Halaman

Ahad, 6 Januari 2013

Perjuangan berikutnya.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa pun saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya, saya di sini ingin berkongsi berkenaan perjuangan saya yang berikutnya yang perlu dihadapi. Saya ingin memohon maaf kerana mungkin dalam beberapa ketika ataupun suatu tempoh yang agak panjang. Hal ini kerana pada esoknya saya akan menyambungkan pembelajaran di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Institusi ini merupakan tempat pembelajaran yang sama seperti universiti mahupun kolej. Pada 18 Disember yang lalu saya telah menghadiri temuduga di Mab. Alhamdulilah temuduga itu telah membolehkan saya dipilih sebagai calon Oku yang menyertai program Persijilan Tahfiz Al-quran bagi orang bermasalah penglihatan. Saya amat bersyukur dan akan berusaha menggunakan peluang ini untuk menimba ilmu secukupnya. Di samping menghayati kitab allah yang maha esa. subhanalah. Selama tempoh tersebut, saya mungkin kurang menghasilkan catatan buat anda semua. Ini disebabkan terdapat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang saya harapkan adalah doa anda semua yang mengiringi saya di sana sehingga berjaya. insyallah. Itulah adalah hadiah yang istimewa bagi saya. Saya berrharap saya akan cepat berubah mengikut suasana di sana yang baik insyallah. Saya juga akan bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu dengan baik. Doakan saya supaya berjaya suatu hari nanti. Pada esoknya saya akan bertolak lebih kurang pada jam 5 pagi. Ini kerana lokasi Darul Quran itu sendiri yang belum pernah dikunjungi dan agak jauh. Segala persiapan sudah dibereskan dan hanya menunggu masa untuk bertolak. Kalau macamtu takda lagi masa nak Online. hihihi. Akhir kata, Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas kesulitan ini. Saya tetap akan mencuba untuk menghasilkan catatan bagi anda semua. insyallah. Teruskan perjuangan hingga akhir hayat. Senyum selalu.

Tiada ulasan: