Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

tahun 2013 tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2013 Masihi. Semoga tahun ini membawa kebaikan yang banyak lagi pada kita semua. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi menjelajah atau menghadiri laman istimewa ini. Diharapkan kunjungan anda berterusan supaya kita mendapat manfaat bersama. Pada jam 12 nanti kita akan bergerak kepada satu tahun lagi yang penuh dengan cabaran. Hal ini bermakna usia kita juga makin bertambah. Sudah tua? Sebenarnya saya ingin menyorot kembali perkara-perkara yang telah berlaku pada diriku pada tahun 2012. Apa yang ingatlah. Baru-baru ini satu berita yang menggembirakan telah kuterima. Ada surat yang menyatakan saudara ahmad danial bin mohd sani telah berjaya memasuki Darul Quran untuk persijilan tahfiz bagi orang kurang upaya. Berita ini amat menggembirakanku. Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada allah atas kurniaannya. Apa yang kuharapkan keselamatan dan kebahagiaan di sana nanti. Hal ini juga memberi peluang kepadaku untuk berjuang dalam menuntut ilmu. Pada 6 Disember yang lalu saya telah berjaya enyelesaikan peperiksaan yang agak besar dalam hidupku iaitu SPM. Orang kata ia penentu hidup. Padaku kita masih boleh berjaya dalam hidup selagi kita berusaha dan ada ilmu. Peperiksaan yang kurasakan agak lama itu padaku sangat menguji. Sebenarnya diri kita diuji dari segi fizikal dan mental dalam peperiksaan ini. Kalau periksa memang ada soalan yang senang dan susah. Hal itu adalah peranan lembaga peperiksaan dalam menyiapkan soalannya. Saya bersyukur kerana peperiksaan tersebut mampu kujalani dengan baik. Diharapkan keputusannya juga baik. Sebenrnya pada tanggal itu menandakan berakhirnya persekolahanku dlam hidup. Sekolah itu iaitu Smpk SETAPAK telah memberi peluang kepadaku untuk mengecap nikmat dalam menuntut ilmu. Kenangan di sana juga akan kutinggalkan. Rasa sedih gak tapi macammana? Kini saya perlu menghadapi hidup ini di alam dewasa. Jutaan terima kasih kepada guru-guru di SMPK SETAPAK kerana tanpa kalian semua tiadalah aku di sini. Terima kasih kepada semua guru sama ada yang mengajar ataupun tidak atas jasa-jasa yang amat mulia. Semoga allah merahmatimu setiap waktu. Tidak ketinggalan juga temu dugaku di Mab pada 18 Disember yang lalu. Temuduga ini adalah untuk kemasukan ke Darul Quran. Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar. Baru-baru ni juga saya telah membuat page sendiri di Facebook. Hehe. Saja nak kongsi. Ala, tarikhnya lupa. Kalau nak tengok bolehlah search kat facebook dan taip ahmaddanial. Hari Ahad baru Ini juga saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kalau nak tahu lebih lanjut nantikan catatan yang berikutnya. Oh, kalau nak cerita kat sini memang banyak. Ia tidak akan habis ditelan zaman. Sekian sahajalah catatan saya pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam catatan yang lebih menarik akan datang. Saya doakan anda semua bahagia di samping orang yang tersayang. Orang yag terbaik adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam manakala hari esok lebih baik daripada hari ini. Senyum selalu.

Tiada ulasan: