Halaman

Sabtu, 12 April 2014

musibah?

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama kiranya blog ini tidak dikemaskini. Saya yakin anda semua sudah tentu ternanti-nanti akan catatan seterusnya daripada saya. Pada kali ini saya ingin memulakan catatan ini dengan beberapa persoalan: Siapa kita? Tujuan kita? Ke mana kita? Apa akhir hidup kita? Sebenarnya pada kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu tentang musibah ataupun ujian. Kita sering mendengar atau melihat perkataan ini tetapi apa maksud tersirat daripada perkataan ini? Musibah merupakan cabaran,masalah, ujian dan sebagainya. Kita tahu bahawa hidup ini merupakan satu ujian untuk kita semua. Analoginya, seorang yang memakan sesuatu makanan berpotensi untuk tercekik dan lain-lain lagi. Hal ini merupakan antara musibah yang perlu ditempuhi oleh kita semua. Nak atau tak nak. Kita sudah semestinya diciptakan dengan adanya tugas ataupun tanggung-jawab pada alam ini. Sebagai insan yang lemah, kita perlulah reda dan bersabar dengan apa pun yang terjadi kepada kita kerana kita mengerti hidup itu adalah ujian. Hal ini tidak bermaksud kita tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi kita berusaha dan bertawakal kepada Tuhan agar musibah yang kita tempuhi boleh diselesaikan. Kesimpulannya, ketabahan dan kecekalan yang tinggi sahaja yang menjadi formula kejayaan di dunia ini. Orang yang bijak adalah orang yang mengambil masalah sebagai peluang untuk berjaya. Diharapkan perkongsian ini dapat difahamkan sebaiknya oleh anda. Nota: musibah adalah perkataan bahasa arabyang membawa maksud yang sama.

Tiada ulasan: