Halaman

Ahad, 16 Disember 2012

Penjenayah yang dikehendaki?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung yang dikasihi. Apa khabar semua? Diharapkan semua ya sentiasa sihat dan gembira. Pada kali ini saja saya ingin berkongsi mengenai Wong Suee Chin. Siapa orang yang saya maksudkan? Maaksudnya adalah bagi orang takda kerja. Sebenarnya, insan ini lahir pada 1951. Botak Cin adalah gelarannya yang terkenal di Malaysia. Beliau berhenti sekolah pada usia 15 tahun. Dia mula mencari kerja. Pada permulaannya dia berjinak-jinak dengan anggota kumpulan Gangster. Semakin lama dia semakin berani melakukan keganasan seperti merompak bank, kedai termasuk balai polis. Hasil rompakanini digunakan dia untuk membeli senjata api dari Thailan. Dia pernah memiliki 9 senjata api, 5 bom tangan dan banyak lagi. Buat pengetahuan semua, banyak kali juga pihak polis cuba untuk menangkapnya tetapi masih tidak berha sil. Hal ini menunjukkan kelicikan beliau yang hebat. Rakan-rakannya banyak yang telah dibunuh atau ditangkap polis. Beliau juga pernah menembak salah seorang anggota polis yang cuba menahannya. Inspektor itu tercedera akibat terkena beberapa das tembaan tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ini amat bertepatan dengan kehidupan penjenayah ini. Akhirnya, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis. Dia telah dihukum gantung mandetori kerana memiliki senjata api. Maka berakhirlah riwayat hidup penjenayah yang dikehendaki ini. Kalau nak tahu lebih lanjut search kat pakcik google. Buat pandangan si bloger, penjenayah ini memang licik. Ini tidak bermakna dia bijak. Kelicikan dan kebijaksanaan ini hendaklah digunakan pada jalan kebaikan seperti membantu orang lain yang memerlukan. Perkongsian ini adalah untuk kita ambil pengajaran dan teladan. Ambil yang baik dan buang yang sebaliknya. Sekian daripada saya. Jumpa lagi. Salam bahagia.

Tiada ulasan: