Halaman

Sabtu, 29 Disember 2012

Bah datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Belakangan ini kejadian banjir berlaku di negara kita. Fenomena ini berlaku di negeri-negeri pantai timur dan tidak terkecuali negeri Johor. Sebenarnya, kejadian ini sudah sering kali berlaku. Fenomena ini sering terjadi pada musim tengkujuh. Jadi, apabila berlaku kejadian seperti ini barulah ada banyak pihak yang ingin membantu saudara mereka ini. Jujurnya, bantuan yang diberikan hendaklah terbaik dan ikhlas supaya mendapat ganjaran yang baik daripada yang maha Esa. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Kejadian banjir sudah berlaku buat kali kedua kalau tak silaplah. Seharusnya semua pihak membuka mata dan telinga untuk mengambil iktibar mengapa kejadian ini boleh berlaku dan sukar diatasi. Mungkin ini adalah dugaan tuhan. Sebagai hambanya kita haus beriman padanya dan mengambil pengajaran daripada fenomena ini. Mungkin ada hikmah yang masih tersirat yang belum dikaji dan dilihat. Fenomena ini juga berlaku akibat masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat longkang yang tersumbat kerana dipenuhi sampah-sarap di dalamnya. Oleh itu, air tidak dapat mengalir dengan baik. Hal ini menyebabkan air tersebut memberi kesan kepada kenaikan air sungai. Itulah yang dikatakan apa yang dilakukan begitulah kesannya. Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana di negaa kita ini tidak berlaku fenomena yang lebih dahsyat seperti ribut pasir, taufan dan macam-macam lagi. Walaupun demikian, kita tidak harus berpeluk tubuh dan memekakkan telinga sahaja. Apa pun n boleh terjadi sekiranya kita alpa dan leka. Oleh itu, mari semua kita melihat kembali apa yang kita telah lakukan pada alam ini. Jangan biarkan alam ini terus menangis dan mengalirkan air matanya Tindakan yang berterusan harus dilaksanakan supaya masalah ini sekurang-kurangnya boleh diaasi dari masa ke semasa. Tuntasnya, ayuh kita bekerjasama dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku ini. Sebaliknya kita bersatu mengaktifkan gerakan bagi menggembleng cara dan langkah untuk mengatasinya. Peranan kita menentukan masa depan negara. Akhirnya, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan atau catatan ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sebenarnya ini adalah luahan atau cadangan daripada insan yang lemah lagi alpa. Terimalah catatan ini dengan seadanya. Teruslah mengunjungi blog ini untuk catatan yang lebih segar.

Tiada ulasan: