Jumaat, 31 Oktober 2014

tok gajah ke jdt?

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi pada catatan kali ni. Semenjak dua atau tiga hari ini kebanyakan masyarakat kita sibuk berkira-kira tentang perlawanan akhir [PIALA MALAYSIA] 2014. Jadi sudah tentu kali ini saya ingin menyentuh tentang perlawanan itu. Pada hari esok bersamaan 1 November akan berlangsungnya perlawanan akhir piala Malaysia. Piala ini adalah merupakan antara piala tertua di Asia Tenggara. Pada perlawanan akhir ini akan menemukan dua musuh tradisi yang banyak diperkatakan orang ramai. Satu negeri mewakili bahagian pantai timur iaitu Pahang Darul Makmur ataupun lebih dikenalai dengan gelaran [TOK GAJAH]. Satu lagi negeri yang tak kurang hebatnya pula adalah negeri Johor Darul Takzim ataupun [JDT]. Pahang dalam sukan bola sepak di negara kita sememangnya sudah lama terkenal oleh kerana itu mereka telah pun mempunyai ramai peminat. Peminat negeri ini pula tidak kira lapisan masyarakat. Ingatkah lagi kita pasukan manakah yang berjaya menggodol piala ini. Johor pula merupakan antara negeri yang menyerlah dalam musim pada kali ini. Hal ini kerana mungkin pasukan ini dibarisi oleh ramai pemain skuad kebangsaan. Di samping itu, mereka juga mempunyai pemain import yang berkualiti. Namun, nampaknya pada esok hari seorang pemain pertahannya iaitu Aidil Zafuan tidak dapat bermain. Walaupun demikian jurulatih johor pasti akan mengatur strategi terbaik bagi menghadapi tok gajah. Dari aspek penyokong pula kelihatan mereka sudah tidak sabar ingin menyaksikan perlawanan esok. Dimaklumkan juga tiket perlawanan esok hari banyak yang habis tapi jangan beli kat ulat tiket pula.. Diharapkan aksi perlawanan esok hari merupakan pertandingan akhir idaman semua rakyat malaysia. Tak kira siapa menang atau kalah yang penting semua menanggung tanggung-jawab. Akhirnya, nantikan serba sedikit ulasan perlawanan pada esok hari. Jangan lupa saksikan aksi penuh menarik ini di kada televisyen anda bagi yang tak sempat ke stadium Bukit Jalil. Saksikan di RTM 1 dan astro ARENA 801. Teruskan kunjungan anda ke laman ini. Siapa pilihann anda?

Tiada ulasan: