Halaman

Ahad, 11 September 2022

Piala FA 2022 Di Bawa Ke Selatan

Asalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung blog insan istimewa sekalian, moga kalian sentiasa sihat ya. Maaf sangat dah agak lama tak update blog ni. Satunya dengan kekangan masa yang tak menginzinkan dan keduanya terfikir-fikir post apa nak update dekat blog setiap hari. Jadi kalau kalian ada cadangan boleh tulis je dekat ruangan komen ya. Baiklah semalam telah berlangsung satu perlawanan bola sepak iaitu Piala FA Akhir 2022 yang menemukan sang Penyu iaitu negeri Terengganu dan lawannya Johor Darul Takzim (JDT). Mungkin kalian pun dah tahu kan keputusannya? Just kali ni saya nak share pandangan saya tentang perlawanan semalam. Kalau kita tengok perlawanan semalam, pada separuh masa pertama lagi Jdt dah mulakan asakan yang bertalu-talu ke kubu Terengganu. Jadi sudah tentu perkara ini menyukarkan Terengganu untuk merancang gerakan yang berkesan bagi membalas serangan tersebut. Sejujurnya saya rasakan perlawanan semalam agak berbeza bagi pasukan Terengganu kerana mereka tidak dapat bermain seperti biasa iaitu pegang bola, build up dari bawah dan sebagainya. Bagi separuh masa kedua pula adalah beberapa asakan daripada Terengganu tetapi tidak terlalu bahaya bagi Jdt. Sebaliknya Jdt dengan kekuatan dan pengalaman barisan serangannya Berjaya menambah lagi dua jaringan. Sesuatu yang perlu diperbaiki oleh Terengganu dalam menangkis serangan lawan dan menyerap tekanan terutama pada peringkat akhir sebegini. Tahniah buat pasukan Jdt yang menang dengan jaringan 3-1 ke atas Terengganu. Menariknya dalam satu siding media, ketua jurulatih Terengganu tidak berasa kecewa dan bila ditanya soal penjaga gol pasukannya, dia tidak pernah berasa kecewa tentang pemain yang dipertaruhkannya dan baginya masa depan lebih cerah buat Terengganu kerana kebanyakan mereka terdiri daripada pemain muda. Ini yang perlu ada bagi setiap pemain dan jurulatih barulah bola sepak negara ada tahapnya tersendiri dan bukan sahaja bergantung pada pemain naturalisasi. Tahniah juga buat Terengganu yang Berjaya sampai ke peringkat akhir. Sekian catatan pada kali ini. Moga bertemu pada catatan lainnya. Terima Kasih.

Tiada ulasan: