Sabtu, 6 Jun 2020

Soal Jawab di Ig?


Asalamualaikum dan selamat petang sahabat sekalian. Apa Khabar anda semua? Saya doakan kita semua dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang berterusan bagi menjalani kehidupan seharian. Pada mereka yang baru jadi friend saya di FB terima kasih sudi menjadi rakan di alam maya ini. Saya doakan anda sentiasa sihat dan diberikan hidayah oleh Allah Swt dalam hidup di dunia ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit soalan dan jawapan saya sepanjang ditemubual di live IG 4 Jun yang lalu. Saya akan nyatakan kepada anda sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa.

1. Bagaimanakah saya dapat menyesuaikan diri dalam belajar di musim Pkpb ini kerana bila kita di university ada kawan yang boleh membantu sedangkan musim sekarang kita perlu bantu diri kita sendiri?
Jawapan: Musim Pkpb ini sememangnya menguji kita dari segi fizikal dan mental. Jadinya kita hendaklah bersedia dan sentiasa peka dengan situasi semasa. Saya berikan dua poin utama yang kita boleh amalkan:
A. Ilmu: Bila kita terpaksa melalui pembelajaran secara online banyak benda yang kita perlu ketahui. Misalnya bila hendak menggunakan sesuatu aplikasi seperti Skype, kita mesti tahu menggunakannya dengan baik. Jadinya saya lebih terpaksa untuk membaca serba sedikit berkenaan aplikasi tersebut. Bagi teknologi zaman sekarang ini pula tidak cukup membaca secara teori sahaja sebaliknya hendaklah kita mencuba ataupun explore sendiri bagaimana menggunakannya.

B. Kreatif: Kita akan menjadi lebih kreatif sekiranya kita berhadapan dengan satu-satu cabaran yang benar-benar menguji kita. Misalnya line internet di kawasan kita kurang baik, kita hendaklah memikirkan cara yang sesuai bagi menyelesaikannya. Dengan ilmu yang kita ada saya pasti sahabat sekalian mampu menghadapi segala cabaran dan halangan dalam kehidupan. Nantikan jawapan saya yang berikutnya dalam catatan yang akan datang. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Tiada ulasan: