Halaman

Jumaat, 28 Disember 2012

hasiat madu.

Assalamualaikum dan salam semua. Berrtemu semula dalam catatan saya pada kali ini. Oh, jangan lupa kunjungi ruangan shout box dalam blog ini untuk memberikan peluang kepada anda berinteraksi dengan saya. Pada kali ini terasa saya untuk berkongsi khasiat suatu makanan iaitu madu. Madu merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiatnya. Sebagai contoh, nabi Muhammad amat suka makan madu. Kajian telah menunjukkan makanan ini amat baik untuk kesihatan. Madu boleh menggantikan peranan gula. Hal ini kerana ia manis dan kemanisan itu semula jadi. Anda boleh mencampurkan air dengan madu da meminumnya pada waktu pagi. Hal ini penting untuk membersihkan usus atau sistem penghadaman kita. Madu juga boleh menguatkan kita. Oleh itu, tidak hairanlah para hafiz dan hafizah makan madu. Makanan ini memang baik untuk pelajar sekalian. Kalau nk cerita mesti banyak lagi. Sebenarnya, saya baru pertama kali makan madu. Bila saya cuba makan sedap juga rasanya. Manis tu memang manis tapi khasiatnya sangat bagus. Jadi, kalau nak boleh cuba sendiri. Apa salahnya beli mahal sikit untuk kesihatan ita? Sekian pada kali ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini. Teruskan kunjungan anda untuk menikmati catatan yang lebih menarik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tiada ulasan: