Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan ketibaan musim persekolahan sesi 2013. Esok merupakan tarikh bermulanya persekolahan bagi semua murid di seluruh Malaysia. Sudah pasti bermacam-macam ragam dapat disaksikan. Ada yang bersedih kerana taknak pergi sekolah. Mungkin ada uga gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan mereka di sekolah. Bagi murid yang hendak darjah 1 sudah tentu berbagai-bagai perasaan di hati mereka. Berbeza pula bagi murid yang memasuki alam persekolahan yang baru iaitu sekolah menengah. Dalam alam ini mereka perlu lebih matang dan mempunyai ati diri yang kukuh untuk memastikan mereka berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa pula pasti gembira kerana anak-anak mereka hendak bersekolah. Tapi mungkin juga ada ibu bapa yang berbaur perasaannya sama ada melepaskan anak-anak mereka masuk e darjah satu atau sekolah menengah. Setelah iu bapa berpeluh untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka tiba masanya anak-anak pua berjuang bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka pada ibu bapa dan guru-guru. Pada murid-murid yang buat kali pertama memasuki sekolah berasrma, diharapan anda semua boleh berdikari dan memilih kawan yang baik bagi anda. Hal ini sangat penting dalam memupuk niai murni dalam diri anda. Biasalah kalau asrama tu ada yang bes dan ada juga yang kurang bes. Sebaliknya anda terimalah kekurangan itu seadanya. Guru-guru pula akan mengerah keringat mereka dalam mendidik anak bangsa. Sebagai eorang pendidik, guru menggalas tanggung-jawab yang besar sekali. Kepada murid dan rakan-rakanku hormatilah guru anda walaupun anda tidak menyukai mereka. Ini kerana tujuan kita ke sekolah menuntut imu ialah belajar. Tanggung-jawab ini perlu kitalaksanakan dengan sebaiknya. Kejayaan adalah perkara yang paling manis dan dikehendaki oleh ibu bapa dan para guru anda. Oleh itu, buktikan anda juga boleh berjaya. Jangan eduli kata orang kerana orang lain boleh kata tapi kita yang merasa. Sebenarnya sekolah merupakan institusi yang terbaik bagi mendidik dan mengasuh anak-anak murid untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jadikan sekolah terrsebt mencapai tahap terbaik dan bersesuaian untuk penghuni di dalamnya bahagia alam enuntut lmu. Pada raan-rakanku pula di Smpk selamat menuntut ilmu di sana. Semoa anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tak cemburuke orang lain yang berjaya? Jadi kalau nak berjaya teruskan usaha anda. Hihihi Akhir kata, diharapkan catatan pada kali ini memberi manfaat buat kita bersama. Rajin-rajinlah belajar. [DUIT] doa, usaha, iktiar dan tawakal. Senyum selalu.

Isnin, 31 Disember 2012

tahun 2013 tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2013 Masihi. Semoga tahun ini membawa kebaikan yang banyak lagi pada kita semua. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi menjelajah atau menghadiri laman istimewa ini. Diharapkan kunjungan anda berterusan supaya kita mendapat manfaat bersama. Pada jam 12 nanti kita akan bergerak kepada satu tahun lagi yang penuh dengan cabaran. Hal ini bermakna usia kita juga makin bertambah. Sudah tua? Sebenarnya saya ingin menyorot kembali perkara-perkara yang telah berlaku pada diriku pada tahun 2012. Apa yang ingatlah. Baru-baru ini satu berita yang menggembirakan telah kuterima. Ada surat yang menyatakan saudara ahmad danial bin mohd sani telah berjaya memasuki Darul Quran untuk persijilan tahfiz bagi orang kurang upaya. Berita ini amat menggembirakanku. Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada allah atas kurniaannya. Apa yang kuharapkan keselamatan dan kebahagiaan di sana nanti. Hal ini juga memberi peluang kepadaku untuk berjuang dalam menuntut ilmu. Pada 6 Disember yang lalu saya telah berjaya enyelesaikan peperiksaan yang agak besar dalam hidupku iaitu SPM. Orang kata ia penentu hidup. Padaku kita masih boleh berjaya dalam hidup selagi kita berusaha dan ada ilmu. Peperiksaan yang kurasakan agak lama itu padaku sangat menguji. Sebenarnya diri kita diuji dari segi fizikal dan mental dalam peperiksaan ini. Kalau periksa memang ada soalan yang senang dan susah. Hal itu adalah peranan lembaga peperiksaan dalam menyiapkan soalannya. Saya bersyukur kerana peperiksaan tersebut mampu kujalani dengan baik. Diharapkan keputusannya juga baik. Sebenrnya pada tanggal itu menandakan berakhirnya persekolahanku dlam hidup. Sekolah itu iaitu Smpk SETAPAK telah memberi peluang kepadaku untuk mengecap nikmat dalam menuntut ilmu. Kenangan di sana juga akan kutinggalkan. Rasa sedih gak tapi macammana? Kini saya perlu menghadapi hidup ini di alam dewasa. Jutaan terima kasih kepada guru-guru di SMPK SETAPAK kerana tanpa kalian semua tiadalah aku di sini. Terima kasih kepada semua guru sama ada yang mengajar ataupun tidak atas jasa-jasa yang amat mulia. Semoga allah merahmatimu setiap waktu. Tidak ketinggalan juga temu dugaku di Mab pada 18 Disember yang lalu. Temuduga ini adalah untuk kemasukan ke Darul Quran. Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar. Baru-baru ni juga saya telah membuat page sendiri di Facebook. Hehe. Saja nak kongsi. Ala, tarikhnya lupa. Kalau nak tengok bolehlah search kat facebook dan taip ahmaddanial. Hari Ahad baru Ini juga saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kalau nak tahu lebih lanjut nantikan catatan yang berikutnya. Oh, kalau nak cerita kat sini memang banyak. Ia tidak akan habis ditelan zaman. Sekian sahajalah catatan saya pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam catatan yang lebih menarik akan datang. Saya doakan anda semua bahagia di samping orang yang tersayang. Orang yag terbaik adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam manakala hari esok lebih baik daripada hari ini. Senyum selalu.

Sabtu, 29 Disember 2012

Bah datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Belakangan ini kejadian banjir berlaku di negara kita. Fenomena ini berlaku di negeri-negeri pantai timur dan tidak terkecuali negeri Johor. Sebenarnya, kejadian ini sudah sering kali berlaku. Fenomena ini sering terjadi pada musim tengkujuh. Jadi, apabila berlaku kejadian seperti ini barulah ada banyak pihak yang ingin membantu saudara mereka ini. Jujurnya, bantuan yang diberikan hendaklah terbaik dan ikhlas supaya mendapat ganjaran yang baik daripada yang maha Esa. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Kejadian banjir sudah berlaku buat kali kedua kalau tak silaplah. Seharusnya semua pihak membuka mata dan telinga untuk mengambil iktibar mengapa kejadian ini boleh berlaku dan sukar diatasi. Mungkin ini adalah dugaan tuhan. Sebagai hambanya kita haus beriman padanya dan mengambil pengajaran daripada fenomena ini. Mungkin ada hikmah yang masih tersirat yang belum dikaji dan dilihat. Fenomena ini juga berlaku akibat masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat longkang yang tersumbat kerana dipenuhi sampah-sarap di dalamnya. Oleh itu, air tidak dapat mengalir dengan baik. Hal ini menyebabkan air tersebut memberi kesan kepada kenaikan air sungai. Itulah yang dikatakan apa yang dilakukan begitulah kesannya. Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana di negaa kita ini tidak berlaku fenomena yang lebih dahsyat seperti ribut pasir, taufan dan macam-macam lagi. Walaupun demikian, kita tidak harus berpeluk tubuh dan memekakkan telinga sahaja. Apa pun n boleh terjadi sekiranya kita alpa dan leka. Oleh itu, mari semua kita melihat kembali apa yang kita telah lakukan pada alam ini. Jangan biarkan alam ini terus menangis dan mengalirkan air matanya Tindakan yang berterusan harus dilaksanakan supaya masalah ini sekurang-kurangnya boleh diaasi dari masa ke semasa. Tuntasnya, ayuh kita bekerjasama dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku ini. Sebaliknya kita bersatu mengaktifkan gerakan bagi menggembleng cara dan langkah untuk mengatasinya. Peranan kita menentukan masa depan negara. Akhirnya, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan atau catatan ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sebenarnya ini adalah luahan atau cadangan daripada insan yang lemah lagi alpa. Terimalah catatan ini dengan seadanya. Teruslah mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih segar.

Jumaat, 28 Disember 2012

hasiat madu.

Assalamualaikum dan salam semua. Berrtemu semula dalam catatan saya pada kali ini. Oh, jangan lupa kunjungi ruangan shout box dalam blog ini untuk memberikan peluang kepada anda berinteraksi dengan saya. Pada kali ini terasa saya untuk berkongsi khasiat suatu makanan iaitu madu. Madu merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiatnya. Sebagai contoh, nabi Muhammad amat suka makan madu. Kajian telah menunjukkan makanan ini amat baik untuk kesihatan. Madu boleh menggantikan peranan gula. Hal ini kerana ia manis dan kemanisan itu semula jadi. Anda boleh mencampurkan air dengan madu da meminumnya pada waktu pagi. Hal ini penting untuk membersihkan usus atau sistem penghadaman kita. Madu juga boleh menguatkan kita. Oleh itu, tidak hairanlah para hafiz dan hafizah makan madu. Makanan ini memang baik untuk pelajar sekalian. Kalau nk cerita mesti banyak lagi. Sebenarnya, saya baru pertama kali makan madu. Bila saya cuba makan sedap juga rasanya. Manis tu memang manis tapi khasiatnya sangat bagus. Jadi, kalau nak boleh cuba sendiri. Apa salahnya beli mahal sikit untuk kesihatan ita? Sekian pada kali ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini. Teruskan kunjungan anda untuk menikmati catatan yang lebih menarik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

oh insan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Kalau skit apa agaknya penawarnya. Bolehkah dibeli penawr itu? Bolehkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Kalau mampu adakah jawapannya tepat. Apa pun hal tersebut bergantung pada diri anda. Sebenarnya pada kali ini saya ingin sama-sama pemperingatkan diri anda semua tentang peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Apakah tujuan kita dicipta? Ke manakah kia hendak pergi? Ha, macam sesi soal jawab pula. Tapi iilah hakikatnya. Soalan-soalan ini perlu kita tanya kembali padadiri kita sebagai salah satu alternatif untuk mengitug diri. Lebih baik kita ditanya sekarang berbanding kita diperiksa oleh allah. Ingat hidup je ada exam? Mati pun adala. Macam biasa lah kalau ada periksa tu mestilah buat persediaankan? Sudah tentu persediaan itu adalah ibadah atau melakuan keaikan. Ha ini merupakan bekalan yang penting untuk kita lulus dengan berjaya dalam periksa di akhirat. Firman allah “aku telah menciptakan jin dan manusia untuk beribadat padaku” Kita juga perlu menjaga hubungan kita dengan allah dan manusia. Hal ini merangkumi akhlak dan tatacara dalam perhubungan sosial termasuk pertuturan, pergaulan dan banyak lagi. Mari smua kita kembali pada kebenaran kerana dia maha pengampun lagi maha penyayang. Akhirnya, saya mohon maaf jika catatan ini menebabkan anda semua terasa atau terluka. Ssungguhnya ini adalah salah satu tanggung-jawab yang sya boleh lakukan. Sebarag cadangan dan komen amat dialu-alukan. Hitung diri anda sebelumanda dihitung.